Blog Eyzamiel

6.7.15

Ramadhan Steamboat & Grill di Ampang

Monday, July 06, 2015 0
Ramadhan Steamboat & Grill di Ampang
Bulan Puasa tahun ni Nafsu makan aku ngan hubby tak segila tahun lepas.. Tahun ni kami Cool Down jer.. lebih banyak masak kat rumah dari makan kat luar...

Tapi, ada satu hari tu.. kalau tak silap aku 9 ramadan hari tu hubby ajak makan Steamboat... Mula-mula plan macam nak makan kat Q Thai Ampang Waterfront.. tapi tak jadi sebab membe aku kata pernah makan Steamboat area sebelum Taman Dagang...

Aku pun ajak la Hubby ke sana... Ok la.. Parking senang.. tempat pun ok... cuma pilihan makanan tak banyak...





Aku ngan hubby pilih Tom Yam... Sedap tomyam dia.... Makanan ok.. Nasi goreng pun sedap...







 Cuma aku tak puas hati sebab takde aiskrim.. aku ni dah la suka aiskrim... hihihi....


Penuh jugak la meja kami... Alhamdulillah kenyang.... tapi kat sini.. air order asing yer...


Harga 1 kepala cuma RM 23.00 .. air harga lain.... kalau nak try, aku memang suggest korang ambik TomYam.. sedap..

Untuk keterangan lanjut, bole layari:



CHEMBOJA BERSINAR DI PENTAS PERAGAAN HIGH TEA DI SINGAPURA

Monday, July 06, 2015 0
CHEMBOJA BERSINAR DI PENTAS PERAGAAN HIGH TEA DI SINGAPURA
Chemboja, satu-satunya jenama dari Malaysia yang  memperagakan  koleksi  jubah  dan  wanita  mereka  di  pertunjukan fesyen  antarabangsa  “Dare  to  Dream”,   di  Katong  Village,  Singapura.Chemboja menampilkan 3 koleksi iaitu koleksi jubah dari Amin Idris, HarissAliff by Chemboja, dan satu koleksi daripada koleksi wanita Ready to Wear. Pentas  peragaan  ini  diadakan  di  salah  sebuah  hotel  terkemuka  di Singapura dan ia terkenal  kerana baru-baru ini  Victoria  Beckham telah memperkenalkan  koleksi  terbaru  beliau  di  hotel  yang  sama.  ‘Dare  toDream’,  adalah  tema untuk  pertunjukan fesyen yang mengetengahkan konsep kesederhanaan dalam berfesyen.


 

Koleksi  jubah  dari  Amin  Idris,  merupakan  satu  koleksi  yang  menitikberatkan  seni  kontemperari  dan  kesederhanaan  dengan  elemen keselesaan  dari  pilihan  fabrik  dalam  koleksi  jubah  tersebut.  Potongan jubah  ini  lebih  kepada  mengikut  bentuk  badan  dan  ia  terlalu  ketat mahu pun terlalu longgar. Koleksi yang mampu membuat anda kelihatan menarik  di  pagi  lebaran  nanti.  Harris  Aliff  by  Chemboja,  adalah  satu koleksi  dimana  pilihan  fabriknya  menjadi  pilihan  ramai  pereka antarabangsa  seperi  Burberry  London.  Ia  adalah  satu  koleksi  yang menampilkan  keselesaan  tanpa  memandang  enteng  untuk  kelihatan bergaya. Dengan padanan seluar vigro dan rekaan tshirt yang bersahaja,ia  mampu  memberi  kelainan  untuk  hari  lebaran  nanti.  Koleksi  Wanita Ready  to  Wear  pula  satu  koleksi  yang  menggalakkan  konsep bersederhana dan longgar untuk memenuhi citarasa hijabista di luar sana.





Raja Nur Shahzam selaku pengurus jenama itu berkata:
“Ia  merupakan  satu  penghargaan  untuk  Chemboja  dijemput  dan membawa  jenama  ini  ke  peringkat  antarabangsa  sekaligus  membawa nama Malaysia di luar Negara. Kami berharap dengan peluang yang diberi oleh Chemboja ini, mampu membuka peluang untuk jenama- jenama lain di Malaysia untuk memperagakan hasil rekaan mereka.”


Pertunjukan  fesyen  ini  dianjurkan  oleh  M  & Z  Empowerment  Institute dengan  koloborasi  dengan  Wayan  Retreat  Wellness  Spa  dan  MODENA Events  by  Aly  Rizq.  Penganjur  akan  menderma  sebahagian  daripada keuntungan ke Harun Ghani Education Fund, yang merupakan satu badan yang membantu pelajaran anak- anak yang ibu bapa mereka menjalani hukuman di penjara.

Untuk Keterangan lanjut, bole layari:

2.7.15

EPHYRA SKIN BAR GIVEAWAY BERSAMA BLOG COKLATEYES

Thursday, July 02, 2015 0
EPHYRA SKIN BAR GIVEAWAY BERSAMA BLOG COKLATEYES

Alhamdulillah.. Hari tu Nanie ada anjurkan giveaway Ephyra Skin Bar... dan aku terpilih dalam 50 orang untuk dapat Ephyra Skin Bar dan buat review sebelum dan selepas guna.... Teruja beb! Untung-untung dapat menang Iphone6...



Akhirnya dapat jugak aku try Ephyra Skin Bar.. Selalu dok baca pengalaman orang lain je dok guna... Ni aku plak nak guna.. Nak tengok berkesan ke tak macam yang diwar-warkan...


Masa mula-mula bukak kotak tu pun aku dah teruja.. Bau dia sedap.. bila bau wangi camtu.. rasa cam nak cuci muka tiap-tiap 2 jam sekali sebab nak bau sabun tu je.. amboi.. hover kan... hihihi...


Kulit muka aku ni memang kategori sensitif, berminyak, berjerawat n berparut.. semua ada la... mula-mula cam takut nak try... maklum la.. negatif thinking.. takkan la cuma guna seketul sabun dah bole cantik kan.... Tapi bila fikir-fikir balik, tak cuba tak tahu.. lagipun sebelum ni aku kan minum ephyra.. sesuai jer.. mana la tahu sabun pun sesuai...


So, aku pun tawakal la try Ephyra Skin Bar ni... Ha.. kat atas ni muka aku sebelum guna sabun ni.... banyak parut berlubang n warna kulit tak sekata...


Ni pulak muka selepas Seminggu guna Ephyra Skin Bar... Aku suka... Parut dah nampak pudar.. muka plak makin cerah... Yes.. I like... Alhamdulillah muka aku yang sensitif ni sesuai ngan produk ni...


Ni pulak muka aku lepas pakai bedak n lipstik sikit... nampak glowing kan? hahaha.. matikla puji diri sendirik...

Memang betul la produk Ephyra ni memang best.. dari Minuman sampailah ke Skin Bar.. semua best... semua sesuai dengan aku...

Ephyra Skin Bar ni bukan saja sesuai untuk Muka.. malahan sesuai untuk seluruh badan.. tak caya? aku dah cuba... pakai Ephyra Skin Bar ni untuk sabun Badan.. Kulit rasa segar, lebih cerah dan bau badan pun takde tau..  Kalau nak jimat, bole je potong sabun ni kepada 4 bahagaian.. tapi, aku tak feel pakai sabun kecik-kecik.. aku guna je seketul besar tu.. ;)


Cara nak guna pun senang..
1. Basahkan muka
2. Basahkan sabun n gosok di tangan
3. Bila berbuih sapukan buih ke seluruh muka
4. Bilas
5. Muka segar dan cantik



Antara bahan yang digunakan adalah:-

1) Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Bahan ini dikatakan paling berkesan, cepat malah lebih selamat untuk mencerahkan kulit. Mencerahkan kulit ini tidak bermakna memutihkan kulit tetapi menggantikan kulit yang tidak sihat kepada yang lebih bermaya. Selain itu, 


2) Rice Bran Oil
Mempunyai kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu mengekalkan ketegangan kulit serta mampu menyuburkan dengan memperbaiki kulit yang telah tidak sihat.


3) Carrot Extract
Sifat anti kerandangan mampu mengembalikan warna kulit yang lebih sekata dan lebih bersinar dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari yang melampau yang mampu merosakkan cell cell kulit muka.


4) Seaweed
Merupakan salah satu agen yang boleh menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit muka lebih anjal dan menaikkan seri wajah yang selama ni kusam dan tidak bermaya.


5) Banana Enzyme
Bertindak sebagai anti penuaan yang boleh membaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halu dan berseri.


6) Kolagen
Bahan ini dapat menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit muka dengan menggantikan sel kulit dengan lebih cepat dan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang.


Dah banyak testimoni dari pengguna lain... semua puas hati ngan Ephyra Skin Bar ni....


Ephyra Skin Bar ni bukan saja sesuai untuk perempuan, lelaki pun bole tau... Unisex gitu...  


Ok, Epyhra tengah buat contest tau.. n korang  berpeluang untuk menang Iphone6.. Hanya perlu ambil gambar sebelum dan selepas menggunakan Ephyra Skin Bar dan ikut step by step macam gambar kat atas ni... Mudah kan? Jom kita ramai-ramai join.. mana tau ada rezeki dapat Iphone6 plak.. ;)

Untuk keterangan lanjut bole hubungi :

Instagram :

Website :

Facebook :


30.6.15

Setan kena ikat, diaorang ni pulak jadi SETAN!

Tuesday, June 30, 2015 4
Setan kena ikat, diaorang ni pulak jadi SETAN!


Ya Allah.. Berderau darah aku bila baca whatsapp adik bongsu aku kat group family tadi... Dia baru lepas kena samun... Allahahuakbar.. selepas kejadian umah family aku kena rompak dulu.. aku harap sangat kejadian buruk macam ni takkan jadi lagi kat family kami... Tapi, hari ni jadi lagi kat adik bongsu aku...

Adik aku kerja Cikgu Tadika dan memang dia akan keluar awal sbb tadika tu ada Nursery sekali.. Kena datang awal sebab ada parent yg hantar anak pagi-pagi sebelum diaorang pergi kerja.. Dekat je rumah sewa dia dengan Tadika... bole jalan kaki je.. selalu tak ada apa2.. hari ni, benda nak jadi... selalunya dia jalan berdua ke tadika tapi pagi ni dia terlewat sikit.. yg lain dah pergi.. terpaksa dia jalan sorang2.. Tak sangka plak penyamun tu dok ada kat situ... Adik aku kata, 2 orang naik motor.. n diaorang letak parang kat leher dia... n adik aku pun terpaksa serahkan barang-barang dia semua.. dari nyawa melayang, baik la bagi...

Sekarang ni dia kat Balai Polis.. Buat report.. nasib baik adik ipar aku ada.. terpaksa la adik ipar aku el.. bawak adik bongsu gi settle semua...

Dan kat balai tu jugak, ada sorang abg ni pun buat report.. rupanya dia terlanggar penyamun tu... dan penyamun tu trs keluarkan parang dan hentak-hentak van suruh abg tu keluar... Abg ni takut trs gi Balai.. Beraninya diaorang.. Dah la menyamun di Bulan puasa... Adik aku kata Melayu yang samun.. Buat malu jer.. orang hari baik bulan baik ni buat amal ibadat.. diaorang pulak buat jahat.. setan kena ikat, manusia plak jadi setan.. kalau nak cari duit raya pun, jangan la dengan cara macam tu..

Zaman sekarang ni memang tak boleh percaya.. patut la ramai orang belasah je kalau dapat peragut atau penyamun ni.. memang buat kita geram je... aku kalau tgk orang naik motor n nampak mencurigakan aku dah mula risau dah.. moga polis dapat tangkap penyamun tu dan kenakan hukuman yang setimpal...