Blog Eyzamiel

9.2.15

BB Cream dan Cleanser Seqy Beauty yang ohsem

Monday, February 09, 2015 2
BB Cream dan Cleanser Seqy Beauty yang ohsem

Alhamdulillah... produk Seqy Beauty makin mendapat tempat dihati pencinta kecantikan... Sekarang ni Seqy Beauty dah keluarkan Cleanser pulak.. dan tak lama lagi akan ada Sakura Mask... Yeay.. Best tau..



BB Cream Seqy Beauty juga dah ada untuk 3 tona kulit tau.. ada FAIR, NATURAL dan BROWN.


FAIR - sesuai untuk yang berkulit cerah
NATURAL - sesuai untuk yang berkulit sederhana , sawo matang
BROWN - sesuai untuk yang berkulit gelap


So, korang boleh pilih mana yang sesuai.. BB Cream ni ringan je kat muka sebab ianya waterbase.. tak berminyak dan tak bercapuk bila lama diluar rumah...


Selain dari BB Cream.. Seqy Beauty juga ada keluarkan cleanser.. Ha.. baru la lengkap kan... Cuci muka ngan cleanser SQB dan pakai BB Cream SQB.. memang best...



Sekarang ni semua penggemar produk Seqy Beauty tengah tak sabar nak tunggu Sakura Mask pulak.. Ha... yang tu aku tak bole story lagi sebab bos blom lancarkan lagi.. :)

So, kalau korang berminat nak try BB Cream dan Cleanser.. Roger jer aku.. aku jugak bole cod (Cash On Delivery) kalau sekitar Bandaraya KL (hari bekerja sahaja) , Bdr Tun Razak, Bdr Sri Permaisuri, Tesco Ampang Dan Pandan Indah... 

Harga produk ni memang berbaloi sebab sebotol boleh tahan dekat dua bulan tau...

BB Cream - RM 55.00 (sm) / RM 60.00 (ss)
Cleanser - RM 45.00 / RM 50.00 (ss)

*Postage RM 5

dan...
kalau korang nak jimat...
boleh ambik SET KOMBO ( 1 cleanser + 1 BB Cream)
cuma berharga RM 100 sahaja termasuk pos

*dengan setiap pembelian, akan dapat free gift yer...

Cepat-cepat... 
whatsapp / telegram / sms

013-3151382 (eyza)



28.1.15

Dinner bertemakan Bollywood di Kampung Pengantin

Wednesday, January 28, 2015 5
Dinner bertemakan Bollywood di Kampung Pengantin
Yeay... akhirnya mood aku nak update blog dah sampai.. hihihi... sori sangat... dah lama terbengkalai blog ni macam tak bertuan.. :)

Ha.. kali ni aku nak citer pasal Dinner Opis aku... Tapi................ Sebenarnya kan... Event ni dah lama... lamaaaaaaa sangat.... tapi ok la kan.. janji aku up jugak kat blog picisan aku ni...

Dinner ni sekali dengan Majlis Jasamu Dikenang.... Buat sekali harung.. ok la tu... Yang bestnya.. tema kali ni.. adalah BOLLYWOOD.. 

Mula-mula masa tau tema ni.. garu kepala gak la kami.. takkan la nak beli sari plak.. pas dinner sape plak nak pakai...Nasib baik la... masa tu dah dekat-dekat dengan Deepavali.. so, banyak la barang2 bertemakan Bollywood ni tengah sale... Tapi.. dok pikir jugak... baju apa yang aku nak beli? ada ke plusize.. macam-macam dok pikir.. kalau pakai baju biasa macam x best plak.. x ikut tema..

Dalam tengah dok buntu tu.. tetiba ada membe bagi cadangan yang bernas... TING! dapat idea.. apa la yang kami dok susah-susah... baik kami pinjam jer kat akak India kat opis ni.. dia mesti banyak sari kan... bila tanya kat dia, dia kata boleh.. banyak koleksi sari... Yeay.. selesai satu masalah... esoknya, dia bawak sari macam-macam kaler... pilih je mana yang berkenan..ada yang dah siap jahit, ada yang kena lilit sendiri... masa tu baru aku tau, sari pun ada instant gak.. senang jer kan sekarang ni.. semua dah mudah... aku mesti la kena ambik yang blom jahit, sebab akak tu kecik jer.. kalau ambik yang instant mmg tak muat la.. :)

Aku pilih sari kaler pink.. walaupun kaler pink tu agak berkilau-kilau n agak over.. tapi, disebabkan kaler pink.. aku redha jer pakai... untuk aksesori, kami gi shopping kat Jalan Masjid India.. pilih jer.. macam-macam aksesori ada.. mahal ke murah ker.. pilih je kat situ..nasib baik dekat ngan opis..

Majlis tu buat hari Jumaat malam... hari bekerja... so, semua siap kat opis jer.. senang.. bawak barang-barang mandi  n mandi dulu kat opis.. nasib baik la membe kami, Ekin tu pandai mekap.. semua orang tadah muka jer kat dia.. tapi kesian gak la kat dia.. semua dah cantik, baru la dia terkocoh-kocoh nak mekap muka sendiri... Pas dah siap semua.. kami pun gerak la ke Kampung Pengantin.. wah.. bole tahan happening jugak la... setiap Bahagian wajib buat persembahan.. Ada yang buat tarian, nyanyian , fashion show.. macam-macam la.. bahagian kami buat nyanyian jer.. tapi bukan la kami yang menyanyi.. geng-geng budak lelaki.. kami ni semua pemalu.. *uwek*














Alhamdulillah.. majlis memang happening.. Pengarah pun sporting.. siap menari-nari sekali bila dengar lagu.. Maklumla lagu hindustan.. penghujung majlis.. semua orang naik atas pentas.. menari ramai-ramai.. memang fun la...


Last but not least.. mesti la ada gambar heroin hindustan ni kan... hihihihi...

17.1.15

First time aku sampai ke Felda Chemomoi, Pahang

Saturday, January 17, 2015 7
First time aku sampai ke Felda Chemomoi, Pahang
Ni citer sebulan yang lalu..  macam biasa la.. aku kan ratu peram entry.. so, paham-paham je la yer.. hihihi..

Korang pernah pergi Felda Chemomoi? Aku ni baru pertama kali sampai.. tu pun sebab membe opis aku kawen kat sana.. kalau tak, memang tak sampai la jawabnya...

Kami pergi ramai-ramai.. semua geng opis.. naik sebiji van jer.. senang.. lagipun perjalanan jauh kan.. pergi ramai-ramai ni best.. happening sikit...

Pagi-pagi semua dah berkumpul kat opis..parking jer kereta masing-masing kat situ.. dah tau mmg selamat...Dalam pukul 10 lebih baru gerak ke sana.. Perjalanan ke Felda Chemomoi lebih kurang 3 jam... ramai gak la ahli rombongan yang pening dan mabuk sebab jalan yang berbengkang bengkok.. aku Alhamdulillah.. still maintain..  aku dok ralit tgk pemandangan kampung.. sejuk je rasanya..

Sampai sana dalam pukul 1 lebih.. jumpa pengantin dulu.. pastu makan.. yang bestnya kat kampung ni.. diaorang masih lagi amalkan gotong royong... Tuan rumah tumbangkan sekor kerbau... macam-macam jenis lauk.. sampai tak tau nak makan yang mana.. semua lauk pauk sedap plak tu... dan ada sesuatu yang aku rasa agak unik dan best..... Tuan rumah sediakan 10 jenis air minuman.. ada cendol, air jagung. teh bunga, milo n macam2 la.. sampai tak tahu nak pilih air mana.. semua nampak best..

bila dah kenyang.. borak-borak jap sementara tunggu pengantin lelaki datang.. Masa pengantin bersanding, aku n gang pun sibuk nak menepung tawar gak.. hihihi.. lama tak buat tu.. best tau sebab dapat bunga telur...

Habis pengantin bersanding, apa lagi.. acara bergambar la.. kitaorang jer yang dok penuhkan kawasan pelamin tu.. xde can orang lain.. riuh rendah dibuatnya...





Dah habis kami dok ber'photo' gediks.. kami pun gerak la balik KL.. tapi, dah alang-alang sampai.. kami balik ikut Kuala Pilah sebab nak beli daging salai... Memang terbaik la daging salai Kuala Pilah.. lembut jer.. berbaloi... :)

16.1.15

REALASH EYELASH SERUM : Berkesan atau tidak?

Friday, January 16, 2015 39
REALASH EYELASH SERUM : Berkesan atau tidak?

Maaf sangat sebab lambat nak cerita tentang Realash Eyelash Serum ni.. Mesti ramai yang nak tau samada produk ni berkesan atau tak.. Ok..ok.. meh sini aku citer...  Tapi sebelum tu, korang kena la baca entry sebelum aku guna produk ni ...  klik sini : Realash .... 


Ramai yang tanya aku kat komen dan email tentang produk ni... Ok, memandangkan aku tak sempat nak jawab email sorang-sorang.. aku tulis la review aku kat sini yer.. senang untuk korang rujuk...

Ada yang tanya.. Berkesan ke produk ni? Ada perubahan tak? Aku puas hati tak? Macam mana nak beli produk ni? Sabaq ya.. jap-jap.. aku tulis kat sini satu-satu...

Aku tau.. ramai yang bulu mata tak lentik kan? bukan setakat tak lentik.. ada tu bulu mata tak berapa ada sampaikan kkdg ingatkan dia xde bulu mata.. ada sebenarnya cuma pertumbuhan dia tak berapa menggalakkan... So, untuk sesiapa yang ada masalah macam tu.. aku memang rekemen Realash Eyelash Serum ni.


Alhamdulillah.. aku serasi ngan produk ni.. Bulu Mata pun makin panjang dan lentik gitu... tu pun aku jarang pakai, kalau selalu pakai, maunya lagi panjang dan lentik... kalah bulu mata pelakon Bollywood nanti.. hihihi...


Cara nak pakai pun senang jer.. memandangkan serum ni dalam bentuk cecair, korang sapu2 je kat bulu mata macam pakai maskara tu.. pastu biar je la...

Setakat aku guna, aku memang puas hati sangat-sangat.. Bulu Mata aku makin panjang , lebat dan lentik... dah tak payah pakai maskara.. semulajadi gitu...

Ada juga yang tanya aku macam mana nak beli produk ni.. ha.. meh sini aku terangkan step by step...

1. Mula-mula, masuk web page Realash ... klik sini  . Kat situ korang boleh pilih nak English atau BM..


2. Pastu klik kat Order Now ..


3. Pilih Pakej mana yang berkenan dihati.


4. Dah pilih, Isi detail kat borang yang disediakan.


5. Pilih cara pembayaran dan tekan ORDER NOW. Pastu, dia akan bagitau step by step.. follow jer.. dan pastu tunggu barang sampai depan rumah.. 



So, apa tunggu lagi.. kalau nakkan bulu mata yang cantik dan melentik jangan lupa order yer.. Selamat Mencuba..