Blog Eyzamiel

13.9.12

::Jamuan Raya Hospital Ampang 2012::

Thursday, September 13, 2012 0
::Jamuan Raya Hospital Ampang 2012::
Semalam aku dah citer tentang Jamuan Raya Unit Aku... Hari ni pulak ada Jamuan Raya Peringkat Hospital.... Tahun ni aku ditugaskan untuk jaga gerai... Shift pertama pulak tu.. takpe la... tak kisah.. demi untuk melancarkan majlis....

Pukul 11, bermula la shift aku ngan kawan-kawan.. satu kumpulan cuma kena jaga 1 jam.. bole la kami gilir-gilir makan.... Ni la gerai kami... masa ni kat belakang  masih lengang.... maklumla awal lagi.....

Untuk Jabatan Pengurusan, kami buat Rojak Buah dan makanan untuk Vegetarian......

Kerja pertama kami.... masukkan buah dalam bekas.....

Sibuk macam mana pun.. gambar mesti ade.....

Ini la rojak kami.....

Bila bos besar datang, terus fokus buat kerja....

CC aku ambik tugas bubuh kacang kat atas rojak....

Dah siap packing... susun cantik-cantik... 

Belum habis packing, dah sibuk nak bergambar.....

Ha.. ni la Bos Besar kami.. merangkap pemerhati kerja2 kami..

Jemput la ambik rojak saya....

Budak2 ni bukan nak ambik rojak pun... nak mengacau jer kat tempat aku..hi..hi..hi...

Menyorok sikit bagi nampak kurus....

Dah selesai packing.. Penat.. Kita minum dulu.....

Customer pertama ni....

Elok jer kitaorang tamat shift... orang dah mula serbu... lepas jer kitaorang serah tugas.. kitaorang serbu pulak gerai orang lain......

Sambutan hebat penggemar rojak... ni turn kumpulan 2 pulak.....
 Macam-macam makanan ada... ada Lontong 1 Malaysia (memang sedap giler) , Nasi Beriani ngan Ayam Merah (aku x makan pun sbb dah kenyang) , Ayam Golek (kurang kick sebab tawar) , Kuih Muih , Rendang ngan Lemang, Roti Jala , Lempeng Kelapa dan macam-macam lagi la... kalau nak senaraikan semua.. maunya penuh blog aku ni... Tapi, gerai yang paling ramai penggemar adalah gerai Kambing Panggang....

Walaupun beratur panjang, aku pun join gak... bukan nak makan sangat... cuma nak rasa jer....

Daging Kambing ni sedap... lembut pulak tu... tapi, aku makan 2 slice jer terus rasa panas kat lidah.. terus aku x nak makan dah... bagi kat kawan aku....
Walau apapun, memang best la Jamuan kali ni.... Semua orang Hepi... tahun depan kita buat lagi.... tu pun kalau aku blom dapat tukar.. kalau dah dapat tukar, aku sambut raya kat tempat baru la pulak....



Last but Not Least... gambar kami semua......... Peace....


12.9.12

::Jamuan Raya & Majlis Hari Lahir Julai hingga September::

Wednesday, September 12, 2012 2
::Jamuan Raya & Majlis Hari Lahir Julai hingga September::
Hari ni Unit aku (Kewangan & Akaun) buat Jamuan raya merangkap Majlis meraikan Besday kawan2 aku yang lahir dari bulan Julai hingga September..... Yang bestnya, kali ni kumpulan aku yang ditugaskan untuk uruskan segala-galanya tentang Jamuan ni.. dari pilih katerer hingga la ke bab hadiah.... tapi, yang x bestnya bila susah betul nak cari katering masa bulan Syawal ni.. semua nya fully book... Last minit, nasib baik ada kawan kat Unit Stor buat katering, kitaorang order kat dia jer la....


Aktiviti wajib kitaorang... Bergambar sebelum Majlis....

Yanz n Yati.... Dua-dua orang N9..... Sempoi...

Berempat jer.. sorang lagi dah hilang....

Dah habis posing2 kat dalam opis, baru la kitaorang sedar yang akak PAP Unit aku yang buat kerja sorang-sorang.. dari angkat meja hingga buat air.. dia la yang banyak bertungkus lumus... Sori Kak Kam.. adik2 mu ni kalau dah bergambar memang lupa dunia....

Disebabkan masih mood raya, harusla ada duit kuih raya kan.....

Antara Menu yang ada.... Nasik kitaorang order lauk pauk kampang.. memang sedap....

Kek untuk Besday girl Women... Selalu kitaorang ambik Choc Indulgence, tapi kali ni nak ubah selera pula.... ambik Cheese Choc Rasperry.. kalau x silap aku la.. kalau silap, maafkan saya yer......

Ada 5 hadiah untuk yang menyambut Besday, 2 hadiah Cabutan Bertuah dan 1 hadiah pakaian tercantik...Kalau tahu ada hadiah untuk pakaian tercantik, maunya aku pakai cun2 sikit.....

Siap ada hiburan tau.... Mula2 mood raya... pastu bila dah boring.. sekali diaorang tukar lagu Arab la pulak.. hilang mood raya, datang mood gelek pulak....

Muka Mak tiri yang garang.... Bengang sebab lambat sangat nak potong kek.. dia dah lapar sangat tu.....

Tak dapat potong kek, dapat bergambar pun jadi la...

CC sibuk berucap, kitaorang sibuk bergambar.....

Tengok, tengah bawak pinggan pun sempat menyelit tu.....
Majlis dimulakan dengan bacaan doa... pastu potong kek dan bagi hadiah.... dan yang paling ditunggu-tunggu... makan time... bila cakap jer, masa untuk makan, semua orang serbu... tapi, makanan dia memang sedap2..puas hati la....

CC aku yang dah x sabar-sabar nak bukak hadiah cabutan bertuah yang dia dapat.....
Selesai jer Majlis, kumpulan aku kena kemaskan balik tempat makan tadi... Dah settle semua.. bermula la kembali episod giler kamera kitaorang....

Gambar pertama ~ Versi hantu Cina

Gambar Kedua ~ Versi nak gaduh

Dan Gambar Terakhir ~ Versi Ultraman Taro... hi..hi..hi...

Settle dah Besday untuk Bulan ni... Giliran berikutnya, baru la sampai Besday aku... ni la x bestnya lahir hujung2 tahun... apa2pun, kena last sekali... tapi, harap2 yang last sekali tu lagi meriah dari yang lain.. hi..hi..hi...

9.9.12

::Berjalan 10,000 Langkah Merdeka::

Sunday, September 09, 2012 0
::Berjalan 10,000 Langkah Merdeka::
Hari ni aku join Program "Berjalan 10,000 Langkah Merdeka Seluruh Negara 2012".... Program ni anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia... sebagai staff KKM yang prihatin, harus la aku pun join sekali.... Awal2 pagi aku dah keluar dr rumah.. kalau ikutkan perancangan, bas akan gerak dr opis kul 6.15 pg, tapi disebabkan ramai yang duduk jauh dr opis, nak sembahyang subuh dulu, kitaorang gerak kul 6.30 pg....

Muka segar bugar pagi-pagi...

Dalam bas.. ramai yang cakap muka kitaorang sama.. Sama ke?
Group kitaorang kena mula kat Hospital Kajang... sampai jer sana, rupa2nya dah ramai.... terus pg kaunter.. daftar dulu...



Group Hospital Ampang...

Disebabkan dr Hospital Ampang terlampau ramai, sampaikan kena guna kaunter Hospital Kajang....

Tengah menunggu untuk nyanyi lagu Negaraku, Lagu Selangor dan kami sedia membantu.....

Kita makan dulu.... kami dibekalkan dengan sandwich dan sebotol mineral.....

Anak kawan aku.. dia pun semangat nak jalan....

Permulaan pelepasan....



Ramai jugak yang datang 1 family....


Jalan kami memang Adventure... banyak jalan berbukit bukau.....


Kawan2 aku bersama anak masing2....
 Aktiviti ni memang memenatkan.. tapi best... mula2 aku mcm nak mengalah jer... tapi, bila kenangkan orang lain bole buat.. terus aku semangat nak habiskan.....


Muka hepi sbb dah nak sampai Hospital Kajang.....

Muka penat selepas sampai kat garisan penamat....

Aku berjaya habiskan 6.5 km dalam masa 1 jam setengah... Bangga tu....



dah habis semua... terus gerak nak balik Ampang.... aku naik bas UTAR....


Syukur sangat sebab aku berjaya habiskan 6.5 km ni.... harap2 lemak2 degil kat badan aku ni pun, bole la berkurangan... hi..hi..hi...

7.9.12

Sambutan KeMerdekaan 55 Tahun: Janji Ditepati

Friday, September 07, 2012 0
Sambutan KeMerdekaan 55 Tahun: Janji Ditepati
Orang lain dah berlambak-lambak entry pas raya.. aku pulak, nak buat satu entry pun malas... Mula2 ingat nak cerita raya... pastu cam malas pulak sebab dah lama kan (walaupun Syawal lom abis)....... dah malas nak cerita pasal raya, aku nak la cerita pasal aku gi Perhimpunan Sambutan 55 tahun Merdeka kat Bukit Jalil masa 31 Ogos hari tu......

Kitaorang semua berkumpul kat opis dalam kul 2 petang.... makan, pastu ambik T-shirt... sambil2 tu santai2 jer la sementara tunggu yang lain2 datang.. kalau ikut jadual, kitaorang akan bertolak dari Opis kul 3 petang.. tapi, memandangkan hr tu hari Jumaat, kami gerak lewat sikit sbb tunggu kaum Adam yg gi sembahyang Jumaat......


Posing dulu atas bas.... Nampak aku Bam Bam sangat la pulak.....
Jalan jammed giler untuk pg Bukit Jalil... Padahal dr opis aku ke sana dekat jer... bas pulak asyik brek.. pening kepala aku.. nasib baik aku bawak Balm.. aku dah tak peduli, bukak je balm terus sapu kat kepala.. 1 bas bau.... Bas turunkan kitaorang kat jalan luar, terpaksa la menapak masuk dalam.. yang bestnya, kumpulan kitaorang kena masuk kat pintu merah.. mula2 masuk dari gate, kitaorang nampak pintu biru.... kitaorang pun terus jalan lagi..... jumpa pintu hijau dan ungu, tapi pintu merah x jumpa... pusing punya pusing, akhirnya jumpa... rupanya, pintu merah sebelah pintu biru jer.. kalau kitaorang pakai kiri, dah lama sampai.. ni kitaorang siap tawaf satu stadium, baru jumpa pintu merah..... sampai jer kat pintu merah, isi dulu borang cabutan bertuah.. mana la tau, kut2 kena.... lepas isi, masukkan dalam kotak... pastu. terus kitaorang gi cari tempat duduk.. dah la group kami dapat kat tgkt 3.. Ya Allah, menapak pulak naik tangga..... dah naik atas, terus rehat jap... dalam kul 5, turun pulak kat bawah sekali sebab nak gi solat Asar.... punyala ramai orang.. sesak betul.. dalam surau pun panas... selesai solat, naik atas balik... ada nyanyian dari artis2 tempatan.. nasib baik lagu kegemaran aku, Teman Pengganti ade... tq Black sebab nyanyikan lagu tu.. hi..hi..hi...

Masa nak solat Maghrib tu, turun balik kat bawah.. dah la tandas kat tgkt 3 tu xde air.. siksa betul.... Penat sangat......








Ingatkan dalam pukul 10 tu, geng2 aku nak balik dulu naik LRT... tapi, bos aku suruh tunggu sampai PM balik dulu..... tunggu punya tunggu, kitaorang decide balik naik bas jer la... dah alang2 kan.... ingatkan leh la balik cepat... ada pulak, yang nak tunggu cabutan bertuah.. aku memang dah penat giler... dah xde hati nak tunggu cabutan... sebab lambat sangat.... nasib baik la, last2 bos aku ajak balik.. dia pun dah penat.....


Hadiah Lumayan untuk cabutan bertuah....
Dah keluar dari Stadium.. cari bas pulak x jumpa... dah la salah info... jalan punya la jauh... last2 katanya, bas kat belakang.. terpaksa la patah balik.. tension tul.. dah la penat.... dalam kul 12.30 pg baru gerak dr sana.... nasib baik, elok aku sampai jer kat opis, hubby pun sampai nak amik aku... dah x payah la aku nak menunggu lama2.. balik jer umah... mandi.. pastu terus tido.. lega rasanya....