Berpegang pada motto, “something different”, hidangan terbaharu Marrybrown merupakan gabungan meletup lada Sichuan yang diperap dengan cili kering khas buat pengalaman gastronomi yang luar biasa! Peminat Mala dapat menikmati kehangatan berbisa pada gigitan pertama ayam goreng MALA-tup yang menjanjikan rasa pedas yang memukau!
Menurut Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif
Marrybrown, inspirasi utama dalam menghasilkan menu terbaharu ini datangnya
dari minat dan rasa cinta anak-anak Malaysia pada santapan penuh rempah sambil
mengikuti trend ledakan Mala.
"Rakyat Malaysia seringkali dikaitkan dengan rasa cinta-benci pada rempah ratus namun sebenarnya ia tidak dapat dipisahkan - ketagihannya bagai dilamun cinta! Sama ada dalam nasi lemak, atau hidangan tumisan seharian, rakyat Malaysia sentiasa memerlukan rempah ratus untuk melazatkan setiap hidangan! Sejak kebelakangan ini, Mala sudah menjadi hidangan yang digilai ramai, jadi kami menyediakan versi yang halal untuk santapan semua,” kata Dato’ Joshua.
“Ketika mencipta menu ini, kami di Marrybrown berusaha
untuk memastikan rasa Mala dipadankan secara seimbang dengan rempah ratus lain
untuk citarasa yang lebih lazat dengan tahap kepedasan yang tepat dan tidak
terlalu kuat.”
Rakyat Malaysia boleh menikmati MB Mala Fried Chicken yang hangat dan pedas di Marrybrown
bukan hanya dengan satu tetapi empat hidangan berbeza! Peminat ayam goreng
pedas mempunyai dua pilihan kombo iaitu Ayam Goreng 2-pc atau Ayam Goreng 3-pc
– kedua-dua kombo dihidangkan bersama Mashed
Potato dan Vegetable Salad.
Bagi yang inginkan kepedasan
sederhana, ada juga pilihan yang sesuai untuk mereka nikmati iaitu Kombo Bubur
Ayam MALA dimana sesuap bubur dapat menghilangkan rasa bisa kepedasan Ayam
Goreng Mala – walaupun begitu, kelazatan Mala tetap dapat dirasakan!
Bagi mereka yang berani menyahut cabaran untuk
pengalaman Mala sepenuhnya, pilihan keempat, Mala Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan Ayam Goreng
Mala, Chicken Burger, Vegetable
Salad, dan gegelang bawang rangup yang digemari ramai. Set kombo ini juga
dihidangkan bersama kentang goreng Mala yang unik.
Harga bermula dari RM14.60 dan ke atas, setiap hidangan
kombo disajikan bersama Coca-Cola yang menyegarkan untuk mengatasi kehangatan!
“Selama bertahun perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati peminat. Tujuan utama yang tidak pernah berubah adalah untuk terus berusaha dalam menyediakan hidangan terbaik kepada para peminat MB serta sentiasa mencipta sesuatu yang berbeza dan melazatkan seperti MB Mala Fried Chicken yang terbaharu ini,” kata Dato 'Joshua.
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan
melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan
standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman
pemakanan yang sempurna - di kedai mahupun di rumah!
Serius weh Ayam Mala-tup ni betul-betul Meletop! Pedas tapi sedap. Tambah-tambah bila kita gabungkan dengan Bubur Ayam Marrybrown, bertambah-tambah meletop wei. Rugi kalau korang tak try Menu ni. Eyza tengah taip ni pun dok terasa lagi kesedapan dan kepedasan Ayam Mala-top bergabung dengan Bubur. Yummy.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/