May 2013 - Blog Eyzamiel

22.5.13

A Famosa Resort ~ Part 2

Wednesday, May 22, 2013 0
A Famosa Resort ~ Part 2
Entry ni dah lama aku dok ingat nak buat..tapi, penyakit 'M' datang..terus terperap jer... Memandangkan Jumaat ni cuti, aku pun terus la rajin nak sambung... (apa kena mengena cuti ngan entry pun aku x tau.hahaha)...

Lepas tengok pertunjukan burung, kitaorang terus beratur untuk naik TRAM pulak..TRAM ni ala-ala lori yang macam kat Afrika tu... Best.. Merasa la tgk binatang buas.. feeling2 kat Afrika la.....


Atas TRAM...








Macam-macam binatang ada kat situ... puas hati la... yang x pernah tengok pun ada....

Habis naik TRAM, kitaorang gi jalan2 kat dalam tu lagi...


Kedai Cenderamata kat dalam Safari..

Dah puas tgk binatang liar, kitaorang decide nak naik bot pulak... gi Pulau Monyet..


Pandangan dari Jetty...

Ceria tengah tunggu bot..

Senget benget tudung aku kena tiupan angin sepoi2 bahasa...

Yeay.. Bot sampai..

Bot sebelah dah nak balik...

Ni la Pulau Monyetnya..kecik jer...



Dah puas bergambar kat situ... tunggu bot datang balik amik kami...

Dah puas naik bot.... membe aku decide nak naik gajah pulak.... Seorang RM 10 jer...




Mula-mula aku x nak naik gajah.. aku pilih naik Unta di Padang Pasir la....hahaha... 

Muka xcited nak naik Unta.. agaknya unta tu tgk kitaorang terus takut sbb berat sangat... Naik Unta seorang RM 10.00

Bila naik atas unta, rasa geli sbb badan dia lembik... tapi memang best la pengalaman tu...

Turun dari Unta, rasa x puas hati pulak sbb x naik gajah... So, kitaorang decide naik gajah pulak....


Yeay.. yg ni baru confident.. sbb yg bawak tu pun Debok cam kitaorang..hihihi...
 Abis naik gajah, kitaorang terus pg Booth gambar.. cantik pulak gambar2 yang pihak pengurusan amik... terus beli...

Kat Pintu masuk nanti diaorang ajak bergambar... tapi, diaorang x paksa beli pun...

Bersama 2 ekor burung... Burung Kakaktua tu memang bising..dok ucap selamat datang kat orang ramai..kiut sangat....

Gambar aku naik gajah... sayang gambar naik unta xde sbb fotographer resort hilang..hihihi...


Bagi gajah makan tebu... 1 paket tebu RM 5.00
Settle dah pengembaraan kat dalam Safari World.. Sambungan pasni citer tentang Part lain pulak yer... Bye..

10.5.13

::Passport & Imigresen::

Friday, May 10, 2013 2
::Passport & Imigresen::
Kredit to Pakcik Gugel
2, 3 hari ni aku agak kalut sebab asyik dok ulang alik imigresen...maunya tak kalut, tggl lg seminggu je aku nak gi bercuti..tapi, passport lom gak buat..

Hari Jumaat minggu lepas, aku pun pg la Imigresen UTC Puduraya nak buat passport.Masa kat bawah UTC tu, aku dah tangkap gambar siap-siap. sekarang ni, kalau nk buat passport, dah x bole guna gambar yg background biru, kena guna background putih.Jangan risau, kat UTC banyak kedai gambar yang dah tau prosedur Imigresen ni.Diaorang dah sediakan sekali borang permohonan passport.Isi je kat situ sementara tunggu gambar siap.

Lepas dah dapat gambar, aku n geng pun gegas-gegas la ke pejabat Imigresen. Lengang. La..rupa-rupanya sistem tgh off line. Dah satu hal.orang imigresen tu srh gi buat kat sentul.tapi, kitaorang ni malas la nak gi sana sbb x bawak kereta. Gi pudu pun naik train.Kitaorang rancang, esoknya nak datang lagi.

Esoknya, pagi-pagi aku ngan membe aku dah tercongok depan Imigresen UTC Pudu. Mak ai..Ramainya orang... Rupa2nya.. sistem masih lagi off line... terus kitaorang pg UTC Sentul.Malas la nak tunggu sampai sistem ok..Kitaorang redah je cari UTC Sentul Nasib baik jumpa. Sampai sana, pun ramai orang. Nasib baik masih ada no.Kitaorang sampai pukul 9.40 pagi pun dapat no 1141... tunggu punya tunggu, sempat la gi makan dulu... Dalam pukul 1 lebih baru kitaorang dipanggil ke kaunter.Rupanya, proses nak buat kejap je.Dalam 5 minit camtu. Memandangkan ini sistem baru, passport cuma akan siap dalam masa 3 hari...
terpaksa la datang balik hari Rabu.

Alhamdulillah, hari Rabu tu dah dapat passport. Tapi... Passport baru ni gambar hitam putih..La..nape mcm tu..penat aku mekap ngan cari tudung 2 tone sbb nak bagi nampak cantik dalam gambar..hihihi.. last2, gambar hitam putih yang keluar.. Takpe la, hitam putih pun hitam putih la...janji ada passport... Settle satu bab.. pastu, kitaorang terus gerak gi Jalan TAR sebab nak tukar duit. setakat yg kitaorang survey, kat sana la yang paling murah. terus tukar. Akhirnya settle bab2 tu.. Cuma tunggu nak bertolak je malam ni... Nak gi Mana? hahaha.. Tunggu...........