Cara-cara nak ke KLIA2 - Blog Eyzamiel

31.10.14

Cara-cara nak ke KLIA2

Tadi aku baca kat blog Eida tentang parking mahal kat KLIA2. memang pun. cekik darah... kalau pg sekejap takpe la..kalau lama.. masak la nak membayar parking nanti...


Sebenarnya ada banyak cara untuk korang ke KLIA2..  Antaranya, korang boleh :-

Memandu sendiri ke KLIA2

~ Kalau korang pergi ramai dan ada warga emas, lebih baik la memandu sendiri ke sana.. tapi, perlu diingatkan yang kadar parking di Klia2 agak hazab jugak la nak membayarnya..

1-3 jam   RM 4.00 /jam
4-5 jam   RM 3.00 / jam
6-9 jam   RM 3.00 / jam
> 10 jam   RM 2.00 / jam

kadar sehari maksima RM 46.00
Kalau tiket hilang pulak kena bayar RM 50.00 sehari

Klia Transit / Klia Ekspress

~ Untuk sesiapa yang nak cepat dan mengejar masa, memang sesuai sangat naik Klia Ekspres.. aku pernah naik.. memang laju.. sekejap jer dah sampai airport.. tapi, harga agak mahal la..

Kl Sentral ke Klia2 :- 
harga sehala RM 35.00 (dewasa)
harga sehala RM 15.00 (kanak-kanak 2-12 tahun sahaja)

~ dan kalau nak naik Klia Transit pun boleh.. cuma tren ni ada berenti-renti la.. tapi yang bestnya, korang bole naik kat mana-mana stesen yang terdekat dengan rumah.. ada 4 stesen yang akan dilalui sebelum sampai ke Klia2..
KL Sentral-Bandar Tasik Selatan-Putrajaya/Cyberjaya-salak Tinggi-KLIA-KLIA2

Kl Sentral ke Klia2 :-
harga sehala RM 35.00 (dewasa)
harga sehala RM 15.00 (kanak-kanak)

Bandar Tasik Selatan ke Klia2:-
harga sehala RM 26.50 (dewasa)
harga sehala RM 13.00 (kanak-kanak)

Putrajaya / Cyberjaya ke Klia2 :-
harga sehala RM 6.20 (dewasa)
harga sehala RM 3.00 (kanak-kanak)

Salak Tinggi ke Klia2 :-
harga sehala RM 3.20 (dewasa)
harga sehala RM 1.60 (kanak-kanak)

Klia ke Klia2 :-
harga sehala RM 2.00 (dewasa)
harga sehala RM 1.00 (kanak-kanak)

Teksi

Kalau korang ada bajet lebih dan kejar masa, bolehla naik teksi.. untuk teksi aku tak berapa sure plak berapa tambangnya.. maybe dalam harga RM 70.00  hingga RM 100.00 sehala.

Bas

Dan cara yang paling jimat dan menjadi pilihan aku... adalah dengan menaiki bas..

Aku ni kalau boleh jimat mmg akan jimat...Kalau korang nak jimat macam aku.. boleh la ikut cara aku ngan hubby ni... tapi, kalau korang ada anak kecik.. macam leceh sikit la.. sebab kena transit dulu kat TBS... Masa kitaorang balik raya hari tu.. kitaorang naik AirAsia.. masa tu pulak, AirAsia baru lagi pindah ke KLIA2.. mula-mula ingat nak parking kat Airport.. pastu..fikir punya fikir.. tak jadi la.. sayang duit jer utk bayar parking.. baik duit tu aku buat belanja kat kampung...

Korang boleh naik bas dari KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS)... tapi bas ni hanya untuk orang yang masih banyak masa.. kalau korang nak naik bas, kena la keluar awal.. sebab ianya makan masa lebih kurang sejam macam tu la..

Sebelum ni.. kalau gi LCCT, aku naik bas jer kat KL Sentral.. tapi, KL Sentral pun parking dia mahal gak.. tak berbaloi.. dah la jauh gak dari umah aku...  dan kebetulan plak, sebelum balik raya hari tu aku ada nampak Banner kat TBS.. Yeay ni yang aku tunggu-tunggu.. ada perkhidmatan JETBUS.. dr TBS ke KLIA2...


Aku parking je kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan).. 


Kat TBS ni mengamalkan semua kaunter kita boleh beli tiket.. tak kisah la kita nak pergi destinasi mana pun.. tapi make sure la destinasi ke Selatan jer.. jangan pulak korang mintak tiket nak ke Pantai Timur plak..mmg tak bole nak tolong la.. 

So, pergi je kat kaunter.. cakap nak pergi KLIA2.. penjual tiket tu akan mintak ic untuk key in nama kat tiket... Tiket cuma RM 9.00 je sehala.. Bas pulak ada setiap setengah jam.. So, korang tak payah risau...



TBS to KLIA2
KLIA2 to TBS
Departures
Arrivals
Departures
Arrivals
TBS
KLIA2
KLIA2
TBS
3:00 am
4:15 am
4:30 am
5:45 am
4:00 am
5:15 am
5:30 am
6:45 am
5:00 am
6:15 am
6:30 am
7:45 am
6:00 am
7:15 am
7:30 am
8:45 am
7:00 am
8:15 am
9:00 am
10:15 am
8:30 am
9:45 am
10:30 am
11:45 am
10:00 am
11:15 am
11:30 am
12:45 pm
11:00 am
12:15 am
12:30 pm
1:45 pm
12:00 pm
1:15 pm
1:30 pm
2:45 pm
1:00 pm
2:15 pm
2:30 pm
3:45 pm
2:00 pm
3:15 pm
3:30 pm
4:45 pm
3:00 pm
4:15 pm
4:30 pm
5:45 pm
4:00 pm
5:15 pm
5:30 pm
6:45 pm
5:00 pm
6:15 pm
7:00 pm
8:15 pm
6:30 pm
7:45 pm
8:30 pm
9:45 pm
8:00 pm
9:15 pm
9:30 pm
10:45 pm
9:00 pm
10:15 pm
10:30 pm
11:45 pm
10:30 pm
11:45 pm
12:00 am
1:15 am




Dah dapat tiket.. turun je bawah.. kat tiket tu ada tulis gate berapa.. kat bawah nanti ada banyak tempat duduk.. korang duduk la tunggu ikut no gate yang tertera kat tiket tu...  Jetbus ni setakat ni tak pernah kecewakan aku.. dia akan sampai 15 minit awal dan akan gerak ikut waktu yang kita beli.. penuh ke tak penuh ke.. bas tetap jalan..


Sampai kat KLIA2, bas akan berhenti kat bahagian bawah.. jalan sikit.. naik lift untuk sampai dalam Mall Klia2... dari mall tu, korang jalan la lagi untuk ke Balai berlepas... tapi kan, KLIA2 ni korang kena berjalan agak jauh la.. kalau dapat gate yang hujung sekali, masak gak la.. boleh pitam dibuatnya...

Kalau rumah korang lebih dekat ngan TBS, aku cadangkan korang buat macam aku jer...senang kan.. jimat pun jimat... 

kadar parking TBS : sehari (24 jam)  RM 3.00 .. korang kali la sendiri berapa hari korang nak tinggalkan kat situ..
Tambang Jetbus : RM 9.00 sehala seorang

Kalau korang nak tau lebih lanjut, klik bawah ni :

64 comments:

  1. tempat nak ambik luggage pun jauh gilakan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jauh pun kan? penat giler.. patutnya letak la troli kat tempat ketibaan, ni tak. jenuh nak angkut bag yang berat tu.. jalan jauh2.. kalau ada orang tua lagi kesian.. kalau kebetulan buggy tu lalu bole la naik, kalau x, jenuh gak nak menapak..

      Delete
  2. TBS ni parking murah kan..buleh consider la. tp akak senang naik ERL je. 35minit sampai. huhu. naik teksi atau suruh member antar ke KL Sentral.
    Tp tu ari balik Perth.. penuh jugak ERL ni walau ramai. Kalau nak naik dari KLIA dah macam penuh dah sbb dari KLIA2 dah ramai orang. FUh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. tapi kalau ERL eyza kena gi KL Sentral.. jauh sikit la dari umah.. alang2 dah dekat TBS, naik bas lagi senang tapi kalau berdua la.. ramai-ramai, jenuh gak.. :)

      Delete
    2. Kak eyza, kat tasik selatan kan ada erl jugak. Heee :D Google pasal cara nak ke KLIA2, keluar blog akak. Nak balik kampung sensorg hujung bulan ni. So google siap2 cara nak ke klia2. Hihi

      Delete
    3. Emi.. mmg ada.. hari tu naik kat TBS gak.. tapi harga bole tahan.. lebih kurang je naik kat KL Sentral..

      Delete
  3. Ida dh try park kt klia2, nnti next time ida naik bas pulak. Next time lagi naik klia express wahhhh semua nak cuba HAHAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza tak pernah lagi park kat sana.. tapi KLIA Ekspres ngan KLIA Transit dah naik..
      Klia Ekspres Best sbb cepat.. cuma agak mahal sbb RM 35 sehala.. hihihi...

      Delete
  4. As salam sis. Nak tanya. Kalau nain bas g klia , dekat area drop passenger tu ada x disediakan troli untuk angkut barang naik ke main hall?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... ada.. so tak yah risau ye.. :)

      Delete
  5. tq atas perkongsian info...biasa mmg naik kat kl sentral....tak pernah lagi naik kat TBS sedangkan TBS lagi dekat dgn rumah :):)...ahad ni nak travel, bolehlah try naik di TBS pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Sharing is caring... Pendapat Eyza la.. kat TBS lebih best kut sebab tempat menunggu dlm aircond.. kat KL Sentral kena asap bas.. :)

      Delete
  6. InsyaAllah.. mudah2an ada pembaca blog ni yang akan contact nanti.. Thank's sudi share..

    ReplyDelete
  7. Salam, dlu otw g klia2 naik jetbus tk jem ke time nak raye tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Alhamdulillah x jammed.. tapi.. kalau naik bas... better naik awal... takut jgk jalan jammed..

      Delete
  8. Salam, dlu otw g klia2 naik jetbus tk jem ke time nak raye tu?

    ReplyDelete
  9. thanks for the information...sangat tercari2 harga tambang dari klia ke klia2...akhirnya jumpa jugak kat sini...

    ReplyDelete
  10. sekarang di putrajaya masih ada transit kah? bas dr sini hanya ke putrajaya. nak naik teksi kang gasakkk duit

    ReplyDelete
  11. Kalau dari klia2 ke tbs. Naka naik jetbus beli tiket dekat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi dekat tempat bas.. kat situ ada kaunter...

      Delete
  12. Bagi yang jenis backpakers..boleh naik motor...1 hari seringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak info ni.. eyza pun tak tau bayaran parking motor.. Tq sudi share.. ;)

      Delete
  13. salam sis eyza. sy pn eyza. hihi. nk tny. biasanya bpe min dri TBS ke KLIA2 ye? tgh survey waktu n jenis pengangkutan ni. nk sesuaikan dgn waktu flight. hihi. tq in advance ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      rasanya tak sampai sejam.. tapi kena target 2 jam awal sebab takut tiket habis time yang kita nak.

      Delete
  14. salam sis eyza. sy pn eyza. hihi. nk tny. biasanya bpe min dri TBS ke KLIA2 ye? tgh survey waktu n jenis pengangkutan ni. nk sesuaikan dgn waktu flight. hihi. tq in advance ye.

    ReplyDelete
  15. Pengangkutan ape yg sesuai skirenye berada di stesen puduraya ke klia2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dr puduraya, bole naik train ke masjid jamek dan tukar train ke kl sentral, n ambik bas dr sana.

      Delete
  16. sis, tumpang tanya, safe tak parking kat tbs? dan kalau naik bas dr tbs ke klia2 tu agak2 berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni saya dah banyak kali park kat sana.. memang selamat..

      Delete
  17. Sis, sorry saya nk tnya. Mcm mne if saya dri tbs nk ke bandar enstek. Transport apa lebh mudah n x mahal sngt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dik.. sori sangat.. klu gi sana akak tak tau la. Maybe adik bole naik komuter pg Nilai n kat sana naik teksi. tapi try google dulu. takut akak silap nnt.

      Delete
  18. Sorry sis, saya nk tnya. Mcm mne if saya dri tbs nk ke bandar enstek, transportapa yg murah n x ambl masa pnjng? First time ke kl sndiri...

    ReplyDelete
  19. Salam, nak bertanya ni sbb saya first time akn ke klia2 sendiri untuk blik ke kmpung..dan ni jugak first time saya menggunakan klia2 so tak familiar sgt dgn airport ni 😂😂😂
    Perkhidmatan jetbus ni masih ada ke sekarang? Jetbus ni mmg ada di KL sentral ke? Kat bahagian mana eh? Sbb setahu saya kl sentral ni tmpat pertukaran ktm, monorel, and lrt..tak pernah tahu plak yg dia ada perkhidmatan bas juga..mohon pencerahan 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Saya dah lama tak naik kat KL Sentral. Sejak ada TBS asyik naik Jetbus kat TBS je. kalau kat KL Sentral, kena pg bahagian bawah belah jung sekali. keluar dr situ, Nanti akan jumpa tmpt bas. Kalau tak silap kat KL sentral panggil Skybus.Bole beli tiket kat situ. Teksi bermeter pun ada kat area tu.

      Delete
  20. Salam sis.sorry nk tye. Sy naek flight dr jb ke klia.then klia2 ke krabi.cmner nk pegi dr klia ke klia 2 ye sis?

    ReplyDelete
  21. Bagus laa...sangat membantu..fisrt time nak g tbs n ke klia2..tq..murah rezki dengan sharing mcm ni..

    ReplyDelete
  22. sis saya nk bertanya first time jg mcm na pergi dr klia 1 ke klia 2.ape pengangkutan yang ad

    ReplyDelete
  23. nak tanya, parking kat stasen ERL Salak Tinggi adakah selamat apabila kereta di tinggal 3 hari??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,

      Eyza tak pernah parking dekat situ.Tapi kalau berbayar, maybe selamat.

      Delete
  24. Sekarang ni dah boleh beli tiket BAS untuk ke pantai timur kt TBS..untuk semua destinasi

    ReplyDelete
  25. Kat mana nak beli tiket bus ke tbs klaw dari klia 2?

    ReplyDelete
  26. Kat mana nak beli tiket bus ke tbs klaw dari klia 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ke kaunter bas dan teksi di tingkat bwah kalau x silap.. Ad jual tket jetbus ke tbs dan kl sentral..

      Delete
    2. Yup. Dekat tingkat bawah ada kaunter untuk bas. Boleh beli dekat situ.

      Delete
  27. salam Kat mana nak beli tiket bus dari kl sentral ke klia2.. kaunter dia dekat tngkat berapa yerk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Kalau KL Sentral boleh beli kat tempat bas sebab kaunter sekat situ je. turun lif yang sebelum naik NU Sentral.

      Delete
  28. Salam Sis Eyza , saya nak tanya ...saya dari kota bharu akan ke klia2 . Saya nak tanya situ ada tak lrt , monorel dll . Dan boleh tak suggest kat saya , apakah pengangkutan pling jmat untuk digunakan stibanya saya di klia2 untuk kemana sahaja . Dan boleh tak bgitahu tempat yang mnrik di kl .

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      Ada KLIA Ekspress/KLIA Transit. Tapi akak suka guna bas, jimat. hihihi. sampai dekat TBS atau KL sentral, bole gunakan LRT untuk bergerak. Tempat menarik? Akak pun tak tau sangat apa yang best kat KL ni. KLCC kut.Kalau nak ke klcc, naik je LRT, turun stesen KLCC. Moga dapat membantu ye dik.

      Delete
  29. assalamualaikum,saya nak tumpang tanya,jetbus nie memang sentiasa ada ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      InsyaAllah ada. setakat ni paling awal Eyza naik pukul 4 pagi.. Kalau tak silap pkl 12-3 pagi je takde

      Delete
  30. salam nak tanya... klau nak beli tiket bas dri KLIA2 ke TBS di mna ye? tingkat brpe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      Dari KLIA awak kena turun bawah.. ikut je signboard bas/teksi tu.. turun lift.. jalan depan sikit ada banyak kaunter bas..

      Delete
  31. Salam , nak tnye ye sis, sy nak naik dari TBS ke KLIA2 so nak naik bas.. so waktu die memg stiap 1 jam memag ade ye? & slalu memg sampai ke klia2 dalam sejam ke sis? sb x pernah naik bas ke klia2.. tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun nak tya benda yg sma sis..nk tau jg mmg sejam ke nk smpi k klia.risau sbb tkut ttingl flight.gpun sy gerak dr muar

      Delete
    2. sy pun nak tya benda yg sma sis..nk tau jg mmg sejam ke nk smpi k klia.risau sbb tkut ttingl flight.gpun sy gerak dr muar

      Delete
    3. W'salam.. Maaf lambat blas.. Setakat eyza naik mmg time dia ikut jadual.. Klu pagi start pkl 4 pg. Kalau waktu puncak mmg akan ambik time. Bukan sejam sebab jammed. Eyza selalu naik flights pagi Dan naik pkl 4 pagi. Masa ni mmg akan sampai kurang Dr sejam sebab jalan clear.

      Delete
  32. Assalam, sis, sy nak tnye kalau dri to nak klia2 mnaiki klia transit dekat Mana nak beli tiket ya

    ReplyDelete
  33. Wsalam. Dari to tu dr mana? Kalau dari TBS kita estimate dalam sejam. Tapi kalau x jammed tak sampai sejam pun. Tiket boleh dibeli di semua kaunter dekat TBS.

    ReplyDelete