Blog Eyzamiel

9.1.17

Makan Kenduri di Melaka sambil JJCM cari Coconut Shake dan Keria Gula Melaka di Batu Berendam

Monday, January 09, 2017 0
Makan Kenduri di Melaka sambil JJCM cari Coconut Shake dan Keria Gula Melaka di Batu Berendam
Ha.. panjang nau tajuk entry kali ni. Hahaha. Sebenarnya ni cerita bulan lepas. Biasa la cuti sekolah, mesti la banyak jemputan kahwin.

Awal-awal Eyza dah cakap kat Hubby suh clearkan jadual dia sebab nak jugak pergi kenduri dekat Melaka. Kebetulan pulak, ex opismate dengan Blogger Pemes Ayue Idris buat majlis hari yang sama dan di negeri yang sama. Senang la. Pergi sekali je.


Disebabkan cuti sekolah, kami gerak awal ke Melaka sebab takut jammed. Tapi, Alhamdulillah jalan lancar je.

Mula-mula kami pergi kenduri Ex Opismate iaitu Ain dekat Pengkalan Balak. Bestnya depan rumah ada laut. Cantik pengantin. Ain ni jenis tak mekap, so bila dah mekap nampak cantik sangat.


Balik dari kenduri Ain, kami terus guna jalan lama ke Cheng pulak untuk attend kenduri kahwin blogger Pemes Ayue Idris. Cantik betul Ayue. Suka tengok baju, mekap ngan pelamin dia. Nampak cantik dan berseri-seri.


Selesai makan kenduri, kami ke Yong Tau Foo Batu Berendam pulak. Dulu selalu pergi sini masa adik Eyza duduk Melaka. Tapi, sekarang ni dah jarang ke sini. Lagipun bila dah viral ni, orang bertambah ramai.

Keria Limbungan Eyza dah pernah try, kali ni Eyza nak try Keria Batu Berendam pulak. Ramai jugak yang beratur tapi servis cepat jugak.



Eyza beli 20 biji bersamaan RM 12. 


Dekat sini jugak ada Coconut Shake. Rasa sama je dengan yang dekat Klebang. Budak2 ni pun peramah. Bila tau kita nak ambik gambar terus posing. Hihihi.




Eyza beli Coconut Shake Double Special. Murah je. Kalau x silap RM 3.80 je satu.


Puas ati dah dapat dua2 kami terus gerak balik KL. Malas nak bermalam kat sana sebab cuti sekolah banyak hotel dah penuh.


Nasib baik balik tu tak jammed. Kalau rasa malas nak masuk Bandar Melaka semata-mata nak makan Coconut Shake dan Keria Gula Melaka bolehlah try kat Batu Berendam ni. Yong Tau Foo kat sini pun sedap tau. Kalau nak pergi boleh waze Yong Tau Foo Batu Berendam.

7.1.17

ROMANO Deodorant Spray untuk lelaki masa kini.

Saturday, January 07, 2017 2
ROMANO Deodorant Spray untuk lelaki masa kini.
Kalau orang cakap perempuan je yang selalu jaga penampilan dan pastikan badan wangi, sebenarnya fakta tu salah tau.

Zaman sekarang ni lelaki pun dah pandai jaga penampilan dan dah pandai keluar rumah nak wangi-wangi.

Ha.. disebabkan itu la Romano dah keluarkan Deodorant Spray dengan 4 variasi wangian yang berbeza.


Hubby la happy sebab dia dapat try semua. I is jeles uolls. Hubby sekarang asal keluar je wangi semerbak.

Romano keluarkan 4 variasi wangian yang menepati selera lelaki zaman kini.

Romano Classic

Romano Classic ni didatangkan dalam botol berwarna hijau. Ianya terhasil dari Minyak pokok Nilam dan Cendana. Romano Classic ni sesuai untuk lelaki moden masa kini.

Romano Metro Pulse

Romano Metro Pulse sesuai untuk lelaki urban bersemangat tinggi. Wangian ni terhasil dari gabungan Citrusi dan Aqueous.

Romano Urbane Attitude

Haruman ini menggunakan Lavender dan perahan Lemon dan ianya bau buah-buahan serta sesuai untuk lelaki yang suka menyerlahkan personaliti.

Romano Prestige

Dalam keempat-empat wangian, Eyza paling suka bau dari Romano Prestige ni. Ianya dibuat dari  black pepper, Citrus, Lavender dan Sage.Bauan mewah ni sesuai untuk lelaki yang sofistikated dan berpengaruh. 

Bestkan? Jangan lupa tau dapatkan di pasaraya yang berhampiran dengan tempat uolls. Dah la best, murah plak tu. Sebotol cuma berharga RM 14.90. Berbaloi tau.

3.1.17

Naik MRT Malaysia, Semantan-Sg. Buloh-Semantan

Tuesday, January 03, 2017 2
Naik MRT Malaysia, Semantan-Sg. Buloh-Semantan
Minggu lepas Mama dengan Ayah Eyza datang dari Penang. Tak tahu nak bawak jalan mana, bawak gi shopping Mall kang bosan plak. Bila tanya Ayah, terus je Ayah cakap tak tahu. Pastu Mama bocor rahsia yang Ayah dari Penang lagi dok sebut nak naik MRT. Lor awat la ayah x habaq. Senang sikit kerja along. Hahaha. 

Ok, memandangkan Stesen MRT yang Hubby buat blom bukak kita pun naik la projek yang dah bukak dulu. Kami naik dari Stesen Semantan sebab lebih dekat dengan rumah Eyza.


Ada bas yang disediakan untuk pengguna MRT. Sekarang ni MRT dan bas masih percuma lagi. Kalau tak silap Eyza sampai 17 Januari ni. Disebabkan bawa Mama dengan Ayah, kami naik kereta je. Hubby turunkan kami dekat Stesen MRT dulu, pastu baru Hubby pergi cari parking.

Mula-mula sampai kita akan nampak tangga yang agak tinggi. Eyza kan bawak mama ngan ayah, takkan la nak naik tangga. Kami decide naik lif.


Alhamdulillah, mudah untuk orang OKU dan warga emas nak naik sebab ada lif ni.



Disebabkan masih percuma, mesin ni tak berfungsi lagi la.


Nak masuk kat sini, cuma budak-budak je ambik token. Kita yang dewasa ni boleh guna Touch n Go atau IC kita sbb belakang tu kan ada Touch n Go. Touch aje kat mesin tu, terus palang bukak.


Masuk dalam kita tengok la platform mana patut kita naik.





Suka Ayah dengan Mama naik MRT. 


Alhamdulillah, ruang dalam MRT pun luas dan ada tempat pemegang untuk yang berdiri.






Kami naik dari Semantan ke Sungai Buloh, lepak jap kat Stesen Sungai Buloh terus patah balik ke Semantan.



Review Eyza :
Eyza bangga jugak sebab Malaysia sekarang pun dah makin maju. Lepas ni kalau nak pergi IKEA Damansara atau One Utama dah senang. Naik je MRT. Tak perlu sangkut dalam jammed lama-lama.

Kemudahan toilet pun ok. Besar dan bersih. Cuma.. Surau je agak sedih. Tak ada telekung dan tanda arah kiblat. Masa kami nak solat tu, jenuh gak dok tanya orang mana kiblat. Semua tak sure. Nasib baik ada sorang adik ni ada perisian dekat telefon untuk tentukan arah kiblat. Moga hal ni dapat diperbaiki sebab Surau adalah salah satu yang paling penting jugak selain kemudahan MRT yang canggih.

Apapun Eyza nak ucap tahniah atas kemudahan MRT ni. Moga lepas ni projek Hubby bukak, kerajaan akan bagi free jugak sebulan. Hihihi.

2.1.17

Biskut Gery Salut Malkish yang Viral

Monday, January 02, 2017 3
Biskut Gery Salut Malkish yang Viral
Sekarang ni apa-apa yang Viral je mesti laku. Sama la macam Biskut Gery Salut Malkish ni.Padahal sebelum ni Eyza balik Sarawak, langsung tak perasan akan kewujudannya.

Sana sini orang jual online tapi harga boleh tahan mahal jugak. Tapi, disebabkan ramai yang cakap sedap.. Eyza cari jugak sape yang jual. Akhirnya, dapat tau jiran kat kampung jual. Eyza beli 4 peket. 2 perisa coklat dan 2 perisa cheese.


Pendapat Eyza:
Eyza ni penggemar coklat dan cheese. Tapi Eyza rasa biskut ni rasa biasa je. Tak ada yang rare pun. Tapi, kalau ditanya coklat atau cheese Eyza lebih sukakan cheese. 



Tapi, takde la Eyza kata tak sedap. Biskut ni sedap cuma Eyza lebih suka kalau biskut ni tak de gula kat bawah. Bagi Eyza gula tu buat biskut ni manis sangat. Lain semua ok. Adakah Eyza akan repeat order? InsyaAllah.. lagipun sekarang ni ada jual dah kat Mydin. Murah plak tu. Jimat berbaloi.