Pelayaran Islamik - Bercuti Sambil Beramal di atas Kapal Star Cruise Libra - Blog Eyzamiel

2.1.15

Pelayaran Islamik - Bercuti Sambil Beramal di atas Kapal Star Cruise Libra

Alhamdulillah... Bersyukur sebab kita masih bernafas di Tahun 2015 ni.. Walaupun tahun 2014 dah berlalu.. Banyak suka duka di Tahun lepas. Moga kita akan menjadi manusia yang lebih bagus lagi untuk tahun 2015. 

Aku kan, sebenarnya dari Tahun lepas lagi berangan-angan nak Naik Cruise.. pergi belayar.. wah.. best kan.. tapi, tak kesampaian sebab ada hal-hal yang tak dapat dielakkan. So, untuk tahun ni.. aku harap sangat impian ni akan tercapai.

Tapi, aku kalau boleh.. nakkan Percutian atas Cruise tapi ada banyak aktiviti yang bermanfaat atas tu.. bukan sekadar bercuti semata-mata. Mesti ada yang tertanya, ada ke? Ha.. aku pun baru tau ni.. ADA rupanya...


Pernah dengar Pelayaran Islamik? Pelayaran Islamik adalah Pelayaran Pertama seumpamanya di dunia yang menawarkan percutian sambil dipenuhi dengan program-program islamik.




Tengok barisan Penceramah pun dah buat kita teruja.







Tambah menarik dengan kehadiran Finalis Pencetus Ummah pun ada tau.


So, apa tunggu lagi.. bukan senang tau peluang ni nak datang.. Jom ramai-ramai kita mendaftar di pelayaranislamik.com ... Ada lebih kurang 9 kabin yang boleh dipilih. "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". Pelayaran Islamik ini akan dimulai dengan Penang - Phuket - Krabi pada 1 Februari hingga 4 Februari 2015.

Sebahagian dari harga pakej ni akan disalurkan ke Rumah anak-anak yatim, Pusat Tahfiz dan fakir miskin. Keterangan lanjut boleh layari pelayaranislamik.com

Info tambahan untuk lebih jelas :

TIADA BAYARAN TAMBAHAN BUAT MEREKA YANG MENYERTAI SESI SOLAT (TIADA TEMPAHAN UNTUK SAF DIBELAKANG USTAZ).
TAMBAHAN BAYARAN ADALAH UNTUK MEREKA YANG TURUT SERTA UNTUK SESI SARAPAN PAGI BERSAMA PARA  USTAZ YANG HADIR DAN UNTUK INDIVIDU YANG INGINKAN MINUMAN TANPA HAD PADA SETIAP MASA.
Pelayaran yang bermula pada tanggal 1 – 4 Februari 2015 ini merupakan tarikh yang cukup sesuai dimana ia merupakan cuti umum Malaysia bagi mereka yang meraikan Thaipusam. Jadi, mari isikan masa terluang anda bersama Pelayaran Islamik 3.0.

1 comment:

  1. Program yg baik harus kita support kerana ia berguna buat org yg ingin belajar dalam keadaan santai dan lebih tenang...

    ReplyDelete