Blog Eyzamiel

19.6.15

Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC menawarkan Buffet Ramadan yang Murah

Friday, June 19, 2015 2
Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC menawarkan Buffet Ramadan yang Murah

Hari Selasa lepas aku sempat lari sekejap untuk Majlis  Prapelancaran pembukaan Restoran Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama KLMUC...  Nasib baik dekat dengan opis.. lagipun buat waktu Lunch.. jimat duit aku hari tu..hihihi... Thank's Ida sebab sudi jemput iolls...


Restoran yang telah beroperasi pada 1 Jun lalu dan diberi nama 'Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC' ini merupakan usahasama antara Kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Restoran ini dibuka kepada pelajar dan orang awam.


Nama Restoran ini diambil bersempena dengan suasana restoran yang dihiasi dengan gambar-gambar lama dan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun.


Apa yang menariknya tentang restoran ni apabila para pelajarnya sendiri yang akan mengendalikan operasi 3 kali dalam seminggu.

Restoran yang berkonsepkan masakan melayu ini menghidangkan makanan yang boleh membangkitkan nostalgia dan agak susah untuk kita jumpa di Kuala Lumpur. Antara menu yang menarik yang terdapat di sini ialah Ubi Kayu bersama sambal ikan Tamban, Pengat Durian serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau.


Juadah tersebut akan menjadi sebahagian daripada hidangan Buffet Ramadan yang bermula pada 18 Jun sehingga akhir bulan puasa dan ianya dibuka kepada semua pelajar, kakitangan dan orang awam. 

Restoran ini juga mengalu-alukan persembahan muzik akustik, tarian moden atau tarian tradisional di mana ianya mencerminkan inisiatif kepada 'Aplikasi Dunia Nyata'. Pentas ini terbuka kepada artis di KL yang ingin menonjolkan bakat mereka.


Restoran Dulu Dan Kini @ KLMUC menghidangkan masakan tradisi melayu untuk menu ala carte dan buffet.. Ala carte hanya berharga serendah RM 5. Harga Buffet Ramadan yang ditawarkan disini juga amatlah berpatutan dan pilihan makanan yang banyak serta sedap-sedap belaka. Dengan hanya RM 48/pax (dewasa) dan RM 24/pax (kanak-kanak bwh 12 tahun) kita dapat menikamati makanan yang sememangnya sedap serta jarang untuk dijumpai.Malas nak citer panjang-panjang.. korang tengok la sendiri antara menu yang ada.. terliur plak dibuatnya.. hahaha..

Buah Melaka dan Kuih Koci
Ubi Kayu dan Keledek Rebus
Pulut untuk dimakan dengan Pengat Durian... 
Pengat Durian kat sini memang sedap.. terasa cukup lemak dan manis.
Rojak Buah 
Buah-buahan yang manis dan segar...
Agar-agar Santan memang best.
Buah-buahan tempatan pun ada kat sini.
Yeay.. ada biskut raya jugak...
Macam-macam ada.. sampai tak tahu nak makan yang mana dulu..

Kalau pergi Buffet Ramadan, orang mesti akan tanya.... ada kambing golek tak? Kat sini dah tentu la ada... lembut sangat daging kambing tu.. langsung takde rasa hamis... aku siap tambah 2 kali.. hihihi...


Kat sini jugak, First time aku makan Lidah Kambing.. sedap.. hihihi...


Selain kambing panggang.. ada jugak ayam panggang untuk sesiapa yang tak makan kambing..


Lauk-pauk kampung serta pelbagai jenis kerabu jugak sedap.. paling aku suka kerabu mangga dengan udang sambal petai.. mabeles...












Untuk Staff dan student KLMUC akan dapat diskaun tau kalau tunjuk ID card.. so, memang jimat la.. Kalau aku ni student situ.. hari-hari aku gi makan kat sana... hihihi...

kredit : Ida
kredit : Ida
kredit : Ida
Untuk Bulan Ramadhan ni... Waktu Perniagaan 'Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC' bermula jam 6 petang sehingga 9.30 malam dan ianya terletak di: 
tingkat bawah Blok A, 
Wisma Sachdev ,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan boleh hubungi : 
016-6806994 / 016-2502073 / 012-4238120

*maafkan saya kalau ada yang terliur di Bulan Ramadhan ni.. hihihi..

18.6.15

Fouziah Gous Dan Suami, Duta terbaru Enchanteur Love!

Thursday, June 18, 2015 1
Fouziah Gous Dan Suami, Duta terbaru Enchanteur Love!


Baru-baru ni bertempat di Maison Franchaise, Enchanteur telah memperkenalkan Duta Baru untuk Enchanteur Love.. 


Masa sampai tu, aku sempat la bergambar dengan Rangkaian Produk Enchanteur Love.. Dekorasi Cantik... Tempat Menarik... 


Jojo Struys adalah pengacara untuk hari tu... Peramah sangat... kecik molek orangnya... Masa mula-mula tu aku tertanya-tanya jugak sape la Duta Baru Enchanteur ni.. Mesti orang tu special sampai dipilih jadi Duta untuk Rangkaian Wangian yang dah lama aku kenal.. Dari zaman sekolah kut... Dulu aku suka Enchanteur Charming.. Sekarang ni plak aku dah jatuh cinta dengan Rangkaian Enchanteur Love...


Akhirnya Enchanteur telah mengumumkan bahawa Fouziah Gous dan husbandnya Zhafran sebagai Duta Baru Enchanteur Love menggantikan Sazzy Falak dan suaminya Nazril...


Cantik sangat Fouziah Gous ni.. padanlah dia dipilih sebagai Duta Enchanteur.. 


lembut je cara percakapan dia... n lagi satu nampak sweet n loving sangat pasangan husband n wife ni.. Romantik gitu...


Enchanteur Love ini dicipta untuk membangkitkan rasa cinta selalu...

Terdapat 3 jenis wangian dalam Enchanteur Love ni.... ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette, ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette and ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette  
ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE Eau de Toilette
~ Untuk Cinta yang Intim

Passionate LOVE
PASSIONATE LOVE evokes the senses with exhilarating, juicy top notes of Sicilian BergamotWild Red Berries andPink Peaches. Seductive blend of Noir Crystalline Rosesand silky Violet blooms at the heart of the fragrance, inducing burning flames of passion. Exquisite Amber andSandalwood notes linger on, completing a vibrant yet sensuous mix that warms every passionate embrace of a fiery romance.


ENCHANTEUR FOREVER LOVE Eau de Toilette  
~ Untuk Cinta yang berkekalan

Forever LOVE
FOREVER LOVE Eau de Toilette opens up with a lively mix of citrusy Bergamot, Lemon and Mandarin combined with the sweetness of Cassis, Pineapple and Apple that symbolizes the beginning of a wonderful journey of love. It then blossoms beautifully into a floral bouquet of Roses, Jasmine, Geranium and Fressia just like true love that grows deeper. Warm Musk and Amber complete the fragrance to signify the promise of an everlasting love.

ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE Eau de Toilette 
~ Untuk Cinta Sejati

Celebrate LOVE
CELEBRATE LOVE starts off with the sparkling freshness of Bergamot, White Peach and Pineapple. The heart of the composition glows with sweet Red Peony and Passion Fruit – a perfect combination which symbolizes love and excitement of being together. Warm Cedarwood, Golden Amber and Musk wrap this lovely concoction that together form a base as comfortable and warm as the embrace of a lover.



Rangkaian Enchanteur Love ni cuma berharga RM 33.50 (50ml) sebotol termasuk gst.Rangkaian Produk Encanteur boleh didapati di Supermarket, Hypermarket dan kedai-kedai runcit berhampiran anda.

Untuk keterangan lanjut, bole layari:



Hari Pertama Puasa.. Apa Yang Jadi?

Thursday, June 18, 2015 4
Hari Pertama Puasa.. Apa Yang Jadi?
Hari ni Hot FM buat topik Hari Pertama Puasa... 
So.. Uolls macam mana? Dah ada pengalaman best atau tak best untuk hari pertama puasa ni?


Aku pulak.. hari pertama dah buat onar... hahaha... Semalam aku gi NSK beli lauk pauk untuk stok seminggu bulan puasa ni.. Balik pun dah lewat.. lepas siang dan bersihkan segala ikan, sotong, udang, ayam n daging.. tengok jam dah pukul 12.30 pagi...


Pastu aku masak plak TomYam sebab hubby mintak TomYam untuk sahur... Dah selesai masak bagai dah pukul 1 pagi...

Masuk bilik.. kunci jam dan tido... letih sangat dah rasa... Bila jam bunyi aku pun bangun.... tengok jam dah pukul 5.. aku pun pelik la nape jam bunyi pukul 5.. selalu pkl 6 baru aku bangun.. aku pun golek-golek atas katil sambil baca wasap yang masuk malam sebelumnya... dalam pkl 5.10 pagi.. tetiba baru aku teringat..... Ya Allah... hari ni dah puasa... n sepatutnya aku kunci jam pukul 4 semalam tapi aku terkunci pukul 5.. dah tu bole siap dok santai2 atas katil sebab aku memang terlupa...

Kelam kabut bangun.. masak nasik.. n goreng telo dadar... hubby bangun nak Sahur tengok-tengok Nasi blom masak... hahaha.. dah pkl 5.25 nasik blom masak... last-last aku masak maggi je... 

Nak dijadikan citer semalam adik aku ngan husband dia ada kat rumah sebab nak sahur ngan kitaorang.. Kesian diaorang....  terpaksa makan maggi... Dah la first puasa... n first time adik ipar baru mai rumah.. kakak ipar dah buat onar... hahahah..

Harap-harap bertahan la perut ni.... esok awal2 dh kena kunci jam.. tak nak pengalaman hari ni berulang...hahaha...