Blog Eyzamiel

9.7.12

Jamu Ratu Dara @ JRD

Monday, July 09, 2012 12
Jamu Ratu Dara @ JRD


Korang pernah dengar Jamu Ratu Dara tak?
Bukan Jamu Mak Dara, ni Jamu Ratu Dara...
Aku dah lama tau tentang produk ni..
Aku tau masa aku dok aktif dalam Forum Ratuhati dulu...
Masa tu Jamu ni masih lagi dalam pack lama..
Sekarang ni dah buat cantik-cantik...

Mula-mula aku ingat nak try Jamu Mak Dara sebab ramai yang cakap Jamu tu best..
Aku dah pergi dah kedai jamu tu nak beli..
Tapi, takde stok pulak..
Aku pun balik je la....
Masa kat opis, membe aku ade cerita yang yang dia makan Jamu Ratu Dara ni...
dan dia kata banyak la perubahan yang dia rasa..
Aku macam tertarik la...
terus aku search kat Internet....

Antara khasiat Jamu Ratu Dara:
Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi  bahagian keintiman  wanita.
Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
Merawat keputihan dengan berkesan.
Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
Meningkatkan kesuburan wanita.
Membantu mendapatkan zuriat.
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
Membantu menurunkan berat badan.
Mencegah barah payudara dan rahim.
Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.



Bila tengok jer ada untuk melancarkan haid, meningkatkan kesuburan dan membantu mendapatkan zuriat, aku terus tertarik nak try....


JRD ni jugak dah ada kelulusan KKM.. sebab tu la aku berani nak try.....


Ni la rupa Jamu tu...
Ada 60 biji.. harga sebotol baru RM 30...
Aku baru try 2 hari...
Antara kesan yang aku rasa ialah asyik terkentut ngan asyik nak terkencing jer...
Yang lain-lain tu belum lagi la....

Kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni... korang bole masuk web ni..


Nota: Korang jangan salah sangka pulak... aku tak jual produk ni.... x de share pun ngan pengasas produk.. cuma aku nak inform jer apa yang aku tengah try untuk usaha aku dapatkan zuriat...berkesan atau tak, belum pasti lagi sebab aku pun baru makan 2 hari.. nnt kalau ada apa2 perubahan lain, aku story yer...

6.7.12

::Bahagia tengok orang pregnant::

Friday, July 06, 2012 6
::Bahagia tengok orang pregnant::

Hari ni aku dapat berita, 3 orang kenalan aku pregnant...
Bestnya.. rasa bahagia sangat..
Alangkah bagusnya kalau aura tu terjangkit kat aku jugak.....
Pejam celik pejam celik dah nak sampai tarikh Anniversary aku...
Rasa sekejap je masa berlalu....
Kalau ada anak, dah besar pun... dah masuk tadika..
tapi, kita hanya mampu merancang...
Semuanya di tangan Allah....
Ada hikmahnya semua ni...
Mungkin Allah ada percaturan yg lebih baik untuk aku dan hubby....
Semoga kebahagian aku dan hubby kekal selamanya...
Amin.....


5.7.12

:: Snogurt::

Thursday, July 05, 2012 4
:: Snogurt::

Korang pernah dengar Snogurt tak?
Aku hari tu pun jumpa kedai Snogurt ni secara tak sengaja....

Adik aku yang bongsu tu sibuk sangat nak ajak gi makan kat ICE ROOM sebab masa kitaorang gi makan kat ICE ROOM Nilai dia kat kampung.... tak dapat la dia makan.... Bila dia datang sini, apa lagi.. dia tuntut la nak gi situ.... aku ngan hubby pun bawak la dia pg ICE ROOM Cawangan Shamelin...sebelah Kolej PolyTech Mara... itu yang paling hampir ngan umah aku...  Elok jer kitaorang sampai.... tengok2 kedai tu tutup... pastu banner besar terpampang kat depan kedai.. Rupa2nya, kedai tu dah pindah ke PD Waterfront... Frust la adik aku... Demi tak nak hampakan adik aku, aku pun search la kat tenet.. cari ICE ROOM Cawangan lain pulak... k, fine.. jumpa.. kat bangi n kajang..... nak pg bangi cam jauh.. kami pun decide la pg kat kajang... berpusing-pusing kitaorang kat kajang tu.. tanya orang sana sini.... macam2 arah yang orang tunjukkan.. akhirnya, kitaorang sampai kat Metro Point Kajang.. Hubby tanya la ngan budak kat situ... budak tu cakap ICE ROOM tak jd bukak kat kajang... betul ke tidak tak pasti la pulak....aku pun  dah malas dah nak cari.... aku ajak la adik2 aku gi Baskin Robbins jer... 

Tapi, masa pusing2 kat dalam Metro Kajang tu... ternampak la kedai Snogurt ni.. kalau tak silap aku kedai ni milik pelakon Raja Farah.... Konsep dia lebih kurang jer ngan TUTTI FRUTTI.... kami pun tak jadi lepak kat  BR, terus je lepak kat Snogurt ni... Snogurt ni ada banyak cawangan .. tapi kalau tak silap aku, sekarang ni cawangan-cawangan tu hanya ada kat area KL, Selangor ngan Johor jer.... Perisa untuk aiskrim yogurt ni pun ada pelbagai jenis... ada perisa Just Snogurt (yogurt asli) , Screaming Apple (Rasa Epal) , Shy Lychee , Wild Berries (yang ni memang sedap) , mango Passion , Choco Mint dan macam2 lagi la perisa yang sedap-sedap.... Pasni, bole la tukar2 angin pulak.. kalau dah boring makan kat Tutti Frutti, leh la lepak kat Snogurt pulak...

Tambahan:

Selepas aku google pasal Snogurt ni.. aku pun jumpa la data2 ni.. memang sahih Snogurt ni milik Raja Farah....



30 Disember 2011 merupakan detik penting dalam hidup dalam hidup pelakon Raja Farah apabila kedai ais krim yogurt’nya dengan rasminya membuka cawangan yang terletak di G-02, Ground Floor, MetroPoint Complex, Jalan Semenyih Kajang. Kedai ais krim yogurt (ala ala Tutti Frutti) di namakan Snogurt. Perniagaan keluarga yang dimulakan pada bulan Oktober 2010 ini juga mempunyai cawangan di No.9, SS17/7, Subang Jaya.
Apabila ditanya mengapa agak lama menyepi selepas berumahtangga, pelakon ini sebenarnya sedang sibuk menguruskan perniagaan keluarganya ni.
“Saya sedang menumpukan kepada perniagaan keluarga dan sebuah lagi cawangan kedai Snogurt telah dibuka dan dilancarkan di Metro Point Complex, Kajang pada 30 Disember lalu. Snogurt adalah produk tempatan dan kami memulakan perniagaan pada Oktober 2010. Kami masih dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan ini di Malaysia dahulu sebelum membawa produk ini ke luar negara. Kami turut membuka francais bagi mengembangkan perniagaan tersebut di tempat lain dalam negara ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, para pembaca boleh layari www.snogurt.com.”
Farah yang bernikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada November 2010 mengakui belum mempunyai tanda-tanda kehamilan.
“Nampaknya saya belum mempunyai rezeki untuk hamil. Tetapi semuanya saya serahkan kepada Allah.”
Jom kita tengok sikit kedai milik Farah ni :





Kredit: Oh!Artis

25.6.12

::Masuk Hospital & Family Day::

Monday, June 25, 2012 0
::Masuk Hospital & Family Day::
Hari Jumaat tempohari aku dapat tahu yang adik ipar aku masuk hospital... pengantin baru hari tu... terkejut jugak la aku.... Dia masuk Hospital Melaka....nak tak nak, aku ambik half day sbb kalau nak tggu balik kerja baru nak gi, takut terlepas waktu melawat.... Kalau ikut perancangan, aku memang akan gi Melaka gak petang tu sebab hr sabtu tu aku ngan hubby akan gi PD dr sana sebab aku ada family day... Nasib baik, beg kain baju semua aku dah bawak...

Kul 12 lebih, aku keluar dr opis... amik teksi gi LRT, pastu amik LRT terus ke TBS... dapat bas kul 1.30.. nasib baik org x ramai... tp, bas yg aku naik pulak yang tak best... nak buat camne, itu je bas yg ada kul 1.30... dah la dalam tu bau x berapa sedap.. aircond pulak panas... berpeluh-peluh aku selama 2 jam atas bas....Bila dah sampai Melaka Sentral, rasa syukur sangat-sangat...


Hubby datang jer, terus kitaorang gerak ke Hospital... Rupanya, adik ipar aku tu kena kencing tikus... Minggu lepas dia gi menjala kat sungai.. tu yg kena tu... Nasib baik dia dapat kesan awal.. kalau x, tak tahula.... lama jugak la aku kat sana... kesian adik aku.. dia pun cam aku gak... laki keja Melaka, dia keja KL.... terpaksa la dia EL, jaga suami... takpe la, pengorbanan untuk suami... macam2 dugaan adik aku lepas dia kawen ni.. harap2 dia banyak bersabar....

Esoknya, aku macam nak batalkan jer gi PD tu, tapi bila bincang2 ngan hubby... kitaorg teruskan gak gi sana... sebab kitaorang dah janji nak pg.. cam x best pulak kalau x gi....Disebabkan aku Ketua Apartment, aku kena la gi awal... utk check in dan uruskan apa2 yg patut...

Kitaorg gerak dr Melaka kul 11 lebih, sampai PD kul 12 suku camtu...Family Day kitaorang ni buat kat Permaisuri Resort.... sampai je, terus daftar dan makan tghr dulu.. masa ni x leh amik kunci lg sebab check in kul 2... kami pun lepak2 dulu tepi pantai..... aku pulak, lupa nak bawak kamera, jd x banyak la gambar kitaorang kat sana...

Kul 2 lebih, baru bole check in.. kitaorang dapat apartment 3 bilik.. so, aku kongsi ngan membe aku lg 2 orang.... kiranya 3 couple la dlm 1 apartment....... selepas cabut undi, aku dapat medium room.. ok la, nak tido je pun.. no hal la....

kalau ikut jadual, petang tu dalam kul 3, ada pertandingan utk kanak2.. tp, kami semua x turun pun.. penat, lagipun kitaorang semua lom ada anak... kitaorang lepak je la dalam bilik masing-masing... Petang dalam kul 6, baru kitaorang siap2 utk gi mandi swimming pool.....




Memandangkan aku n gang x berapa pandai berenang... kitaorang mandi kat tepi2 je sbb kolam tu agak dalam utk kitaorang yg comel dan x berapa cukup ketinggian ni..... laki masing2 sibuk nak mandi laut... x nak mandi kolam sebab ramai sangat kat kolam... pas dah puas mandi kolam, kitaorang pun gerak gi mandi laut pulak....


Malam pulak, ada Dinner BBQ.... Tema utk malam ni ialah Floral... aku x beli baju baru pun.. pakai je apa yg ada.. hubby langsung x nak baju bunga2.. dia pakai T-shirt je.....






BBQ di tepi pantai..memang best.. diaorang buat konsep gerai... ada lebih kurang 10 gerai.... memang happening... mewah dengan makanan je malam tu... ada gerai BBQ, gerai sate, gerai goreng2, gerai salad, gerai dessert (homemade aiskrim  dia mmg mabeles) dan macam2 gerai lagi la.. sampai dah x terlarat nak makan.....




Sambil-sambil makan tu ada la acara selingan macam pertandingan karaoke, pertandingan Fancy Dress, Superhero dan yang paling best, Cabutan Bertuah....



aku paling berkobar-kobar bila time Cabutan Bertuah... tapi, memang x de tuah.. langsung x dapat apa... takpe la, janji dapat makan yg best2... Acara kemuncak malam tu bila diaorang pasang bukak api.. wah.. memang happening.....Dekat kul 12 baru kitaorang balik bilik... semua dah penat sangat..... 


Esoknya, ada Telematch untuk dewasa pulak....aku x masuk pun, just jd pemerhati....










Habis je Telematch, makan tengahari dan siap2 untuk Check out.... pas check out, aku ngan membe aku sempat lgi gi shoping kat PD..... Mula2 ingat nak ke Melaka balik.. tp, bila aku call adik aku, dia bgtau yg husband dia dah beransur ok... so, aku ngan hubby pun gerak la balik KL... kali ni, kami balik guna Highway LEKAS.. sekejap je dah sampai... Betullah, LEKAS ni memang lekas..hi.hi..hi..

Apa2pun Family Day ni memang Best... Terbaik la....

Nota: Semoga Man cepat sembuh....