Blog Eyzamiel

5.7.14

Detox bersama TruDTox di Bulan Ramadan

Saturday, July 05, 2014 2
Detox bersama TruDTox di Bulan Ramadan
Alhamdulillah.... hari ni dah 7 Ramadan.. maknanya dah 7 hari kita berpuasa.... Bulan Puasa ni bukan saja kita kena mengawal nafsu makan pada siang hari.. malam pun sama... maksud aku, bila kita bukak puasa tu.. jangan la kita membazir dan makan secara berlebihan... tahun ni aku cuma bersederhana... masak sendiri 2,3 jenis lauk.. kalau pg bazar pun hanya beli air tebu @ roti john...

Selalunya kan... masa berbuka tu, kita mesti akan makan secara berlebihan kan? maklumla ganti balik perut kosong pada siang harinya... No..no..no... tak elok tau macam tu... tapi, kalau kita terlebih makan dan nak detox balik... korang jangan risau... ada satu produk yang memang sangat-sangat berkesan bagi aku... TruDtox! 


Aku selalu kalau lepas berbuka..mesti akan rasa perut macam lain macam sikit.. maybe sebab perut kosong siangnya, pastu bila berbuka makan macam-macam... tu yang perut macam bergelodak tu.... Bila jadi macam tu, aku mesti akan minum TruDtox... Lepas tu terus rasa nak membuang.. Baru lega... Untuk sesapa yang ada masalah sembelit pun, memang amat digalakkan ambik produk ni....

Nak bancuh pun senang....


Ambik 1 peket... Masukkan dalam cawan...


Letakkan air panas...


Tunggu sampai kembang @ warna teh bertukar jadi pekat.. dan minum.. x payah tambah gula... rasa dia macam Green Tea @ Chinese Tea je... Aku suka...


1 untuk aku, 1 untuk hubby....

Nak tau apa lagi kelebihan TruDtox ni? Ha.. Meh sini aku citer...

TruDtox™
– Natural Herbal Cleansing
TruDtox™ is a Swiss natural and organic botanical tea that WORKS GENTLY to cleanse and help strengthen our body’s own natural detox organs. It is made of 100% organically-cultivated herbs, flora and teas that are traditionally known to help our body detoxify. TruDtox™ does not contain harsh laxatives and as such, will not create bowel dependency.



  • Help cleanse toxins and pollutants from
  • your body
  • Promote normal functions of your body’s
  • detox organs
  • Promote thermogenesis (burn excessive fats)
How Does It Work?
Here’s how you can help your body to detox. First, flush out toxins and waste, then strengthen your body’s natural detox system and finally, avoid further toxic overload.

The Detox Process


What Are The Benefits?



Sorry sebab keterangan ni dalam Bahasa Inggeris.. Malas nak Translate.. :)

Untuk lebih info..korang klik je sini.. macam2 info korang boleh tahu...

Semoga Ramadan kali ini, lebih bermakna dan kita dapat mengumpul pahala yang banyak... Amin...




Program Jalinan Ramadhan 1435H | Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.

Saturday, July 05, 2014 1
Program Jalinan Ramadhan 1435H | Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor.
Bulan Ramadan la bulan yang paling banyak kita boleh buat amal... senang je nak kumpul pahala...ni ada aku nak bagi peluang korang kumpul pahala... Macam mana nak senang dapat pahala?.. Ha..korang baca kat bawah ni...


Maklumat Program :

Program Jalinan Ramadhan ini di bawah Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor , di bawah pendaftaran yang brnombor  PPM-014-10-13012014

Tarikh dan Tempat :
20 Julai 2014 / 22 ramadhan 1435H 
Sekitar Kuala Langat Selangor 

Matlamat :
Mengedarkan pek barangan dapur kepada yang memerlukan di bulan mulia ini

Objektif :
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran :
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in

Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 
FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas-


Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah

Untuk yang berkemampuan dan ingin menambah saham akhirat.. memang sangat dialu-alukan untuk menjayakan program ini.Dan kalau anda tak mampu, jangan risau.. anda jugak boleh membantu dengan memwar-warkan dekat blog, facebook, instagram dan juga twitter.. renung-renungkan dan selamat beramal...

4.7.14

Felixia Yeap @ Raisha Rania, Selamat Menjadi Saudara Baru

Friday, July 04, 2014 4
Felixia Yeap @ Raisha Rania, Selamat Menjadi Saudara Baru

Semalam bersamaan dengan 5 Ramadan dan hari kelahiran beliau, Felixia Yeap telah selamat memeluk Islam.. Alhamdulillah.. Bertambah lagi saudara Islam kita..

Kat mana dan apa nama baru Felixia?.. Ha.. Baca sini..

Raisha Rania. Cantik nama itu. Berdasarkan pemeriksaan sebentar tadi, Raisha membawa maksud “pemimpin raja“, sementara Rania pula membawa maksud ‘mempersona‘. Kiranya gabungan nama Islam Felixia Yeap ini membawa maksud ‘pemimpin yang mempersona‘. Cantik. Sesuai dengan orangnya. Panggil Raisha pun sedap didengar, panggil Rania pun best jugak.
Seperti yang kita sedia maklum, Felixia Yeap telah pun selamat memeluk agama Islam semalam. Bertempat di sebuah masjid di TTDI, Felixia telah mengucap dua kalimah syahadah kira-kira jam 6.30 petang dengan ditemani oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada media yang hadir kerana Felixia enggan mendapat liputan di hari penuh bersejarahnya itu.
Selamat datang diucapkan kepada Raisha Rania/Felixia Yeap. Selamat menikmati keindahan menjadi seorang muslimah. Jangan pedulikan kata-kata negatif orang ramai. Anda tahu pilihan ini adalah yang tepat. Selamat berpuasa sebagai seorang Muslimah buat pertama kali juga diucapkan kepada Felixia Yeap.


kredit : Beautifulnara

Semalam aku baca Blog Felixia... Sedih jugak la baca... harap Felixia Istiqamah dan lebih tenang selepas ini. Cuma satu jer, aku harap sangat Felixia @ Raisha Rania tukar header blog dia.. sebab gambar kat header tu still gambar seksi..

Selamat Datang Saudara Baruku..

Giveaway teka wajah eda by blogger euruka seven

Friday, July 04, 2014 0
Giveaway teka wajah eda by blogger euruka seven


Aku suka giveaway macam ni.. mudah jer sebab syarat dia tak banyak... 

GA ni cuma suruh teka yang mana satu EDA? Erm... rasa-rasa aku la kan... yang No 3 (keding).. betul x? hahaha..

Hadiah GA ni lumayan jugak tau.. nak join jugak..klik sini yer..