Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan? - Blog Eyzamiel

14.10.14

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan?


Yeay.. akhirnya task kedua dah datang... Tajuk entry kali ni ialah Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan?... Nak tau tak kenapa aku nak sangat-sangat pergi Busan? 


Dari kecik lagi.. aku selalu berangan-angan nak main Salji.. tak tahu la kenapa.. masa kecik, kalau orang tanya.. apa cita-cita aku.. Korang nak tau tak apa aku jawab? Aku jawab cita-cita aku nak Main ngan makan Salji kat Luar Negara.. hahaha.. lawak jer.. tapi, masa tu, aku tak fikir pun benda tu sesuatu yang lawak.. aku fikir, ianya sesuatu yang perlu aku dapat dan kejar... bila dah besar sikit, aku masih simpan angan-angan tu.. tapi kali ni lebih besar.. aku nak belajar bersungguh-sungguh dan nak belajar kat Luar Negara.. ni semua pun sebab aku nak main salji.. Bila orang gelakkan aku dan kata sama jer ngan ais dalam peti ais.. aku tetap tak mengalah..ye la, dulu family aku susah.. peti ais pun tak ada.. mana la aku tau macam mana rasanya main ais dalam peti ais..hihihi.. bila dah masuk sekolah menengah, baru aku pindah rumah.. masa ni senang sikit.. rumah aku dah ada peti ais.. tapi tetap tak sama.. aku nak jugak pegang salji yang betul punya...

Habis sekolah, cita-cita aku nak sambung belajar kat luar negara tak kesampaian.. Masa tu, aku dah berangan nak pergi Korea.. sebab, Korea pun ada 4 musim.. dan salah satunya mestilah musim salji..musim yang aku tunggu-tunggu.. aku tak nak la target nak pergi negara omputih tu semua sebab aku tau aku tak mampu.. Aku memang target nak main salji ngan melawat tempat best kat Korea... Sekarang ni, bila aku tengok Running Man, lagi la semangat aku nak ke Korea tu berkobar-kobar... 

Aku nak sangat bercuti ke Busan sebab... Dari apa yang aku baca, antara Seoul dan Busan.. Busan lebih sejuk ketika Winter.. Mungkin sebab Busan lebih dekat dengan laut dan tiupan angin jugak mempengaruhi cuaca sejuk kat sana.


Kalau kita tengok Peta Korea, Busan terletak kat hujung Tenggara Korea. Agak jauh jugak dari Seoul.Kalau diberi pilihan antara Seoul dan Busan, aku memang tetap akan pilih Busan sebab Busan masih lagi mengekalkan alam semulajadi dan kebanyakan daerah dipisahkan dengan gunung ganang yang tersergam indah dan pantai yang memutih.. Aku ni memang seorang yang sangat sukakan alam semulajadi.. Busan adalah tempat yang sangat-sangat sesuai untuk aku..

Selain dari tu, antara sebab jugak aku nak bercuti ke Busan adalah sebab aku sukakan budaya masyarakat kat sana.Masyarakat di sana bercakap lemah lembut dan comel jer aku rasa.. dan diaorang jugak mementingkan pemberian hadiah dengan tujuan untuk menghargai seseorang dan dapat memupuk silaturrahim sesama mereka.

Tarikan lain yang buat aku teruja sangat nak ke Busan.. dah semestinya.. tempat-tempat menarik yang memang tak ada kat tempat kita.. seperti yang aku dah bagitau kat dalam Task 1 hari tu.. Aku teringin sangat-sangat nak melawat Haeundae Beach, Busan Aquarium, Busan Tower, Kuil Haedong Yonggungsa, Pasar Ikan Jagalchi, Taejongdae Park dan Gamcheon Cultural Village. Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik di Busan.. tak larat aku nak senaraikan semuanya.. aku senaraikan sebahagian je la yer..

Aku jugak teringin sangat nak tengok persembahan tradisional Korea dan mengenali budaya masyarakat setempat. Aku ni jenis yang suka mencuba sesuatu makanan.. aku teringin sangat nak rasa makanan Korea yang popular macam Bulgogi, Kimchi , Tteokbokki Rice Cake dan pelbagai makanan Korea yang lain..yang penting halal.. dari pembacaan aku, kat Korea ni ada jer Restoran Halal.. so, aku tak risau pasal makanan ni. tambahan pulak, kat Busan ni memang terkenal dengan seafood yang segar-segar.. sedapnya.. aku ni dah la hantu seafood.. memang mabeles la..



Dan yang last sekali.. aku nak sangat bercuti ke Busan sebab.. aku ni memang suka bercuti.. tambah-tambah lagi kalau ianya free.. dan lagi best.. kalau aku dapat pergi bercuti dengan Pelawak Terkenal macam Man Raja Lawak.. Happy kuasa dua aku.. banyak lagi yang aku nak tulis, tapi nanti nampak macam over sangat pulak.. takpe, kalau ada rezeki aku ke Busan ni.. aku akan catat setiap pengalaman pahit manis kat sana dan aku akan tulis kat blog aku ni yer..

Doa-doakan aku berjaya dan terima kasih pada pihak Libur dan Blooggers.com kerana menganjurkan contest macam ni.. kalau ada rezeki, dapat la aku capai cita-cita aku masa kecik.. main salji.. dan paling best.. dapat main salji ngan Man Raja Lawak lagi. K, Bye.


Visit Korea!

13 comments:

  1. ada contest ?? nak kena cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. tapi dia ada task by task.. ni dah task no 2..

      Delete
  2. Salam Eyza, moga impian eyza ke Busan kan tercapai... InshaAllah one sweet day... mmg eyza patot ke busan la..... gud luck dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq eMMe.. eyza saja jer cuba nasib.. kalau ada rezeki ada, InsyaAllah.. :)

      Delete
  3. All the best eyza.. semoga tercapai impian eyza nk pi Korea..=D

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar busan sebelum ni, ingatkan di Taiwan xD
    good luck ye.. menang besar tu

    ReplyDelete
  5. godluck eyza! kalau dapat pergi plsss FM satuu kekekkekek~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Eida.. kalau dapat rezeki, kalau x, kumpul duit gi ngan hubby la.. ;)

      Delete