March 2015 - Blog Eyzamiel

26.3.15

Sewa Van Murah untuk ke KLIA2

Thursday, March 26, 2015 0
Sewa Van Murah untuk ke KLIA2

Salam..

Lama aku tak menulis.. Lately ni tak berapa sihat.. lagipun.. ni baru balik bercuti ngan family..  Hari tu.. masa nak pergi bercuti.. merata la aku dok cari perkhidmatan van untuk hantar kami satu family ke KLIA2.. Mula-mula plan.. nak buat macam sebelum ni jer.. nak parking kat TBS dan naik bas.. tapi, mengenangkan aku bawak mak ayah aku.. kesian plak kat diaorang.. pastu, aku tukar plan nak parking kat Airport jer.. bila kira-kira balik rugi la plak.. ye la.. kami semua 10 dewasa.. mesti kena bawak 2 biji kereta.. parking sehari dah 46 ringgit.. 2 kereta dah jadi sehari 92 ringgit, kali plak ngan 4 hari.. menangis nak bayar.. tu blom masuk minyak dr rumah nak ke Airport...

Disebabkan plan tu tak berapa nak bajet sangat. aku pun try la cari perkhidmatan Van sewa untuk hantar dan ambik kami satu Family kat Airport... merata aku dok survey.. paling murah pun aku dapar RM 450.00 pergi balik (250.00 utk pergi- kena cas extra sebab pkl 3 pagi ,  200.00 utk balik).. aku macam nak dah ambik jer.. tapi.. dok fikir balik.. try la lagi..mana tau rezeki.... search  lagi kat google.. akhirnya aku jumpa website ni.. KADTRAVELINK ... 

Try Whatsapp ... cepat jer dia balas... tanya punya tanya.. dia bagi aku harga RM 300.00 untuk pergi balik.. takde extra cas untuk tengah malam.. Biar betul ni? Pucuk dicita ulam mendatang... aku terus booking...  last minit booking.. nasib baik masih kosong... Aku memang puas hati sangat ngan perkhidmatan dari KADTRAVELINK ni.. Pukul 2.30 pagi dia dah whatsapp aku... dah sampai bawah rumah.. padahal janji pkl 3 pagi.. memang terbaik la servis dia... Masa balik pun, kitaorang sampai je kat Airport van dah ada.. tak perlu dok tunggu2.. Hantar sampai bawah rumah...

Aku memang recommed sangat-sangat untuk sesiapa yang nak pergi Airport secara berkumpulan.. bole contact En. Khairul (No. Fon : 019-9660606) bole whatsapp jer.. memang dia akan balas nanti..

Ok.. itu jer nak share.. esok sampai lusa ada kursus kat Melaka.. makin sepi la blog ni x berupdate.. hihihi...

13.3.15

Sephora .. Buat aku termimpi-mimpi...

Friday, March 13, 2015 4
Sephora .. Buat aku termimpi-mimpi...

Sape suka mekap? Cuba angkat tangan... Mesti ramai kan? Salah sorangnya mesti la aku... I love mekap... Tiap-tiap bulan mesti ada peruntukan untuk beli mekap walaupun kekadang tak pakai pun.. hihihi...

Pada pendapat sesetengah wanita solekan yang baik dan bersesuai dengan wajah dan kulit mereka dapat menonjolkan sisi personaliti mereka ketika berada di luar. Malah ada yang menganggap solekan itu mampu memberikan lebih keyakinan untuk keluar dan berhadapan dengan orang ramai. Dengan erti kata lain make up yang baik itu mampu menaikkan self-esteem seseorang.

Wanita mana yang tidak suka bersolek? Semua wanita di luar sana pasti suka bukan? Hari anda pasti tidak akan lengkap tanpa mengenakan walau sedikit solekan sebelum keluar dari rumah. Make up membuatkan seorang wanita kelihatan lebih menarik dan menonjolkan sisi yang lebih cantik. Bayangkan anda keluar dari rumah tanpa mengenakan walau sedikit solekan, pasti wajah anda akan kelihatan agak dull dan tidak bermaya.


Di luar sana terdapat begitu banyak jenama make up. Namun jika anda hendak tahu jenama make up wanita Sephora Malaysia adalah antara yang paling popular dalam kalangan wanita masa kini. Mengapa? Ini kerana Sephora telah diketahui ramai sebuah jenama yang sentiasa hadir dengan koleksi solekan paling mendapat sambutan dalam pasaran. Permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran telah memberi ruang buat mereka untuk mempunyai begitu banyak butik kecantikan di seluruh dunia. Hanya di bawah satu bumbung yang sama anda boleh dapatkan semua yang anda mahukan dan perlukan. Bukankah itu kedengaran sangat mudah dan menyenangkan?

Dengan begitu banyak pilihan yang ada di tempat yang sama memberikan pilihan untuk anda go around cari apa yang hendak dibeli. Butik Sephora Malaysia online menyediakan banyak produk dan keperluan solekan untuk wanita, semuanya dalam tempat yang sama.


Bestkan? Aku tau.. mesti ramai yang setuju dengan aku.. Mekap jenama Sephora antara yang terbaik... Banyak pilihan tau... Ni antara mekap Sephora yang aku dok ushar... Macam best jer.. nak kena beli jugak ni.. buat aku ngigau jer sebab teringat...





Kat sana banyak lagi koleksi Sephora yang best-best.. Kini anda sudah tahu apakah jenama dan butik kecantikan yang anda perlu dapatkan! Happy shopping uolls. J


11.3.15

COD Seqy Beauty di Kota Kinabalu, Sabah

Wednesday, March 11, 2015 4
COD Seqy Beauty di Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah.. hari ke hari.. makin ramai yang suka n percaya ngan produk keluaran Seqy Beauty... n ni ada berita baik untuk peminat-peminat produk Seqy Beauty di Sabah..

Aku akan ada kat sana pada 16 Mac 2015 ni dan akan buat COD dekat Pasar Filipina.. Yeay.. happy tak? mesti la happy kan.. sebab dah jimat duit pos..

Ok.. kalau ada sesiapa yang berminat whatsapp jer aku : 013-3151382 sebelum pkl 8 malam 13 Mac ni yer.. sebab aku cuma bwk stok yang dah dipesan.. kalau aku dah sampai sana baru nak order, mmg tak dapat la nak tolong..

Aku cuma akan bawak produk-produk ni jer..


Cleanser

BB Cream (ada fair, natural dan brown)

Sensual Plus Serum


Apa tunggu lagi.. jom ramai-ramai order.. Jimat tau.. pastu, barang siap bole dapat dengan selamat... Whatsapp jer 013-3151382 .. setiap pembelian ada free gift... jom ramai-ramai order..


2.3.15

Terperangkap Selama 8 jam!

Monday, March 02, 2015 32
Terperangkap Selama 8 jam!
Ya Allah.. Korang pernah rasa terperangkap tak?.. Tak kisah la kat mana pun.. dalam rumah ker.. dalam kereta ker... Sebelum ni aku memang tak pernah langsung rasa macam kena kurung ke apa.. tapi... kan... 28 Februari hari tu.. ada kejadian yang ngeri dan boleh buat aku jadi trauma dah jadi kat aku....

Aku terkurung dalam BILIK AIR RUMAH AKU SELAMA 8 JAM! Bayangkan..8 jam dalam tu.. Macam mana boleh terkurung?

Macam ni ceritanya... Hari Sabtu tu, pihak AJK Umah aku ada la buat pengumuman yang diaorang nak check jentik-jentik dari rumah ke rumah sebab dah ada 3 kes denggi kat kawasan tu... Hari Sabtu kan hari untuk aku mengemas rumah.. dah siap kemas semua.. dah confident takde jentik2.. aku pun ambik towel.. terus masuk bilik air.. tak kunci pun.. cuma tutup pintu bagi rapat jer.. Seronok la ni.. umah dah bersih.. mandi-mandi sambil nyanyi... Dah habis mandi... bukak pintu... tup..tup... pintu tak boleh bukak... Tombol tu dah jammed... YaAllah.. gabra sekejap aku.. dah la xde orang kat rumah masa tu...

Macam-macam cara aku buat... tendang pintu la.. jerit la..banyak kali aku jerit mintak tolong.. tapi xde orang dengar...  tetap tak boleh.. pastu, aku nampak cermin muka laki aku dok cukur misai.. aku ambik.. hempas ke lantai.. konon2 nak buat macam gergaji la.. aku try gergaji besi penyambung antara pintu dan dinding.. lama gak la aku buat.. besi tu makin nipis tapi baru satu lapisan... banyak lagi aku nak kena buat...tangan dah sakit... perut dah lapar.. sambil-sambil tu aku telan air paip.. sadis betul rasanya.. dh macam sesat kat hutan... tangan aku dah banyak luka.. ye la.. cermin kut.. kena sikit jer dah luka dalam.. berlambak-lambak kesan hirisan kat tangan aku.. aku dah tak peduli dah..janji aku dapat keluar jer... dah buat cara tu tak berkesan. aku try plak toreh pintu..konon2 pintu tu nipis jer... nnt aku bole masukkan tangan untuk bukak tombol dari luar.. darah dah banyak.. pintu tetap x terbukak..memang dah jammed terus dah...

Dalam dok cari idea, aku nampak pencuci muka Seqy Beauty aku tu... kat pangkal leher botol tu ada kaler silver.. aku pun toreh la perkataan "TOLONG! - NO RUMAH N NO FON HUSBAND AKU" ... Pastu aku campak kat bawah dengan harapan ada yang perasan dan call husband aku.. tapi hampeh...



Sebelum aku masuk bilik air, aku ada tengok jam dalam pukul 11.50 pagi camtu... Masa terperangkap tu, aku dengar azan Zohor, Pastu Asar n Maghrib.. Aku dah makin lemah.. dah makin tak tau nak buat apa.. darah n luka dah makin banyak kat tangan.. last2.. aku duduk jer berdoa kat Allah.. mudah2an laki aku balik awal...

Alhamdulillah, tak lama lepas tu.. aku dengar bunyi door bell.. Rupanya husband aku tak bwk kunci rumah.. yang aku plak bila dah tau husband aku balik.. terus la menjerit mintak tolong... laki aku dengar aku jerit.. terus panik.. dia dah nak panjat kat tempat mesin basuh.. tapi kunci plak.. nasib baik dia tergerak hati nak tgk kat kunci kereta aku yang dia bawak.. nasib baik ada kunci rumah..

Bila dia masuk dalam rumah.. dan cuba bukak dari luar pun tak bole.. masa ni aku dah start meraung..padahal masa dok sorang-sorang cool jer..tak nangis langsung.. maybe aku dah rasa selamat sebab hero dah balik kut.. menangis tanda lega...

Lama jugak husband aku cuba bukak x bole.. bukak tombol pun tak bole.. jalan terakhir, dia pecahkan pintu sebab aku dah dok asyik nangis jer.. dapat keluar terus peluk dia.. rasa selamat sangat... Rasa macam drama.. padahal kejadian ni mmg betul2 jadi kat aku.. aku tgk jam..masa tu dah pkl 8 lebih.. maknanya aku terperangkap dalam tu lebih dr 8 jam.. sadisnya...

pic : google

Macam ni la bentuk tombol pintu yang jahat tu..yang kunci aku kat dalam tu.. dah la sejuk n lapar... Tapi aku bersyukur sebab dapat keluar.. bersyukur jugak aku tak masak apa-apa atas dapur.. kalau la aku ada anak.. aku dok dalam, anak dok luar.. tak tau la apa yang aku nak buat.. silap2 aku memang dah meraung dah time tu..

Bila dapat keluar tu.. aku gi mandi... n sembahyang dan tak lupa jugak buat sujud syukur sebab selamat.. Pasni, berhati-hati la kalau umah korang pakai tombol camtu.. bahaya... Trauma gak la aku.. terus dah x nak mandi kat bilik air tu.. Boikot terus..