Assalammualaikum.Alhamdulillah Eyza dah selesai ambil Vaksin Covid-19 untuk dos pertama. Mula-mula nak ambik ni serius Eyza cakap memang takut sebab macam-macam yang kita dengar. Tapi, sebagai Petugas Kesihatan Eyza berdepan dengan risiko dan selepas dengar penerangan dari yang Pakar Eyza pun nekad nak ambik Vaksin.Alhamdulillah, Dos pertama dah selesai dan Eyza tak ada simptom langsung. Ada juga kawan-kawan yang rasa lenguh-lenguh tangan. Syukur...
20.3.21
Assalammualaikum.Allah.. Lama betul Eyza tak menulis. Rindu sebenarnya nak pot pet pot pet kat sini tapi apakan daya busy nau nau.Ni pun Eyza curi-curi update masa anak tengah tido. Kang kalau dia bangun, dia pun nak tulis jugak.Jumaat lepas Eyza sempat la pergi Kafe Kleptokrat yang tengah viral sekarang ni. Kebetulan hari tu Eyza bertugas dekat Hotel Kuarantin. Dekat sangat hotel dengan kafe, kita lunch la kat situ.Kami sampai dalam pukul 12.20...