Blog Eyzamiel

26.8.15

Persidangan Farmasi 2015 kali ke 7

Wednesday, August 26, 2015 7
Persidangan Farmasi 2015 kali ke 7
 Sabtu minggu lepas aku kena kerja... Jadi Urusetia untuk Persidangan Farmasi kali ke 7.. Persidangan kali ni dibuat kat Institut Sosial Malaysia...

 Majlis dimulakan dengan bacaan Doa...

 Majlis Perasmian... Simple tapi gimik menjadi.. ;)

 Tema kali ni ialah "WOMEN & CHILD CARE - A Healty Child Makes A Happy Mother "

 Aku jadi urusetia teknikal... tapi bila dah xde kerja.. aku tlg ajk Pendaftaran plak sebab diaorang tak cukup orang...

 Untuk hari Sabtu.. Tema kami kaler PINK...


 Membe opis aku ni ramai peminat.. semua orang nak ambik gambar ngan dia... Wak Doyok versi Bina Badan..



Kat Persidangan  ni jugak ada Booth yang terangkan pasal ubat-ubat terlarang dan beracun... Banyak informasi kat Booth ni...





 Aku cuma tumpang menyibuk ambik gambar kat sini je...

 Untuk hari kedua... tema kami purple plak... tapi tak banyak gambar hari kedua sebab dah letih....











Alhamdulillah... Persidangan kali ni berjaya jugak.. walaupun sebelum tu macam-macam yang jadi.. hihihi... Seronok gak kerja time orang cuti.. jalan x jammed.. kejap je dah sampai umah... ;)

25.8.15

Painting Potret Giveaway by Azhafizah

Tuesday, August 25, 2015 5
Painting Potret Giveaway by Azhafizah






















Cantik kan? Nampak real... harap-harap la aku dapat jadi salah seorang pemenang.. :)

Cara untuk menyertai Painting Potret Giveaway untuk blogger.
1. Buat entry bertajuk " Painting Potret Giveaway by Azhafizah"
2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Letakkan link blog www.azhafizah.com ke dalam bloglist blog *jika ada bloglist untuk follow up giveaway
4. Follow blog : www.azhafizah.com | instagram : azhafizahmdnor * Jika tiada instagram boleh join juga :)
5. Like fanpage : www.facebook.com/blogazhafizah 
6. Letakkan gambar [single, close up, jelas, high pixel, gambar asal tanpa edit 360]
7. Publish entry dan letakkan link blog penyertaan dalam ruangan kotak komen di bawah.

3 gambar yang menepati ciri² gambar yang terbaik akan di painting potret. Kalau nak menang kenalah pilih gambar yang terbaik ye. Senang je kan syarat² dia. So jemputlah join beramai²

Contest bermula dari 22 Ogos-30 Ogos 2015, 11:59pm

Ni gambar yang aku pilih untuk join contest ni...


Nak join jugak? klik je sini

Majlis Kurnia Syawal Utusan Karya Meriah Sangat

Tuesday, August 25, 2015 6
Majlis Kurnia Syawal Utusan Karya Meriah Sangat
Penghujung Syawal tempohari... kami Geng Terjah Event dapat jemputan ke Majlis Kurnia Syawal Utusan... kiranya ni Open House kumpulan Utusan la.... Gigih aku n gang naik KTM ke Bangi.. kat sana Eina ngan Acul bawak kami ke Utusan...

 Sampai je sana.. tengok.. ramainya orang.. artis pun ramai... segan plak rasanya... hahahah.....



 Dah nama pun blogger kan... mesti la lagi banyak bergambar dari makan... hahaha... kenyang bergambar je....





Banyak giler makanan kat sini... diaorang buat konsep gerai... sampai tak termakan dibuatnya.... tak tau nak pilih yang mana... semua nampak sedap..


 Aku suka sangat kambing kat sini... lembut n juicy.... teringat-ingat lagi sedapnya kambing tu... Yummy.. ;)


 Ayam golek pun sedap.. tapi x bole lawan ngan kambing golek la...


Tak banyak pun artis yang aku bergambar... segan... semua cantik-cantik.. aku je selekeh... ye la.. pakai baju kerja trs datang sini....


















Apapun... TQ Eina &  Utusan Karya sebab sudi jemput i ... harap-harap kita Geng Terjah Event akan tetap utuh dan dapat gi event sama-sama lagi.. ;)

#Gengterjahevent

20.8.15

Driver teksi kurang ajar!

Thursday, August 20, 2015 1
Driver teksi kurang ajar!


Hati aku tengah PANAS! MENDIDIH! MENYIRAP! semua ada la... aku geram ngan satu teksi ni... Macam biasa la pagi-pagi aku kuar umah nak gi opis... disebabkan opis aku kat Area Bukit Aman.. aku plak dari Muzium Negara... aku kena lalu satu bulatan depan KTM ni... aku dah dalam bulatan.. dah bagi signal nak ke kiri.. tup..tup.. aku dengar bunyi berdentum... teksi dari susur kiri nak masuk bulatan tu dah hentam belakang kereta aku... Ya Allah... Buta ke apa... Dah tu yang paling aku bengang.. dia bole pusing stereng n  blah camtu jer... WTF!

Aku selalu geram ngan driver teksi... bawak macam jalan dia sorang.. suka hati dia jer nak berenti ambik penumpang.. tak kira kat mana.. dah la tak bagi signal.... 

Nasib baik aku sempat toleh n ambik no plat dia.. aku tanya pandangan membe2.. ada yang kata patut report.. ada yang kata tak perlu sebab teksi ni memang susah claim insuran.. alih-alih kita balik yang kena.. erm... buntu aku wei... tak tau nak buat camne.. patut la driver teksi KL ni kurang ajar.. rupanya diaorang kebal camtu... pihak berkuasa patut kena pantau diaorang ni....

tapi aku ada baca kat blog ni.. dia kata teksi memang susah nak claim.. nak tak nak kena keluar duit sendiri la.. dah la keta laki aku..  nangis!

*Tapi bukan semua pemandu teksi kurang ajar, ada yang baik n berhati-hati bawak kereta.. cuma sebahagian je bawak macam jalan bapak dia...