Blog Eyzamiel

11.8.15

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015

Tuesday, August 11, 2015 0
Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015


Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa

7.8.15

Nak cantik dengan C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul

Friday, August 07, 2015 3
Nak cantik dengan C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul
Bila usia dah makin 'MUDA' ni.. banyak la ,masalah-masalah kulit yang datang... macam kulit aku ni.. kejap ok.. kejap tak.. ye la, kita cuma jaga luaran je.. dalaman aku tak ambik apa-apa supplemen pun...

Tapi, baru-baru ni.. aku baru macam sedar.. eh..eh.. teruknya muka... mula la gelabah.. cari supplement sana sini... Alhamdulillah... aku jumpa dengan C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul.

Produk ni dari Korea.. Of course la aku nak try.. mana la tau bole dapat kulit cantik dan halus mulus macam orang Korea.. ;)

C-Jello Collagen menyokong pemulihan kulit dan menggalakkan kulit kekal muda dan berseri dengan cara yang selamat. Khasiat dan Kebaikan C-Jello Collagen ialah:

* Melambatkan proses penuaan akibat sinar uv, pencemaran, radikal bebas dan stress.
* Mengurangkan garis-garis halus.
* Mengurangkan rambut gugur.
* Mencantikkan kulit
* Merangsang proses pembaharuan kulit.


Packaging memang cantik.. Dalam sekotak tu ada 15 sachet dan kesan dapat dilihat seawal 14 hari jer... Mesti ada yang cakap.. "Eh! Halal ke? Produk Korea ni?".. Jangan risau... Produk ni mendapat pengiktirafan halal.. so, jangan ragu-ragu ye.. Collagen ni berasaskan ikan laut dalam dan kollagen ni dapat buat kulit makin cerah dan sekata, hilangkan parut dan kedut, atasi masalah rambut gugur dan banyak lagi... Kollagen ni jugak selamat untuk dimakan oleh ibu mengandung tau...


Sehari makan 2 kali... 1 sachet sebelum sarapan dan satu sachet lagi sebelum tido.. 


Ni muka aku sebelum makan C-Jello Collagen Jelly Bar (tanpa mekap)


Tak sabar nak try...


Colagen ni berbentuk Jelly.. senang.. bukak plastik terus masuk mulut.. takyah nak bancuh bagai...


Sedap tau! Rasa Melon.. macam tak cukup satu sachet sekali makan... hahaha... 


Hari ni baru hari kedua aku makan.. Nanti aku bgtau apa kesan lepas aku makan ni.. Tak sabar nak cantik dan glowing.. :)

Untuk keterangan lanjut, bole layari:
Facebook : C-Jello Collagen Jelly

Info Tambahan : Berita baik! Untuk semua readers blog aku ni, korang boleh dapat sample produk dr SkinSoul.. Syaratnya mudah ajer.. Pegi sana, beli barang SkinSoul RM 100 dan ke atas, beritahu kod aku #SSMamaFieza dan korang akan dapat sample percuma dari SkinSoul.. So, tunggu apa lagi.. Jom kita terjah ramai-ramai ke sana... Selamat bercantik-cantik uolls.. ;)


5.8.15

Geng Terjah Raya Ke Open House Shiqin & Mahamahu

Wednesday, August 05, 2015 5
Geng Terjah Raya Ke Open House Shiqin & Mahamahu
Ahad minggu lepas, kami Geng-geng Blogger Terjah Raya sempat pergi beraya umah blogger Shiqin, Mahamahu dan Acul...

Janji nak jumpa kat Umah Shiqin dulu... So, aku ambik Emy trs gerak ke Setiawangsa...  ingatkan kitaorang yang paling lambat.. rupanya.. kitaorang yang paling awal.. hihihi... 

Lepak-lepak dulu tunggu semua sampai, lepas makan n sembang-sembang... dalam pkl 1 kitaorang semua trs gerak ke Bukit Jalil pulak.. Open House Blogger Kaki Makan #Mahamahu..

#GengBloggerTerjahRaya

Dari Rumah Shiqin, kitaorang konvoi 4 kereta ke Bukit Jalil... Best jugak ramai-ramai ni... Bila sampai je ke Open House Mahamahu.. kami jugak antara orang terawal yang sampai..hihihi...




Desert semua sedap sangat.. aku banyak kali ambik Brownies.. hihihi...


Mahamahu siap buat Contest lagi... So, apa lagi.. jom kita bergambar... mana la tau kut-kut bole menang.. ;)

Blogger Zira
Blogger Emy

Aku pertaruhkan 2 gambar untuk contest ni... Gambar atas dengan gambar bawah ni...


Dah makan kenyang.. mesti la ada gambar ngan tuan rumah kan... tengok tu.. Mahamahu diapit oleh anak-anak dara... termasuk aku la anak dara tu.. hihihi...


Balik dari Open House Mahamahu, diaorang semua gerak ke rumah Blogger Acul plak... aku tak dapat join sebab ada hal lain.... So, aku gi 2 rumah je la...

Dan semalam, bila aku bkk instagram.. rupa-rupanya, aku salah sorang yang menang dari 5 pemenang.. Yeay.. menang baucer makan RM50...


Ni 5 gambar yang menang... gambar aku yang tengah tu.. Alhamdulillah.. rezeki.....


TQ Shiqin & Mahamahu.. Makanan semua sedap.. n untuk Geng Terjah Raya.. happy dapat kenal korangs.. Pasni kita plan gi cuti2 plak ye.. :)

29.7.15

Lipas & Semut buat aku tension!

Wednesday, July 29, 2015 2
Lipas & Semut buat aku tension!

Ya Allah.. Lately ni umah aku banyak nau lipas ngan semut.. Tension tau...  

Tak tau dari mana datang lipas-lipas ni... Nak kata sampah umah aku, hari-hari aku buang sampah.. aku tak suka bila balik kerja umah bau sampah.. memang rasa tak best... ni bila ada lipas memang la aku rasa geram... aku tanya membe sebelah rumah.. dia kata umah dia pun ada masalah yang sama... erm.. ni mesti lipas-lipas ni datang dari saluran paip dapur ni... adoi.. geram plak aku.. 


Yang semut pun satu hal jugak... sampai kan dalam air masak pun dia terjun tiruk... kekadang balik kerja.. baru nak minum air masak.. tengok-tengok dah banyak pulak yang mati bunuh diri dalam air masak aku tu.... spoil betul.. dulu peribahasa kata semut mati kerana gula.. tapi sekarang dah kena tukar.. semut mati kerana air masak.. hihihi...

2,3 produk gak la aku try utk atasi masalah lipas ngan semut ni.. ok gak la.. kurang.. tapi tak hilang terus... So, masa bulan puasa hari tu.. aku try la satu lagi produk sebab tengok testimoni ramai kata berkesan.. Ni dah dekat 3 minggu aku pakai.

Nak tau produk apa? Berkesan atau tak? Nanti aku review ye.. ada kerja sikit.. Bye bye...