Eyza memang terpaling suka pakai Lipmatte dan sekarang Eyza dah jatuh cinta dengan Semi Lipmatte dari jenama Bungaa. Kiranya ni cinta hati baru Eyza la.
Mesti ramai yang tertanya-tanya pasal Bungaa ni. Eyza pun baru je tahu pasal Semi Lipmatte ni masa pergi Pelancaran produk ni pada hari Sabtu minggu lepas.
Walaupun ianya masih baru dekat pasaran, tapi dah ramai stokis dan agen yang ada dibawah jenama ni. Mula-mula Eyza pun pelik. Apa yang best sangat tentang Bungaa ni.
Untuk koleksi pertama ni, Bungaa telah keluarkan Lima (5) warna dan ianya diwakili dengan nama-nama bunga seperti LILY, DAISY, ORKID,ROSE DAN TULIP.
Eyza sendiri dah try dan ternyata Semi Lipmatte ni best dan warnanya sangat cantik. Terus Eyza pun jatuh cinta. Eyza dah ada 2 warna iaitu Tulip dan Rose. Rasa macam nak tambah lagi 3 kuntum bunga je sebab semua warna cantik dan menarik. Tak boleh nak buat pilihan. Wajib ada semua kaler.
Bungaa Semi LipMatte ni diasaskan oleh 2 orang kawan baik iaitu Izzat Bin Roslan dan Arham Syafiq Azmi.
Bungaa Semi LipMatte ni diasaskan oleh 2 orang kawan baik iaitu Izzat Bin Roslan dan Arham Syafiq Azmi.
Walaupun syarikat mereka baru ditubuhkan pada Bulan September 2019 hari tu dan produk pula baru 3 minggu di pasaran, diaorang dah jual 10,000 unit serta mempunyai 20 org stokis dan 120 agen di seluruh Malaysia. Hebatkan?
Pada Majlis pelancaran tu juga, kami diperkenalkan dengan 5 "Face Of Bunga" yang mewakili setiap 1 bunga dan warna.
Pelakon Nadya Syahera (Bunga Orkid), Instafamous Yana (Bunga Tulip), Instafamous Fara (Bunga Lily), Instafamous Naomi (Bunga Daisy) dan Instafamous Amy (Bunga Rose). Setiap satu bunga tu memang sesuai dengan karektor masing-masing.
Kelebihan Bungaa Semi LipMatte ni ialah:
-Menggunakan ROSE OIL sebagai bauan menggantikan pewangi
-Mengandungi SHEA BUTTER yang melembapkan kulit bibir dan membuatkan sentiasa kelihatan segar.
-Meneutralkan kembali warna kulit bibir setelah menggunakan Bungaa Semi LipMatte
-Mudah ditanggalkan apabila dicuci (Mesra Wuduk)
-Tekstur lebih ringan dan tidak melekit
-Menjadikan bibir sentiasa menawan dan jelita.
Harga sebatang Semi LipMatte ni ialah RM 39 (Semenanjung) / RM42 (Sabah/Sarawak) dan boleh didapati dari semua stokis dan Agen. Untuk pembelian boleh layari https://instagram.com/bungaacosmetichq