Blog Eyzamiel

24.11.17

Makan Shell Out dekat Berumbu Kitchen Sri Permaisuri Cheras

Friday, November 24, 2017 0
Makan Shell Out dekat Berumbu Kitchen Sri Permaisuri Cheras
Hari tu Adik Eyza cakap dia nak belanja Eyza makan Shell Out. Try la google yang dekat2 je sebab dah malam malas nak pergi jauh-jauh lagipun esoknya kerja.

Pastu nampak Shell Out Berumbu Kitchen dekat Medan Selera Sri Permaisuri. Macam best je. Terus kami gerak pergi sana.


Sampai je tengok ramai orang dok menjamu selera kat situ. Nampak macam sedap. Tengok menu satu persatu. Last-last kami pilih set promo macam kat bawah ni.Makan 3 org je pun. Cukup la set ni. Harga tu hanya utk shell out je. Nasi dengan air harga lain tau.


Selain dari set yang kami pilih, ada juga pilihan set yang lain.


Eyza pilih masak pedas berapi dengan buttermilk.  



Pendapat Eyza:
SEDAP! Portion pun banyak. Harga pun murah. Ikan siakap pun fresh. Pendek kata semua eyza puas hati la. Lepas ni gerenti Eyza repeat lagi. Cornfirm tak menyesal datang makan kat sini.

Cuma... kat sini kalau malam agak happening sebab banyak gerai makan yang best dan susah sangat nak dapat parking kat sini. Ianya memerlukan kesabaran. Kalau tak parking je kat luar dan jalan sikit untuk masuk ke dalam food court ni.

Landmark:
Sebelah dengan Pangsapuri Penara Bandar Sri Permaisuri.


20.11.17

Baby Balm dari Tasneem Natural

Monday, November 20, 2017 0
Baby Balm dari Tasneem Natural
Eyza dah lama nampak iklan pasal Baby Balm Tasneem Natural ni kat FB. Sambil-sambil tu try la google. Wah.. Banyak kegunaan rupanya Tasneem Natural ni.


Ada 4 jenis Balm ni. Tak tahu nak pilih yang mana terus grab empat-empat sebab tiap-tiap satu ni kegunaannya lain-lain. Rugi pulak kalau ada satu je untuk guna.


Balm dari Tasneem Natural ni bukan saje sesuai untuk kanak-kanak, kita yang dewasa ni pun boleh pakai. Hari ni seharian Eyza sakit kepala. Eyza pakai Sleep Time. Sempat la lelap sekejap. Hahaha.

SLEEP TIME


Sleep Time ni dapat membantu kanak-kanak tidur lena, bantu kanak-kanak bangun dalam mood ceria dan dapat baiki kualiti tidur kanak-kanak.

Ye la, budak-budak ni kalau kita paksa suruh bangun memang la diaorang akan meragam tapi bila dah pakai Tasneem Natural Sleep Time ni, bangun pagi dah senang dah. Tak perlu banyak drama. Hihihi.

Sleep Time ni mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot dan Ylang-Ylang.


Cara pakai :
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

Testimoni:



TUMMY TIME


Tummy Time dapat membantu membuang angin dalam perut serta membantu melegakan sebu dan kembung.

Eyza selalu akan rasa perut tak sedap kalau lambat makan, sapu je Tummy Time terus rasa lega.

Tummy Time mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, fennel, Lemongrass, Anise, Patchouli,Tangerine dan Lavender.


Cara Pakai:
Sapu pada perut dan Tapak Kaki.

Testimoni:



CALM TIME


Calm Time dapat memberi keselesaan kepada bayi, megurangkan keletihan dan tekanan serta bantu anak lebih tenang.

Calm Time mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax,  Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoram, Frankinsence, Bergamot dan Roman Chamomile.


Cara Pakai:

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

Testimoni:


CF RUB (COUGHFLU TIME)


CF Rub dapat  membantu kurangkan selsema dan cairkan kahak, bantu melegakan asma serta mengurangkan suhu ketika demam.

CF Rub mengandungi Carrier Oil, shea Butter, Beeswax,  Lemon, Orange, Eucalytus Lavender, Cypress, Tea Tree dan Frankinsence.


Cara Pakai:

Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.

Testimoni:


Setiap satu kotak cuma berharga RM 49.00 (SM) / RM 52.00 (SS)


Maklumat lanjut boleh layari:



17.11.17

A&W Malaysia mengadakan Promosi Chicken Fiesta

Friday, November 17, 2017 4
A&W Malaysia mengadakan Promosi Chicken Fiesta
Hi uolls!

Eyza dulu kalau pergi Petaling Jaya je mesti nak singgah makan A&W kat sana. Masa student dulu, Eyza pernah la lepak-lepak minum Float kat A&W ni sambil buat assignment.

Sekarang ni dah kerja dekat KL, kalau teringin nak makan tak payah dah nak pergi jauh-jauh. Pergi je A&W Batu Road, ala yang dekat Jalan Tar tu. Selama ni Eyza tak tahu pun yang A&W tu cawangan Batu Road, selama ni dok panggil A&W Jalan Tar je.Hihihi.

Ala.. tak kisah la Jalan Tar ke Batu Road ke yang penting tempat yang sama dan A&W kan.


A&W (Malaysia) Sdn Bhd adalah restoran makanan segera atau "Quick Service Restaurant" yang pertama di buka di Malaysia dan lokasinya adalah di Batu Road, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dibuka pada 31 Oktober 1963. Lama kan A&W dah bertapak kat Malaysia ni. Tak hairan la kalau ianya ada peminatnya yang tersendiri.


Setelah sekian lama A&W bertapak di negara ini, A&W terus kekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sampai sekarang macam RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle,Beef Coney (dulu dikenali dengan Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang rasanya sedap dan tak pernah berubah dari dulu sampailah sekarang.

Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Beef Coney

Chicken Poppers

Salah satu produk yang Eyza suka kat A&W ni dah tentulah Aroma Chicken.Aroma Chicken ni ada 2 jenis iaitu Spicy Aroma Chicken (pedas) dan Golden Aroma Chicken (biasa) dan ianya ada keistimewaan yang tersendiri berbeza dari ayam goreng yang lain. Penggemar ayam mesti sependapat dengan Eyza sebab Ayam Goreng dekat A&W ni diperap dengan herba istimewa dan dimasak secara sempurna sebelum dihidang kepada pelanggan.Eyza suka ayam goreng yang pedas sebab pedasnya lain dari ayam goreng jenama lain. A&W akan hidangkan Ayam yang dimasak sempurna dengan waktu menunggu tidak lebih dari 30 minit. Makan panas-panas best tau!


7 November hari tu, A&W mengadakan promosi Chicken Fiesta sebab nak memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran.Sempena Chicken Fiesta ni, Golden Aroma Chicken (GAC) dan Spicy Aroma Chicken (SAC) akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam dan 9 ketul ayam bermula dengan harga RM 15.45 sahaja.





Selain dari makanan yang best, Eyza gerenti ramai yang berminat dengan RB Mug bila datang A&W. Sekarang ni, korang tak payah rasa berat hati nak tinggalkan mug cantik tu lepas makan dekat Restoran A&W sebab korang boleh bawak balik rumah. Apa???? Betul ke? Yes!! Betul la.


Buat pertama kalinya, A&W Malaysia tawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W.

Tawaran ni berlangsung dari 11 Oktober 2017 dan akan berakhir hujung tahun ni. Kalau uolls berminat dengan Mug yang berharga RM 49.90 satu ni korang boleh dapatkan di semua Cawangan A&W yang berdekatan dengan segera, sementara stok masih ada.A&W Limited Edition Mug 2017 ni bersaiz besar (20oz) dan didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar utama A&W Mug di seluruh dunia. 


Terliur tak tengok gambar makanan dekat A&W ni? Ha...kalau terliur tunggu apa lagi. Jomlah kita ke mana-mana cawangan A&W di seluruh Malaysia untuk kita rasai rasa Ayam Goreng dan RB Float yang sedap.

Maklumat lanjut boleh layari:

10.11.17

Petite Perfume Enchanteur Paris, comel dan tanpa Alkohol

Friday, November 10, 2017 4
Petite Perfume Enchanteur Paris, comel dan tanpa Alkohol
Eyza ni jenis yang kalau duduk rumah ke, keluar ke tetap kena pakai perfume. Bukannya apa, Eyza rasa lagi confident dan best bila bau wangi sentiasa ni.

Kadang-kadang bila kita seharian keluar berjalan, kita akan rasa berpeluh dan bau tak sedap kan? Takkan la kita nak usung je botol perfume dalam handbag kalau keluar. Berat kut!

Ha.. tapi sekarang dah tak payah nak risau sebab Enchanteur dah keluarkan Roll On Perfume yang comel je. Kita boleh letak dalam handbag dan bawak ke mana-mana.


Bagus la Enchanteur ni sebab memahami perasaan semu wanita dekat Malaysia. Enchanteur Paris Petite Perfume bersaiz 9 ml dan didatangkan dalam 4 bau yang berbeza iaitu Jolie (Biru), Cheri (oren), Belle Amour (Pink) dan Adore (ungu cair).

Jolie
Lovely - Be the apple of his eye and stay lovable with the endearing blend of pear,rose and honey.

Cheri
Darling - Steal Hearts and be the centre of attention with the delicious, sweet scent of Apple, Cherry Blossom and Vanilla.

Belle Amour
Beautiful Love - Be his Amour with a loving blend of Apple Melon, Blackcurrent and Parisian Pink Rose.

Adore
Adorable - Leave a lasting impression with the sensual scent of Wild Jasmine, Pink Mimosa and Golden Pear.
Encanteur Paris Petite Perfume ni Halal dan boleh dipakai solat. Tak perlu lagi nak ragu-ragu sama ada solat sah atau tak sebab pewangi ni adalah tanpa Alkohol.

Harga sebotol Petite Perfume ni ialah RM 9.90 (semenanjung) & RM 10.40 (Sabah/Sarawak).

Ianya boleh dibeli di Watson, Guardian, Aeon Wellness, Mydin, Psaraya besar, Pasaraya kecil dan kedai runcit.

Untuk keterangan lanjut boleh layari: