Nivea Men Triple Shield Challenge - Blog Eyzamiel

21.4.15

Nivea Men Triple Shield Challenge



Sape suka produk Nivea? Angkat tangan cepat.. Jangan tipu tau.. aku sure mesti ramai yang suka kan ngan produk ni.. tambah-tambah pulak NIVEA MEN.. bau dia memang maskulin...Peminat tegar produk Nivea Men ni mesti tau yang Nivea ada menganjurkan Triple Shield Challange yang bermula dari Januari hingga April 2015. 

12 April hari tu, Aku sempat hadir untuk  Finale Triple Shield Challange  di Blue Concourse, Sunway Piramid. Program ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Nivea Men Cool Kick mampu menentang Bakteria, Peluh dan Bau Badan walaupun kita aktif bersukan.


Cabaran ni ada dalam bentuk digital dan medan pertempuran sebenar.. Untuk digital, bole akses melalui facebook.. tapi, pertempuran sebenar lagi mencabar...




Permainan ini memerlukan 2 pasukan dan setiap pasukan ada 3 ahli.. Setiap pasukan juga akan diberi bola tenis untuk dibaling ke arah pasukan lawan... Semua Pemain perlu memakai pelindung untuk melindungi diri dari bola yang akan dibaling oleh pasukan lawan... 


Permainan ni mempunyai maksud simbolik tau.. bola-bola tu mewakili peluh, bakteria dan bau badan. Manakala Triple Shield adalah penghalang untuk ketiga-tiga benda tersebut.Pasukan yang mempunyai ahli paling banyak terselamat akan memenangi pertandingan tersebut...

kredit : Ayue Idris
Para media jugak diberi peluang untuk bertanding dalam perlawanan ini... best pulak tengok diaorang main... rugi plak rasanya tak join...Dah la diaorang dapat peluang jadi juruterbang dan bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.. Best tau. 


Man Raja Lawak pun ada.. Dia group 3M .. mewakili media... Ligat jugak bila dah ada di medan pertempuran...



Pada hari tu jugak, Watson dan Nivea telah bekerjasama.. Banyak offer best hari tu... memang berbaloi.. sebab ada free gift dengan pembelian RM 25 ke atas..



Nivea juga ada sediakan Photobooth.. kat situ, kita boleh bergambar, masukkan dalam instagram dengan hashtag #niveatripleshield .. Nanti pihak Nivea akan print gambar tersebut.. Bole la kita buat kenang-kenangan...

 
Ni antara hadiah yang menanti para pemenang... Best tau teruja aku tengok hadiah... Grand Prize adalah hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.00 , kedua RM 5000.00 dan ketiga RM 3000.00. Semua pemenang juga akan dapat barangan Nivea berharga RM 500.00.

Dan pemenangnya adalah.....

2nd Runner Up

First Runner Up

Grand Prize

Pemenang untuk Media- kumpulan 3M
kredit : NiveaMen
Alhamdulillah.. happy semua yang menang.. aku yang tak join ni pun happy.. Program ni akan dianjurkan tiap-tiap tahun.. InsyaAllah, tahun depan aku nak join la.. rugi tau tak join...




Nivea Men Cool Kick boleh di beli di mana-mana pasaraya dan Kedai runcit seluruh Malaysia. Ada yang jenis sembur (150ml-RM 15.90), jenis roll-on (25ml-RM 4.90 , 50ml-RM 9.80) dan jenis stick (40ml-RM 11.90) ...  Murah kan? Yang mana satu pilihan hati? :)



Maklumat lanjut bole layari :

Homepage : NiveaMen
Facebook : NiveaMen


3 comments:

  1. macam menarik ni, boleh suggest pada suami untuk mencuba ni...

    ReplyDelete
  2. Produk Nivea ni mmg bagus. Rangkaian produk nivea yg emi guna skrg adalah nivea on-shower conditioner tu. yg macam lotion tp pakai waktu mandi. Best, kulit rasa lembut je.Kulit emi agak sensitif, cepat rasa gatal2..tp bila pakai yg tu mmg rasa la kulit tu mcm selesa je.

    ReplyDelete
  3. Assalam eyza,
    waaaa
    estnya dapat goodies :)

    ReplyDelete