Asid Folik Appeton untuk yang merancang nak hamil macam Aku! - Blog Eyzamiel

4.9.14

Asid Folik Appeton untuk yang merancang nak hamil macam Aku!

Sesapa yang dah lama follow blog aku mesti tau yang aku ni seorang dah lama TTC (Trying To Conceive)... Cuma aku jarang sangat-sangat citer kat blog... Dah lama sebenarnya.. Lebih 7 tahun aku usaha untuk pregnant.. Tapi... belum sampai waktunya.. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku... Memandangkan aku baru jer dapat anak buah, bolehla aku tumpang kasih sayang ngan dia.. Tetiba plak rindu kat dia.. Nurin Izzara Addreana.. kelass nama..hihihi..

Tahun lepas, aku memang tak serius langsung untuk TTC.. biar je.. malas nak fikir.. lagipun masa tu hubby PJJ ngan aku.. sorang kat KL, sorang kat Mersing.. kami fikir, biarlah.. kalau ada rezeki adalah.. tapi.. sampai tahun ni still takde rezeki...

Tetiba, bulan ni.. aku rasa macam.. OMG.. umur dah makin meningkat.. sorang anak pun xde.. nak TTC balik la.. mana la tau berkat dah duduk sekali ngan hubby ni.. So, langkah pertama.. untuk persediaan untuk mengandung ni aku beli Asid Folik...


Dulu aku makan Asid Folik yang ambik kat hospital tu jer.. tapi, bila aku dok search n baca dari blog-blog lain.. Ramai yang suggest beli Asid Folik jenama Appeton sebab dos yang dibagi memang sesuai untuk orang yang TTC ni....

Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  1. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  1. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  1. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •     Sumbing lelangit (cleft palate)
  •     Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •     Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •     Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertamaIni kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.
Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesisBagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.
sumber: sini


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  


Aku beli kat Watson je.. Sekotak ada 90 biji... sepatutnya stok untuk 3 bulan... tapi.. disebabkan aku ngan hubby sama-sama makan.. akan jadi stok sebulan setengah je la.. 1 pil tu 400 mcg.. jumlah yang dah sedia untuk kita yang TTC ni.. kalau ambik kat klinik kalau tak salah aku 1 pil 5mg.. kalau ambik yang 5mg.. korang jangan la risau plak.. sama je ngan appeton.. cuma kalau terlebih, takpe.. nanti akan keluar sekali ngan air kencing... Don't Worry... ops lupa plak.. masa aku beli ni ada diskaun.. aku dapat RM 37.00 sekotak.. Harga asal RM 39.00.. ok la kan..less 2 ringgit.. walaupun Asid Folik brand Appeton ni agak mahal berbanding yang biasa.. tapi.. demi untuk anak.. apa la yang kita nak berkira kan? Bye..

106 comments:

  1. semoga alla permudahkan segalanya ;)

    http://www.mommylizz.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semuax,maaf nak tanya .saya bru mkn folid Asid ni,bru 2 hari tpi skrg timbul bintik2 merah rasa gatal pula,ni kenapa ya,mgkin sya tk cocok dgn obat ni,

      Delete
    2. Salam semuax,maaf nak tanya .saya bru mkn folid Asid ni,bru 2 hari tpi skrg timbul bintik2 merah rasa gatal pula,ni kenapa ya,mgkin sya tk cocok dgn obat ni,

      Delete
    3. Salam sis..bnyk jgk nak tnya ni..

      Delete
  2. Yes folic acid nie mmg bagus utk wanita yg tgh TTC...tapi kena maintain la..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak maintain tu yg susah.. :) sebab eyza ni jenis suka skip... InsyaAllah, pasni mmg kena maintan..

      Delete
    2. Timer period boleh makan ke

      Delete
  3. samala dengan nad..tengah berusaha dengan husband...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. mudah2an nad berjaya.. Chaiyok..chaiyok.. kita usaha sama2..

      Delete
  4. amin. moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki

    :)

    ReplyDelete
  5. dah berjaya ke belum. saya dah habis sekotak tapi belum lagi nampak tanda.mgkin sebab makan bila ingat sahaja.anywhere gdluck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blom berjaya.. eyza pun sama gak.. kkdg lupa makan.. :)

      Delete
    2. Info yg berguna...tq puan empunya blog...nk p beli la...usaha tangga kejayaan...rzki driNya...

      Delete
    3. Info yg berguna...tq puan empunya blog...nk p beli la...usaha tangga kejayaan...rzki driNya...

      Delete
  6. Assalammualaikum sis. Nice sharing :)
    Saya ada juga menulis tentang info-info kesuburan dan kesihatan di blog saya http://www.caramudahhamil.com . Jemput singgah :)

    ReplyDelete
  7. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Kesuburan

    ReplyDelete
  8. Salam,, tq atas sharing sis,, cume nk tye,, time period boley ke teruskn mkn asid folic ni,, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Masa period pun saya teruskan jugak asid folik ni..

      Delete
  9. TTC tu apa awk... Saya nak try beli asid folik appeton ni tengah usaha nak mengandung gak ni... Setahun lebih kahwin belum ada rezeki lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TTC tu Trying To Conceive... InsyaAllah.. ada rezeki utk awak nnt.. Amin..

      Delete
  10. assalamualaikum.. saya pn baru beli asic folic appeton ni.. baru consume smingu je..
    tp tu la kan..kite akan buat apa saja demi untuk nakkan cahaya mata.. saya pn sma cam awak pjj dgn suami ..dah nk masuk 3 taon dah pjj.. sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kita sanggup je beli itu ini.. makan macam2 demi anak.. tu yg geram bila baca kes org buang anak.. kita nak anak..diaorang buang anak.. huhuhu..

      Delete
  11. Salam sis, makan time bile? Pagi ke petang? And, sebelum makan ke selepas?

    Thank you for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... eyza selalu makan time nak tido..

      Delete
    2. Makan waktu pagi boleh ke...sebelum sarapan

      Delete
  12. salam sis.. nk tanya lelaki pun boleh makan eh folic acid tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole.. membe saya berjaya hamil bila husband n wife ambik asid folik...

      Delete
  13. Salam sis..yang klinik dengan appeton sme jeke kandungan dia?..ke appeton bgus lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. rasanya yang klinik... eyza pernah baca yg appeton sukatan mmg dh sesuai utk TTC.. sbb tu eyza try yng ni.. tapi yg klinik pun ok.. ikut kesesuaian badan..

      Delete
  14. Salam sis..antara yg klinik dengan appeton yang mane besar kandungan dia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang Appeton sukatan dia memang dah ngam untuk yang TTC.

      Delete
  15. salam sis...if makan asid folic ni waktu haid boleh ke? hehe sebab baru cube makan appeton punye...

    ReplyDelete
  16. Salam sis.. sy pun baru amalkan folic acid appeton ni. Dh nk habis sekotak pun.. hihi.. folic acid boleh dimakan waktu haid. Semoga kite semua berjaya. InsyaAllah

    ReplyDelete
  17. Salam sis.. sy pun baru amalkan folic acid appeton ni. Dh nk habis sekotak pun.. hihi.. folic acid boleh dimakan waktu haid. Semoga kite semua berjaya. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank's Nisha tlg jawabkan untuk pertanyaan Putri. eyza lambat respon. ;) Amin.. mudah2an kita semua berjaya nnt.

      Delete
  18. slam sis...hai..sy nisa..bagus entri sis.. sy pun sedang TTC.. pjj dgn hubby..xtau pun seblm ni yorg lelaki pun boleh mkn folic acid untk ksuburan... sis...adkh seblm mnganbil folic acid untk suami...suami perlu jumpa doc dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Saya tak jumpa Dr pun. Ni pun sbb membe yang jumpa DR dan Dr suggest husband dia ambik FA.

      Delete
  19. saya pun br je amalkan. in shaa Allah, selain amalkan pemakain korset premium beautiful yg ada fungsi memberi kesuburan rahim + makan asid folic ni, in shaa Allah boleh mmbantu dengan izinNYA..
    jemput singgh blog saya utk ketahui tentang korset premium beautiful ;)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...nk tnye..blh makn ke lau dlm tempoh waktu subur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Saya tak sure tapi saya makan je.

      Delete
  21. salam sis.. nk tye pndpt blh x? sbb cnfse sgt.. saye dah sbln lbh x dtg priod n then cek kt upt ngtve.. ker tllu awal sye cek.. n ade drah sikit ker dah gugur? blh x trus mkn acid folic.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      Dah delay berapa lama? Try tggu 2 minggu baru check. Asid Folik bolhe je makan.pasal gugur tu eyza tak sure. kalau untuk kepastian boleh jumpa dr.

      Delete
    2. Di mana sy dapat membelinya ?

      Delete
    3. Dekat mana-mana farmasi ada jual

      Delete
  22. Assalamualaikum. .tq for sharing

    ReplyDelete
  23. Sy dgn suami pn bru try mkn asic folic brand ni. harap de la rezeki kami.

    ReplyDelete
  24. Sy dgn suami pn bru try mkn asic folic brand ni. harap de la rezeki kami.

    ReplyDelete
  25. Kepada sis²..yg tengah TTC..jom join group whtapps TTC,mna tahu di situ kita bole kongsikan bermacam² pengalaman,pengetahuan kan..btw sis yg dh try mkn asid folic...dh ada bby blom sye baru strt mkn awal bulan nie

    ReplyDelete
  26. Kalau consume yg 5mg tu takpe kn untuk TCC,, sbb dh terlanjur beli sayang nk buang sbb masa kat watson tu doc suggest,so sy ambik je la.
    Hmm kalau istri je consume suami x camne? Sbb suami dh berumur sikit,, kekadang degil pulak

    ReplyDelete
  27. Kalau consume yg 5mg tu takpe kn untuk TCC,, sbb dh terlanjur beli sayang nk buang sbb masa kat watson tu doc suggest,so sy ambik je la.
    Hmm kalau istri je consume suami x camne? Sbb suami dh berumur sikit,, kekadang degil pulak

    ReplyDelete
  28. Salam semua.. saya dah makan 2 kotak folic acid tp belum ada rezeki lg mybe sb suami sy duduk sabah, saya duduk semenanjung kot so waktu kami jumpa selalu x ngam. Dlu sy penah makan FA on off tengok2 keguguran pula dalam 4 ke 5 minggu kehamilan. Skrg tgh cuba TTC lg, patot sy teruskan FA ke stop dulu?risau pula sy dah 120 biji da sy telan nih =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan je.. sy pon keguguran jugak, dokte suruh teruskan makan FA sampai pregnant.. jangan skip..

      Delete
  29. Assalam sis, nk tnya...kalo mkn asid folic appeton @ klinik boley naik badan dak, mksudnya selera makan btambah dak, sbb saya ni gemok, kalo mkn jd gemok nt sukar hamil kata sesetengah org..t.kasih

    ReplyDelete
  30. Tengah period boleh makan kah?

    ReplyDelete
  31. Hi nama sy Usha...
    I tengh mkn folic acid dah 1 setengh bln.tapi i dah keluar period so mcm mane bole ke i sambung balk or nak stop mkn

    ReplyDelete
  32. Tq share info, saya baru 6 bulan kawin tp klu boleh x nak tunggu lama2 sbb kawin pun dah lewat, nak cuba amalkan

    ReplyDelete
  33. Assalamulaikum sis nak tanya boleh tak amalkan folic appeton ni dengan jamu... just bertanya..

    ReplyDelete
  34. asalamualaikum....sy dah berumur 38....bru kahwin bulan dec lps...parut makan tak

    ReplyDelete
  35. Nk tnya folic acid ni mkn wktu bila ye..sebelum atau selepas makan?

    ReplyDelete
  36. salam.. nak tanya kalau dah pregnant, blh lg ke ambil folic acid appeton ni? yela kan dos nya 400 mcg, xpe ke ambil dos bnyk tu bila dah hamil?

    ReplyDelete
  37. My partner and I absolutely love your blog and find many of your post's to be what
    precisely I'm looking for. can you offer guest writers
    to write content available for you? I wouldn't mind composing a post or elaborating on a lot of the
    subjects you write related to here. Again, awesome web site!

    ReplyDelete
  38. salam eyza..tq share. sgt berguna ni..nak tnya..bila masa sesuai makan folic acid tu? pagi or mlm? n suami pon bleh makan skali ke? tq ya..sy dah beli skotak ni .tp xmakan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Eyza makan je hari2. Husband and wife amik Asid Folic lg bagus. Eyza selalu makan time malam..

      Delete
  39. Di mana sy dapat membelinya ???

    ReplyDelete
  40. Di mana sy dapat membelinya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat mana-mana farmasi ada jual.. tapi selalunya eyza beli dekat Watsons.

      Delete
  41. Asslm..sy nk tanya..lau lepas suntikan depo.lama x ke stabil.atau ubat masih ada lam badan.sy last sntik 29.3.trus stop..boleh x nk makan asid folic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu Eyza x sure plak. Tapi rasanya boleh je amik Asid Folic ni.

      Delete
  42. suami boleh makan ke folic acid ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Eyza makan husband n wife

      Delete
    2. Assalamualaikum sis..Blh brtnya x??sy bru je amalkn asid folic nie dlm sbln mcm tu dan pada msa yg sma dlm tmpoh sbulan nie jgak sy x dtang period dan bila sy cek negativ je kputusan dia..Adakah sy cek tue trlalu awl?? Ke x sesuai dgn asid folic nie??

      Delete
    3. Saya pun sama sis mcm tu.. Jadi macam mana ya kputusan sis setrusnya boleh sy tau positive ke

      Delete
  43. boleh x mkan acid folic n pda masa sama mkan vitamin .mcm blackmore pregnancy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza x sure plak yg tu. Boleh kut. Cuba tanya pada yg pakar. Sorry x dapat tlg

      Delete
  44. Salam sis,sy br jer bli acid folic brand appaton nie..sy dpt tahu dr adik ipar sy,dia srh sy try yg nie plk tuk hamil..sy nk tya,bila sy sepatutnya ambil asid folic nie..waktu yg terbaik..n klu period pun blh mkn jgk ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza suka makan malam sblm tidur. Period pun Eyza makan

      Delete
  45. Salam...sy nk tnya skit,kalau amalkan FA ney memg selera mkn kurg ke??sbb sy kurg mkn skrg ney...actually okey jgk sbb boleh turunkan berat bdn,hihi...doakan sy dpt hamiljgk,amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam akak pulak selera makan makin naik. Hahaha..Ikut badan masing2 kut. Amin. Sama2 kita usaha

      Delete
  46. assalamualaikum kak..salam dari indonesia, saya plan to try makan folic acid from apeton harap dapat hamil for 2nd child dah tunggu hampir 5 th untuk kehamilan ke dua nih, doakan saya hamil ya kak... aturan makan FA ini sehari berapa kali kah kak? pagi atau siang baik nya? thank you in advanced untuk reply nya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Sama-sama kita doa ya. :) Ambik sebiji saja sehari. Akak makan waktu malam sebelum tidur.

      Delete
  47. Assalamualaikum kk, salam saya dr indonesia. Saya baru beli acid folic ni, suami boleh makan ini ke kk? Atau konsul dengan Dr?

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum kakk.. Thankyou utk perkongsiannya. Info yg sgt bguna sbb sy pun xtau kegunaan folic acid ni. Nasib baik la google² dpt info dr blog akak. Sy pun tgh TTC jgk, nak msuk 2 tahun dah kawin.. Doakan sy ada rezeki jgk 🙂

    ReplyDelete
  49. saya nak tanya... kalau kita ambil acid folic dan pil lain mcm jamu dara@pil mcm contoh dianz.. untuk plan nak pregnant boleh tak.....??? sapa tahu jawapan.????
    sb tgh makan acid folic dan ada vitamin lain jgk sy ambil
    jamu pon ambil ...camne ye????

    ReplyDelete
  50. Salam sis.... Nak tanya saya dah hbs 2 kotak tapi blm mengandung still blh minum ke appeton folic asid ni?

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum sis..sy nk tnya..sy nk tnya sebenarnya sy bru je mkn asid folic nie dlm sbln lbih camtue..pada masa yg sma jgak sy dh x dtang period..So sy pn test la mnggu lpas klputusan dia negativ je..Dan shari dua nie sy rsa lain mcm je skit prut yg tramat sngt..Nk kata sengugut pn x tp yg bleh sy thu skit dia tue lbih dari sengugut mcm tue..Sy x prgi pn klinik sy tahan je n skrng dh ok blik..Pda pndapat sis knapa erkk mcm tue??sy nk bli pregnt test pn tkot kcewa plak����

    ReplyDelete
  52. Rasa ubat ni mcmne, sama x dengan klinik kerajaan. Yang syrup ada x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sama je sebab dia kecik. X sempat nak rs pun masa nak telan tu. Rsnya yg syrup xde. Just tablet je.Ambik yg biasa pun ok.sepapan br RM 1.00. Skrg Eyza consume yg biasa je.

      Delete
  53. Nak tanya,kalau dah habis makan sekotak untuk 3 bulan,kena teruskan makan lagi ke??

    ReplyDelete