Blog Eyzamiel

12.5.15

“SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR"

Tuesday, May 12, 2015 2
“SAYA NAK MENANG TUDUNG INSTANT/INNER NECK NAAZNEEN FAIQA BY NEENAANUAR"



Sekarang tengah trend tudung instant kan? So today nak memperkenalkan product Naazneen Faiqa by NeenaAnuar ! Tudung Instant Athifa nie sangat sesuai utk dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya 3 saat diperlukan utk sarung, betul kan soft awning nya dan kemudian adjust labuh tudungnya!

Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang menerpa ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dlm masa 3 saat anda sudah siap sedia utk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung Athifa ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari NaazneenFaiqa:-

- Tidak perlu digosok

- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)

- potongannya labuh menutupi dada

- membuatkan bentuk muke kelihatan lebih bujur

Cantik kan Tudung-tudung dari koleksi Naazneen Faiqa ni.. Rambang mata tengok.. semua warna cantik.. Pengasas dia pun cantik.. sejuk mata memandang.. Kalau korang nak beli koleksi yang memang meletop-letop ni.. korang boleh terjah blog Neena Anuar.. Gerenti Rambang mata cam aku gak..

Aku dari dulu lagi memang suka sangat tengok fesyen-fesyen yang Neena Anuar pakai.. semua nampak cantik dan kena dengan dia.. lagi satu.. aku minat tengok muka dia.. manis sangat.. sekarang ni.. Neena dah maju setapak lagi dengan menjadi Businesswoman yang berjaya.. Moga Neena berjaya dalam Perniagaan dan Happy Selalu dengan suami.. InsyaAllah.. setiap apa yang Neena inginkan akan Neena kecapi.. Amin..

Youth For Integrity Launch Conference di White Box, Publika

Tuesday, May 12, 2015 0
Youth For Integrity Launch Conference di White Box, Publika
Baru-baru ini aku sempat la meluangkan masa menghadirkan diri untuk Youth For Integrity Launch Conference di White Box, Publika.


Memandangkan aku ni pun masih dikira Belia, memang kena la untuk aku tahu.. apa itu Integriti untuk Belia...


Conference ini bertujuan untuk memupuk minda dan semangat para Belia untuk lebih berintegrity dan menolak gejala rasuah yang boleh merosakkan belia.


Majlis dirasmikan oleh Datuk Paul Low dari Jabatan Perdana Menteri.



Ramai jugak belia yang hadir untuk Conference ini. dan ini membuktikan ramai belia yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Integrity.

Youth For Integrity will also reach out to universities to get their student bodies to join in on the fun through the Clubs & Societies Integrity Pledge )CSIP) effort. Student leaders from various tertiary institutions will join the cause as Student Integrity Representatives (SIR). The team of SIR will gain opportunities to immerse themselves in intellectual discourses about ethics, governance, transperancy and anti-corruption-in hopes of teaching these leaders more about integrity.





7.5.15

Party Teh Tarik Bersama Lipton

Thursday, May 07, 2015 7
Party Teh Tarik Bersama Lipton

23 April hari tu aku telah dijemput untuk Party Teh Tarik Lipton di Carcosa Seri Negara.. memandangkan dekat je ngan opis.. bole la aku pegi.. tak sangkut jammed langsung .. sekejap jer sampai...  ;)


First time aku ke Carcosa.. Cantik tempat dia.. Tenang je suasana kat situ.. Nasib baik ada event Lipton ni... kalau x, bila le dapat jejak ke sana rasanya.. ;)

About Lipton®
Sir Thomas Lipton founded Lipton in 1871 to deliver best quality tea for the ultimate experience.

Lipton Yellow Label pioneered this dream with the finest international blends from Ceylon and Kenya giving Lipton tea its signature aroma and taste. Since then, Lipton has delivered great innovations bringing vitality and natural goodness into people’s life. Lipton is renowned as the World’s NO.1 Tea Brand. 
Sampai je.. daftar n tulis nama kat Cupcake.. Yeay.. Cantik tau Cupcake tu.. Unik..



 



Aku sampai awal.. sementara tunggu blogger lain sampai.. aku pun sibuk la dok ambik gambar dulu..



kreatif bila biskut diikat macam teh.. sedap biskut butter ni.



Majlis ini adalah sempena memperkenalkan Lipton 3 in 1 Milk Tea yang lebih sedap dan berkrim dari sebelum ni... Bahan-bahan di dalam Teh Tarik Lipton ni telah disahkan halal oleh Jakim.. So, tak perlu was-was tau.. 


Razif selaku tuan Rumah mengalu-alukan tetamu yang hadir... Happening la.. macam-macam ada..






Semua orang boleh menjadi 'Master Of  Teh Tarik' dengan Lipton 3 in 1 Milk Tea... Hanya 3 langkah mudah, dah siap teh tarik yang lazat berkrim disukai ramai..


Ni antara Rangkaian Teh Tarik yang diperkenalkan pada hari tu...

Classic Milk Tea Latte


~ Mempunyai serbuk Teh dan susu yang seimbang untuk menjadikan Rasa teh yang sedap dan berkrim.

Teh Halia  Milk Tea Latte


~ Menggunakan serbuk halia sebenar dengan penggunaan teh yang seimbang membuatkan rasa teh dan halia serasi bila digabungkan bersama... Aku paling suka yang ni... sebab aku ni jenis banyak angin.. bila minum ni.. perut rasa best jer... sebab tak kembung.. hihihi...

Hazelnut  Milk Tea Latte

~ Yang ni pun sedap dan menjadi kegemaran aku... Ianya menggabungkan kesegaran dan rasa wangi dari Hazelnut untuk memberikan pengalaman hangat dan beraroma...

Teh Tarik Milk Tea Latte

~ Lipton Teh Tarik ni dibuat khusus untuk selera rakyat Malaysia yang memang sukakan Teh Tarik...  ianya boleh dihidangkan secara panas atau sejuk...


Teh Tarik ni memang sesuai diminum bila-bila masa.. lagipun dah tak perlu nak pergi kedai mamak kalau teringin teh tarik tengah-tengah malam.. hanya Bancuh Teh Tarik Lipton.. sedap....

Aku memang minat ngan Razif sejak citer Gol dan Gincu..pastu tgk dia jadi pengacara Best In The World.. dan akhirnya, aku dapat jumpa.. happy kuasa dua.. hihihi...


Lipton 3 in 1 Milk Tea boleh didapati secara pek yang mengandungi 12 sachet kecil pada harga RM 13.90 sepeket dan boleh didapati di semua Pasaraya dan kedai-kedai runcit berhampiran. Apa tunggu lagi.. Jom pergi beli...

Untuk info lanjut, bole layari Lipton Malaysia



5.5.15

Mudahnya Shopping Online di Rakuten Malaysia

Tuesday, May 05, 2015 3
Mudahnya Shopping Online di Rakuten Malaysia
Sekarang ni ada banyak cara mudah untuk kita shopping kan... Dalam rumah pun kita boleh shopping.. So, takde alasan nak cakap takde masa atau malas nak shopping...

Ada satu laman web yang macam-macam ada.. Dari kelengkapan Rumah sampaila kelengkapan di luar rumah.. semua ada... Pernah dengar tentang Rakuten? Rambang mata tau kalau dah masuk laman web ni.. semua nampak menarik.. rasa macam nak beli semua jer.. hihihi...

Kalau ikutkan hati, banyak produk yang aku berkenan... tapi ... tak bole la beli semua.. mana aku nak letak.. rumah dah la sekangkang kera jer... Sebab aku sedar umah kecik.. Cukup la aku senaraikan 5 jer benda yang menjadi kegemaran dan kegeraman aku kat Rakuten ni... banyak2 kang.. jenuh korang nak baca..

Aku suka sebab cantik.. cermin besar.. boleh tengok dari kepala hingga ke kaki dan yang palingggg best aku boleh simpan segala aksesori aku kat belakang cermin tu.. tak ada la bersepah-sepah macam sekarang ni.. sampaikan aku sendiri pun pening tengok.. merata-rata aku letak... Sebelum keluar rumah.. ambik aksesori.. tutup.. dan bole tengok cermin terus.. baru la akan rasa confident...

2012 Mirror Jewellery Cabinet ni didatangkan dalam 4 warna... Ada warna putih, coklat, pink dan hitam. ..


Aku memang dah lama dok cari Bag Travel macam ni. Sekarang ni aku dok bawak backpack jer gi memana.. sesekali nak gak berangan cam keluar AF.. eh? hihihi.. Kalau gi travel bawak bag tarik camni senang.. tak la berat kita nak gendong.. tarik jer.. barang-barang dalam tu pun tersusun rapi.. xde la bersepah... Harga pun murah jugak.. boleh la beli sebab bulan 6 ni nak balik Sarawak.. bole pakai bag baru..


Masa mula-mula aku tengok periuk nasi ni kat blog Ida.. aku dah jatuh chenta.. memang berangan ank beli satu.. senang kalau nak travel.. masukkan je dalam bag.. kalau buat percutian bajet.. bole bawak periuk nasi ni.. memang berbaloi.. masak sendir.. takkan la nak pg bercuti nak bawak jugak periuk nasik gabak.. besar ni cukup la.. i like.. 



Aku suka sangat set ni cadar ni sebab warna lembut.. sejuk mata memandang.. lagipun aku baru beli katil ngan tilam baru.. kena la ada jugak cadar baru.. ngam ho.. hihihi.. Tido lena tau kalau dapat semua baru camni...

Sebagai seorang blogger (cewah.. fefeling fofular padahal non ado) kamera adalah benda yang sangat penting.. Takkan la nak pegi event nak angkut kamera godang atau kamera handset je kan.. lagipun aku memang suka kualiti gambar kamera Lumix.. cantik.. dah tak perlu kamera memahal dah.. nak bawak pun senang.. masukkan dalam handbag jer..


So, kalau korang nak tengok macam-macam lagi produk best kat Rakuten.. bole la klik sini.. selamat bershopping..

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia