Blog Eyzamiel

7.9.15

Amzar Motel, Hotel Bajet di Langkawi

Monday, September 07, 2015 6
Amzar Motel, Hotel Bajet di Langkawi
Pernah dengar Amzar Motel? Rata-rata blogger ramai yang suggest Amzar Motel kalau kita nak percutian Bajet... Sebelum ni aku kalau gi Langkawi memang stay kat Rumah Peranginan Kerajaan jer.. cuma kali ni rasa nak ubah angin.. nak stay betul-betul kat Pantai Cenang...

Awal tau aku booking.. 2 bulan sebelum pergi.. ye la.. time aku pergi tu Cuti Merdeka.. aku takut penuh.. mula-mula nak booking yang semalam RM45 tu je tapi En. Anuar dari Amzar Motel cakap kalau yang tu tak boleh booking.. kena walk in... So, nak tak nak.. aku pun booking la  bilik yang harga RM 75.00 semalam...

Gambar bilik boleh tengok kat Blog ni.. kalau dah bayar murah tu.. tak boleh la nak expect lebih-lebih... Bilik dia biasa-biasa je.. tak sesuai kalau nak berhoneymoon bagai.. 

Macam aku.. dah plan 2 malam pertama tu just nak bilik untuk mandi, rehat, solat n tido pun dah ok.. sebab kami nak gi jalan-jalan.. x banyak masa kat bilik.. so, sesuai la ambik bilik murah-murah je...


Kalau nak booking, call atau whatsapp je no kat atas tu.. InsyaAllah.. akan dilayan.. :)

5.9.15

SkinSoul Natural Volume Attack Mascara untuk memanjangkan bulu mata

Saturday, September 05, 2015 0
SkinSoul Natural Volume Attack Mascara untuk memanjangkan bulu mata

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan... semua orang nak cantik kan? tipu la kalau ada yang kata nak nampak hodoh... cuma macam mana nak nampak cantik tu terpulang la pada cara masing-masing..aku ni memang jenis yang suka mekap... maklumla.. tak cantik.. bila mekap.. nampak la sedap sikit mata memandang... hahahah.... *matikla puji diri sendiri


Aku selalu suka mekap yang light2 jer... Pakai BB Cream SeqyBeauty, Blusher , Maskara n lipstik... dah siap... Aku ni paling suka pakai maskara.. tapi, dalam banyak-banyak maskara yang aku dah try... aku suka n fall in love dengan maskara dari SkinSoul...


Sebab apa? Sebab maskara ni buat effect bulu mata aku makin lebat dan melentik.. Lagi satu, SkinSoul Natural Volume Attack Mascara ni tiada bahan kimia yang boleh merosakkan mata dan ianya Paraben Free..


Bahan yang terkandung dalam Maskara ni adalah Bahan Organik, ekstrak Mulberry semulajadi yang menyuburkan, menguatkan dan melentikkan bulu mata.Penggunaan secara berterusan boleh memanjangkan bulu mata. So, dah tak perlu pakai bulu mata palsu lagi.... 



Harganya pulak sangat berpatutan dengan kualiti dan hasilnya. Cuma RM 195.00 sahaja. 

Untuk semua readers blog aku ni, korang boleh dapat sample produk dr SkinSoul.. Syaratnya mudah ajer.. Like Facebook SkinSoul..  Follow Blog aku... Pegi mana-mana outlet SkinSoul, beli barang SkinSoul RM 100 dan ke atas, beritahu kod aku #SSMamaFieza dan korang akan dapat sample percuma dari SkinSoul.. So, tunggu apa lagi.. Jom kita terjah ramai-ramai ke sana... Selamat bercantik-cantik uolls.. ;)


4.9.15

Blogspot.com dah tukar ke Blogspot.my

Friday, September 04, 2015 5
Blogspot.com dah tukar ke Blogspot.my
Salam Jumaat Korangs...


Semalam kat FB blogger-blogger ramai dok update status pasal Blogspot.com dah tukar ke Blogspot.my.. aku tak check pun.. pagi ni aku bukak blog.. baru nampak.. ye la... dah tukar... maybe sebab nak asingkan blogger ikut negara kut.. ke ada yang tau nape tukar ke .my plak? tak kisah la tukar apa pun.. janji blog ni masih boleh bukak.. harap2 takde la effect apa-apa kat blog sendu aku ni... hahaha...

3.9.15

Mudahnya Melaksanakan Ibadah Qurban dengan EZ Qurban

Thursday, September 03, 2015 2
Mudahnya Melaksanakan Ibadah Qurban dengan EZ Qurban

Alhamdulillah... Tak lama je lagi kita nak Menyambut Hari Raya AidilAdha ataupun kita lebih suka sebut Hari Raya Haji sempena Umat Islam menunaikan Haji di Tanah Suci Mekah... Salah satu keistimewaan AidilAdha ini adalah  Ibadah Qurban... Dan ramai jugak yang tak mahu ketinggalan untuk melaksanakan Ibadah Qurban sempena hari yang mulia ini... Ianya hanya boleh dilakukan empat hari iaitu selepas Khatib menyampaikan Khutbah AidilAdha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Ibadah Qurban sangat dituntut di dalam Islam... Dari segi bahasa , korban bermaksud dekat manakala dari segi istilah ianya bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya...

Ramai dikalangan kita yang mampu dan ingin melaksanakan Ibadah Qurban ni.. tapi tak pasti atau tak tahu cara bagaimana nak laksanakan... 

Sekarang ni dah banyak Syarikat yang uruskan ibadah Qurban ni.. dan salah satunya adalah syarikat EZ Qurban Sdn. Bhd. . Syarikat ini beroperasi di Batu Caves, Selangor dan menawarkan Ibadah Qurban secara dalam talian ataupun lebih dikenali sebagai online.

Qurban secara online ni bermaksud kita mewakilkan pihak syarikat melalui akad atau lafaz niat diatas kertas/telefon untuk menguruskan Qurban atau penyembelihan binatang bagi pihak kita.

Perlu dimaklumkan bahawa, Ibadah Qurban yang dilaksanakan oleh EZ Qurban ini dilakukan di negara-negara yang umat Islamnya amat memerlukan makanan (daif). Antara negara-negara yang terpilih ialah Kemboja , Indonesia , Thailand , Vietnam , Bangladesh dan Filipina.


Pihak EZ Qurban sentiasa memberi keutamaan dalam membantu komuniti Muslim di kawasan pedalaman dan kampung yang uzur dan tidak berkemampuan dan  tiada pembaziran makanan disana. Masyarakat di sana menggunakan setiap bahagian lembu dan kambing Qurban dengan sepenuhnya.




Jangan risau dan was-was melaksanakan Ibadah Qurban dengan EZ Qurban Sdn. Bhd. Ini adalah kerana Syarikat ini telah berpengalaman selama 7 tahun dalam melaksanakan Ibadah Qurban dan aqiqah dinegara-negara yang dinyatakan di atas. Malah, EZ Qurban juga akan memberi Sijil Penyertaan kepada penama yang membuat Ibadah Qurban atau Aqiqah.

 Macam mana nak daftar? Mudah je.. ada banyak cara.. antaranya...

1. Isi Borang Pendaftaran di Laman Web EZ Qurban... 

dan jika bermasalah untuk mengisi borang secara online... jangan risau.. anda boleh juga :

1. Whatsapp ke +60133186984
2. Emel ke ezqurban.adm@gmail.com
3. Laman Facebook EZ Qurban Sdn. Bhd

atau bole jugak walk in ke pejabat mereka di :

No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor.

Pembayaran boleh dibuat melalui :
Maybank: 5624 0550 5189 (EZ Qurban Sdn Bhd)
Bank Islam: 1211 3010 0292 76 (EZ Qurban Sdn Bhd)

Bila selesai dan bayaran telah dibuat, peserta akan mendapat email atau sms pengesahan dari EZ Qurban dan jangan lupa simpan slip bank in sebagai bukti pembayaran. Status penyertaan boleh disemak melaui online dengan hanya masukkan no kad pengenalan. Mudah kan?


Jika anda ingin lihat sendiri sembelihan Aqiqah dan Qurban boleh ikuti Kembara Bersama EZ Qurban semasa Hari Raya AidilAdha ini. InsyaAllah, anda boleh merasai pengalaman mengembara ke negara-negara tersebut untuk menyampaikan sumbangkan Aqiqah dan Qurban tersebut.

Maklumbalas & pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline:
03 618 619 11 / 013 238 600 0

#BlooggersMedia
#EZQurban
#QurbanAqiqah