Blog Eyzamiel

10.11.11

::Aidiladha aku::

Thursday, November 10, 2011 0
::Aidiladha aku::
Bila cuti raya, blog aku pun mesti cuti sekali.. ;)
Aku balik kg hari Sabtu... gerak kul 12 lebih, kul 7 lebih baru sampai... Jalan jammed... pastu, hujan lebat pulak kat sesetengah kawasan... sampaikan tak berapa nampak jalan...

Kalau ikutkan perancangan, bila kitaorg sampai jer, terus gerak balik Kedah (umah tok aku)... tapi, sebab kami sampai lewat... mak aku ajak balik pagi raya aje...

Esoknya, lepas subuh...kitaorang semua bermaaf-maafan... pastu, bergambar-gambaran... baru la gerak balik Kedah sebab rancang nak solat raya kat sana.... Nasib baik sempat... Kitaorang sampai ngam2 dah nak start solat... Pastu, ziarah kubur tok wan aku, baru gerak ke umah tok...

Takde baju baru..recycle baju raya posa sebab baju raya haji aku tak siap...
Balik Kedah sebab mak ngan adik aku angah ade buat kenduri sikit kat umah tok.... kenduri sempena korban dan merangkap kenduri arwah untuk tok wan aku...

tengah memerah keringat melapah kepala lembu untuk keluarkan otak...
Kebetulan pulak, besday mak tam dan pak dak (kembar tak seiras) jatuh pada hari raya haji tu... sepupu aku belikan kek untuk depa....

Kek untuk Besday Men & Besday Women.....
ni la kembarnya.. tak macam kembar kan? tak seiras langsung.....
Tukang masak yang diimport khas dari KL.. :)
Alhamdulilah.. kenduri berjalan dengan lancar... Malamnya pulak, ada acara main bunga api...

sebahagian bunga api...

Adik2 aku tengah layan main bunga api...

Ayah aku pun layan main bunga api....
Dalam kul 11 Malam baru la kami satu keluarga gerak balik Penang.. Badan pun dah letih.. esoknya ada hal lain yang perlu diselesaikan.. next entry aku citer yer....

5.11.11

29?

Saturday, November 05, 2011 2
29?

It's 29... Yup... Hari ni genap la umur aku 29 tahun...
Alhamdulillah...

Terima Kasih Ya Allah...
Terima kasih kerana memanjangkan umurku...
Terima kasih kerana mengurniakan keluarga yang bahagia untukku...
Terima kasih kerana memberi rezeki untukku...

Terima Kasih keluargaku...
Terima kasih kerana tak putus-putus memberi semangat untukku..
Terima kasih kerana mendidikku sehingga aku menjadi orang yang berjaya...
Terima kasih kerana menerima pilihanku...

Terima kasih suamiku...
Terima kasih kerana mencintai dan menyayangiku..
Terima kasih kerana sanggup menerima kebaikan dan keburukanku...
Terima kasih kerana setia menemaniku di saat suka, duka, susah dan senang...

Terima kasih kawan-kawanku...
Terima kasih kerana menyokongku..
Terima kasih kerana sudi mengenaliku...
Terima kasih kerana menjadi sebahagian kenangan manisku....

Terima kasih semua... Semoga Hari Lahir yang ke29 ni akan lebih bermakna... dan mudah-mudahan selepas ini aku akan mendapat hadiah yang paling aku dambakan selama 4 tahun ini.... Ya Allah.. Kau kabulkanlah doaku yang Satu ini.. Amin..Amin Ya Rabbal 'alamin...

4.11.11

::Selamat Hari Raya Aidiladha::

Friday, November 04, 2011 0
::Selamat Hari Raya Aidiladha::

U all raya mana kali ni?
Kalau ikutkan turn, kali ni jatuh kat Sarawak... tapi, memandangkan hubby ade projek yang kena siap dan dia kena kerja esok, tak jadi la balik.. Kitaorg decide nak raya KL jer.. tapi, kesian pulak ngan alang sebab dia mintak tolong aku settlekan barang2 untuk kenduri dia.. Nak gi Butik Pengantin ngan gi jumpa orang Katering.... Lagipun mak aku ade la buat kenduri korban sikit raya ni... tapi buat kat kg mak aku...kat Kedah...

Bincang-bincang ngan hubby... hubby izinkan aku balik raya kat Penang.. tapi, hubby tak dapat balik... terpaksa la aku beraya tanpa hubby disisi.. hubby akan beraya ngan kawan2 sekampung dia yang tak balik raya jugak... tak bestnya... aku nak gak cium tangan hubby pagi raya.. walaupun raya haji...tapi, apa nak buat.. kalau kampung aku dekat Seremban je, bole la hubby balik pagi raya....

Esok aku balik kampung ngan alang.... 1st time nak naik keta baru dia.. ;) Mula-mula, hubby nak hantar aku gi umah alang esok, tapi tadi dapat mesej dari alang.. dia nak datang amik kat umah.. okla... tak yah la hubby hantar... esok hubby leh gi kerja awal sikit...

Untuk semua Muslimin dan Muslimat.. Selamat Menyambut Hari Raya Haji... Semoga saudara kita yang mengerjakan haji di Tanah Suci selamat mengerjakan haji yang Mabrur...

P/s: Berhati-hati pulang ke kampung masing-masing.

3.11.11

::Pencarian Blog Follower bawah 500::

Thursday, November 03, 2011 2
::Pencarian Blog Follower bawah 500::

1st time aku join segmen...
Jom semua...
sapa2 yang follower bawah 500 jom join segmen ni...
Tarikh tutup: 11 November 2011 jam 2 petang.