Blog Eyzamiel

8.1.18

Resepi Sambal Tempoyak Goreng dengan ikan bilis

Monday, January 08, 2018 0
Resepi Sambal Tempoyak Goreng dengan ikan bilis
Sape suka Tempoyak? Eyza dulu tak pandai makan tempoyak tau. Family Eyza memang tak pernah masak Tempoyak, budu dan cencaluk. Tiga-tiga ni Eyza tak pandai makan sampailah bia Eyza menyewa bujang, roommate Eyza orang Pahang dan dia selalu bawak Ikan Patin Masak Tempoyak kalau dia balik kampung. Dari situ Eyza try makan dan sampai sekarang Eyza suka tambah-tambah bila Encik Suami penggemar tegar tempoyak.

Kalau tempoyak yang masih manis Eyza suka la campurkan mentah camtu ngan cili api je. Tapi kalau tempoyak tu dah masam, Eyza tak berapa gemar sangat makan camtu. Tempoyak masam ni sedap kalau masak Ikan Patin tempoyak. Tapi selain dari tu Eyza suka masak Sambal Tempoyak dengan Ikan Bilis. Resepi ni pun hubby yang ajar sebab mak mertua Eyza suka masak macam ni. Sedap tau! Dah la bahan-bahan simple je.

Sambal Tempoyak Goreng dengan Ikan Bilis


Bahan-bahannya:

5 atau 6 sudu tempoyak
6 tangkai cili padi
Segenggam ikan bilis
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:

- tumbuk cili api
- panaskan minyak dalam kuali dan masukkan cili api serta ikan bilis.
- Masak jangan sampai ikan bilis garing tau. Biar separuh masak macam tu.
- Masukkan tempoyak, garam dan gula. 
- Dah agak-agak garing, tutup api.
-Makan dengan nasi panas-panas memang best.

P/s: selain ikan bilis boleh juga tukar kepada udang. Lagi sedap sebab udang manis.

Selamat Mencuba uolls!

7.1.18

Resepi Sup Tulang Simple dan Sedap cara Eyza

Sunday, January 07, 2018 2
Resepi Sup Tulang Simple dan Sedap cara Eyza
Semalam Hubby cakap teringin nak makan sup tulang. So, apalagi terus ajak dia pergi beli tulang kat Kilang daging kat Ampang. Memang kami suka beli dekat situ sbb tulang kat situ bukan tulang semata. Banyak isi jugak la. Ni pun dah lama kami tak pegi situ. Dulu sekilo baru RM 11. Ni semalam pergi dah RM 14 sekilo. Standard la kan harga camtu. Hubby beli 2 kilo. Kami berdua je pun. 2 kilo boleh makan 2 hari. Alhamdulillah. Jimat dah kat situ. Hihihi.


Menu lunch kami hari ni dah tentu la sup tulang. Sambil-sambil tu tambah sambal kicap dengan sambal tempoyak ikan bilis. Sedap tau. Hahaha. Sesekali puji diri sendiri takpe kan.

Nak tau resepi sup tulang versi Eyza? Jom kita tengok. Memang simple sangat dan yang penting sedap. Next entry Eyza bagi resepi sambal tempoyak.

Resepi Sup Tulang Versi Eyza


Bahan-bahannya:
2 kilo Tulang lembu
Bawang kecik 6 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia setengah inci 
Sebiji bawang besar - Mayang
1 Sup Bunjut Tulang(eyza pakai adabi)
Sebatang daun saderi
2 biji Ubi Kentang
2 biji tomato
Setengah Kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
-Rebus tulang dengan bunjut sup tulang sampai empuk.
- Blender bawang kecik, bawang putih dan halia.Ketepikan.
- Masukkan minyak dan tumis Bawang besar yang telah dimayang dan 3 sekawan yang ada diluar bunjut(dalam pek sup tulang ada). Masak sampai naik bau.
- Masukkan kiub pati ayam dan bahan yang telah diblend/kisar sampai naik bau dan agak garing.
- Masukkan tulang dan semua air rebusan termasuk bunjut sup.
- Masukkan juga ubi kentang.
- Bila mendidih, masukkan tomato, batang saderi dan garam secukup rasa.
- Masak agak-agak semua dah empuk, tutup api.
- Hidangkan dan tabur daun sup dan bawang goreng (Eyza smlm tak tabur 2 ni sbb hubby x suka).

Ha.. Dah siap! Senang je kan? Dah seminggu hubby selsema dan batuk. Makan sup Alhamdulillah selsema dengan batuk dah kurang. 

Kalau ada sup, Eyza memang suka pairkan dengan sambal kicap. Resepi ni lagi la senang.

Resipi Sambal Kicap 

Bahan-bahan:
5-6 tangkai cili api
Kicap Manis
Limau Kasturi

Cara-caranya:
Potong cili api kecil-kecil
Masukkan dalam bekas, perah limau dan masukkan kicap. Kalau suka boleh campur bawang besar yang telah dimayang. 

Senang kan? Sekejap je dah siap.

Cuba tau. Gerenti korang makan berulang. Hihihi.

P/S : Nak copy resepi ni just highlight, tekan control c dan tekan control v utk pastekan dekat word. 

Selamat Mencuba uolls!

2.1.18

Founder WOWSKIN Nak Bagi DUIT PERCUMA Kepada Anda Dengan Hanya 2 Langkah Mudah!

Tuesday, January 02, 2018 4
Founder WOWSKIN Nak Bagi DUIT PERCUMA Kepada Anda Dengan Hanya 2 Langkah Mudah!
Kulit muka memang memerlukan penjagaan yang penting. Bukan setakat kita tepek mekap je nak bagi cantik, tapi kita kena pastikan kulit sihat dulu barulah muka cantik. Kalau kulit rosak, nak pakai mekap pun rasa tak confident. Sebab tu la Eyza akan pakai serum untuk repair balik kulit kita yang dah seharian dipakaikan dengan foundation bagai. Eyza memang penggemar Serum. Sebelum mekap, Eyza akan pastikan muka disapu serum dulu supaya kulit tak kering bila kita sapu macam-macam nanti atas muka.


Pernah dengar WOWSKIN Vitamins Serum? Ni pun salah satu Serum yang tengah famous sekarang ni tau.
WOWSKIN ni adalah set serum yang kaya dengan Vitamin-vitamin penting yang dapat menyihatkan kulit.1 set WOWSKIN ni ada 2 jenis serum iaitu Day Serum & Night Serum. Kedua-duanya lengkap dengan Vitamin A, B3, C, D & E. Serum ni juga digabungkan dengan 11 bahan lain Boosters lain yang dapat boostkan lagi keberkesanannya.


Serum WOWSKIN ni dapat membantu jika kita ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat baru dan lama, Parut Berkawah, Liang Pori Terbuka serta kulit kusam & gelap.


Selalunya serum ada satu je kan untuk kita pakai siang atau malam tapi WOWSKIN Serum ni ada 2 dan fungsinya berbeza antara Serum siang dan malam. Serum siang mempunyai Vitamin B3, C dan E dan ianya khusus untuk melindungi kulit dari terdedah dengan cahaya matahari. Untuk krim malam pula ada kandungan Vit A&D supaya serum dapat memperbaiki kulit rosak dan kusam ketika tidur.


Cara guna:


Testimoni:




Antara soalan yang sering ditanya:

Adakah WOWSKIN ini ada kelulusan KKM?
Ya, kedua-dua serum di dalam set WOWSKIN ini telah mendapat kelulusan dari KKM. Day Serum - NOT170500805K dan Night serum - NOT170501806K.

Adakah WOWSKIN ini bebas dari mercury atau hydroquinone?
Ya, kami berikan jaminan bawah WOWSKIN tidak mengandungi kedua-dua bahan tersebut. Keselamatan anda, keutamaan kami.

Adakah ada kesan sampingan negatif untuk si pemakai?
Tiada satu produk yang sesuai untuk semua orang. Kemungkinan untuk anda alami kesan alergik itu tetap ada jika anda tidak sesuai dengan salah satu bahan WOWSKIN. Tapi anda boleh buat patch test terlebih dahulu dengan cuba memakai di bahagian tepi leher untuk 3 hari. Jika tiada kesan alergik, anda boleh terus gunakan WOWSKIN pada wajah.

Berapa lama untuk lihat kesan positif yang ketara?
Anda boleh rasai perbezaan pada kulit pada kali pertama anda pakai lagi. Tapi kesan yang ketara boleh dilihat dalam 2 hingga 3 bulan penggunaan.

Adakah WOWSKIN boleh dipakai bagi ibu mengandung?
Ya, sudah pasti. WOWSKIN selamat untuk dipakai bagi ibu mengandung ataupun sedang menyusukan anak kecil.



Sekarang WOWSKIN anjurkan Contest #makeMONEYchallenge tau.

Macam mana nak join? Ok.. kat bawah ni Eyza sertakan Terma dan Syarat untuk join Contest #makeMONEYchallenge ni.

1. WAJIB jual harga diskaun WOWSKIN (RM62 + RM8) = TOTAL RM70 per unit.

2. Wang RM70 WAJIB di transfer kepada HQ terlebih dahulu untuk memastikan tiada aktiviti yang tidak sihat seperti "MAIN HARGA".

3. Wang "SALES" peserta akan di pulangkan semula pada 30.01.2018.

4. RM8 postage yang di charge kepada pelanggan tidak akan di kembalikan kepada peserta.

5. Sales SAH bermula pada 01.01.2018.

6. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia termasuk agen, dropship, dan stokis sedia ada.

7. Anda tidak perlu simpan stok, hanya submit order di sistem kami. HQ akan poskan serta update tracking no untuk anda.

8. Anda boleh promosi gunakan apa jua cara asalkan tidak menyalahi etika dan undang-undang.

9. Untuk video atau gambar WOWSKIN, anda boleh dapatkan di :

Instagram : @wowskin.official
Fanpage: WOWskin HQ

#makeMONEYchallenge

#wowskin

#flawlesswithvitamins

10. Peserta harus mendaftar di link system OFFICIAL WOWSKIN : dropship.wowskin.my/register

11. Bagi yang pernah mendaftar dahulu, sila daftar semula pada link yang diberikan.

Untuk keterangan lanjut boleh layari:

Instagram : @wowskin.official
Fanpage: WOWskin HQ

#makeMONEYchallenge
#wowskin
#flawlesswithvitamins


1.1.18

Pregnancy : Keguguran ketika kandungan 12 minggu

Monday, January 01, 2018 23
Pregnancy : Keguguran ketika kandungan 12 minggu
Selamat Tahun Baru 2018!

Ramai kawan-kawan tertanya-tanya kenapa Eyza dah lama tak update blog. Diaorang nak tahu perkembangan kandungan Eyza. Maklumlah 10 tahun tunggu. Bukan Eyza je happy, kawan-kawan yang tahu pun excited.


Mungkin ada yang dah tahu, dan ada yang belum tahu. Sebenarnya Allah lebih sayangkan baby Eyza. Allah hanya pinjamkan selama 12 minggu je dalam perut ni. Sedih? Allahhuakbar.. hanya Allah je tahu perasaan Eyza masa tu. Setiap masa hanya menangis je sebab Eyza dah menanti selama 10 tahun. Kawan-kawan yang kahwin sama tahun, anak-anak diaorang semua dah masuk darjah 5 tahun ni. Sedih macam mana pun, itu yang Allah takdirkan untuk kami suami isteri. Alhamdulillah.. sekarang ni Eyza dah boleh terima dan Redha atas ujian Allah. Sekurang-kurangnya Eyza tahu yang Eyza boleh mengandung cuma rezeki melahirkam tu belum sampai lagi.


Macam mana boleh gugur? Ni la soalan yang paling banyak Eyza dapat dari kawan dan saudara mara yang tahu Eyza keguguran. Masa mula-mula, asal orang tanya je sambil taip whatsapp bagitau sambil menangis. Hampir semua yang Eyza bgtau Eyza akan menangis sampailah Eyza buat status dekat FB supaya tak ada lagi yang akan bertanya. Kalau ada yang tanya pun Eyza diam je sebab Eyza dalam proses nak rawat hati sendiri dulu.Nasib baik la Husband dan family banyak bagi sokongan kat Eyza.

Kronologi keguguran :

6 Disember 2017 - Eyza nyaris nak eksiden pagi tu dan rasa perut macam tak selesa. Malamnya terus Eyza ke Klinik Az Zaara kat Ampang untuk scan. Masa tu Eyza risau sebenarnya sebab simptom2 pregnant macam dah hilang. Eyza dah tak muntah waktu pagi. Tapi Eyza sedapkan hati maybe Morning Sickness Eyza sekejap je.Masa nak scan tu Eyza berdebar sangat. Bila Sonografer scan je, dia kata baby duduk dalam kantung cuma heartbeat x nampak. Eyza dah cuak. Patutnya masa ni dah 11 minggu. Mustahil x nampak. Bila ukur pun dia kata kandungan kecik macam 8 minggu je. Eyza dah menangis teruk dah masa ni. Husband dok tenangkan Eyza tapi Eyza memang tak boleh kawal perasaan. Terus Eyza nak jumpa Doktor. Bila dah jumpa Doktor dia pulak bagi gambaran yang memang baby tak dapat diselamatkan. Siap dia bg contoh Dato Siti lagi yang still boleh mengandung walau pernah gugur. Eyza rasa tak dengar apa yang Doktor dok bebel. Eyza just nangis tanpa henti depan Doktor tu. 

10 Disember 2017 - Start bleeding tapi sikit je. Bila google ramai yang cakap bleeding sikit tu biasa. Eyza pun buat tak tahu je. Masih cuba sedapkan hati yang tak ada apa-apa.

11 Disember 2017 - Dah 12 Minggu. Masa ni Eyza ada appoinment dekat HUKM untuk check up pregnancy.Dalam hati ni hanya Allah yang tahu betapa risaunya Eyza.Eyza tak bagi hubby ikut pegi check up sbb Eyza kalau nampak dia nanti akan nangis. Eyza suruh hubby tggu dalam kereta je. So.. Eyza cekalkan hati Eyza pergi sorang. Masa ni Eyza dah bersedia dengan segala kemungkinan. Bila scan, sonografer beritahu yang baby Eyza tak grow Eyza senyum je. Cuba Redha. Masa jumpa Doktor, lembut je Doktor tu bagitahu. Airmata terus je mengalir. Tapi tak la sebanyak dan sekuat masa kat klinik Az Zaara tu... Habis tu call hubby, masuk je dalam keta terus menangis teruk padahal sebelum tu ingat mampu tak nangis.

Doktor bagi 3 pilihan:
Pilihan Pertama : Dia akan bagi 2 minggu untuk janin keluar sendiri, kalau tak keluar jugak dia suruh proceed option kedua.

Pilihan kedua : Masuk ubat. Ubat ni kena beli kat Private Wing HUKM dan masukkan 3 kali. Kalau tak silap yang ni kena admit wad.

Pilihan ketiga : Cuci atau lebih dikenali dengan D&C. Doktor tak suggest buat yang ni sebab katanya sebab badan Eyza besar takut ada yang luka masa cuci tu sebab diaorang masukkan alat tapi tak nampak keadaan kat dalam.

Apa pilihan Eyza? Setiap malam Eyza doa supaya baby keluar sendiri sebab Eyza takut kalau cuci.

Alhamdulillah.. Allah perkenankan doa Eyza. 

14 Disember 2017 - Eyza dah start sakit sikit-sikit masa dekat opis. Tapi Eyza bertahan je. Malamnya makin kuat. Dalam pukul 9 malam.. Darah makin banyak.. Sakit yang teramat sangat.. Lagi sakit dari senggugut. Rasa perut ni macam kena carik. Eyza hanya mampu istigfar dan mengucap sebab terlampau sakit.

Eyza asyik ulang alik ke toilet. Darah keluar ketul sikit-sikit macam period. Pukul 10 lebih, Eyza rasa nak buang air besar. Duduk je kat toilet, Eyza dapat rasa ada ketulan darah yang besar keluar. Dalam mangkuk toilet dah penuh darah. Tak nampak apa langsung yang ada hanya warna merah. Eyza pun tak sangka yang janin dah keluar masa ni sebab ingat ketul darah macam sebelum ni, Eyza pun terus pam toilet.Lepas tu perut rasa kurang sakit tapi darah makin banyak tak henti-henti sampaikan kain batik Eyza pakai lencun.

Hubby paksa gi HUKM sebab tengok muka Eyza dah pucat. Dengan kain batik je Eyza gi hospital. Pergi Emergency O&G HUKM, masa daftar tu kain dah lencun dengan darah sampaikan nurse suruh tukar kain hospital. Masa Doktor scan, dia kata dah kosong. Janin dah keluar sendiri. Ya Allah, masa tu baru Eyza teringat ketulan besar yang Eyza rasa keluar tu rupanya janin. Sampai sekarang Eyza menyesal sebab pam tanpa tengok baby sendiri. Maafkan IBU sayang. 

Sebab rahim dah kosong, Doktor tak bagi ubat atau suntik apa-apa pun. Eyza tak kena admit wad dan dapat mc seminggu sebab tak cuci. Kalau cuci MC 2 minggu.. Dapat MC sampai 20 Disember, Eyza ambik cuti rehat sampai hujung tahun. Tak mampu nak masuk opis lagi. Takut ramai yang tanya Eyza akan lagi sedih..Nasib baik bos memahami. Tq Bos.

Esok Eyza akan kerja balik. Harap tahun 2018 ni akan bagi Eyza semangat baru dan baby baru. Mudah-mudahan Eyza kuat. Buat semua kawan-kawan TTC, Moga tahun 2018 ni akan lebih bersinar untuk kita dan Moga kita semua akan dapat Baby 2018.

Amin..