::Tolong Klik yer... Terima Kasih::

:: My Prenz::

Thursday, September 20, 2012

::SK Al-Khisbun dan Hulba Al-Khisbun::

Dah lama sebenarnya aku teringin nak try satu produk ni... tapi, asyik bertangguh jer...  Tapi, minggu lepas aku ada baca kat Blog Ina tentang produk ni... terus aku semangat balik... aku pun terus la email Ina... pastu sms pulak.. tapi, disebabkan salah satu produk tu tak ada stok.. aku terpaksa la tunggu minggu ni... Hari Isnin tu, aku terus sms Ina tanya tentang produk ni.. Ina balas dan cakap stok dah ada.. Yeay.. hepi aku.. terus aku bank in... disebabkan hari Isnin tu cuti Umum, Ina pos pada hari Selasa dan hari Rabu..sampaila parcel tu kat opis aku.....


Cantik cara Ina Packing....  Nak tahu apa dalam ni?

Taraaaaa......... Ape tu?

Ha..ini la dia... SK Al-Khisbun.....
dan.......

Hulba Al-Khisbun...
Bagi sesiapa yang belum tau tentang produk ni... mai sini aku citer sikit... ni pun aku copy dr laman web  perintisbiz  


SET KESUBURAN AL KHISHBUN mengandung 2 jenis produk iaitu SK Al Khishbun (400gm) dan Hulba Al Khishbun (50gm).

SK Al Khishbun merupakan gabungan istimewa Susu Kambing, ekstrak stevia sebagai pemanis 100% semulajadi, biji Habbatus Sauda (Syria) yang merupakan spesis bijirin terbaik yang telah dipanggang. Ketiga-tiga bahan menjadi ramuan unggul kerana mepunyai sifat alkali yang tinggi dalam badan. Kehebatan SK Al Khishbun terletak pada ramuan rahsia herba-herba kesuburan dari Tanah Arab yang pernah terkandung di dalam buku Ilmu Perubatan Sufi. Mengandungi serbuk bunga kurma yang dahulunya digunakan sebagai herba penambah hormon dan mengentalkan sperma. SK bertindak untuk menyuburkan rahim.

Hulba Al Khishbun menggabungan 7 jenis herba-herba dari Tanah Arab yang bertindak untuk menbersihkan rahim dan organ dalaman akibat dari keguguran, pembedahan, darah haid yang tidak lancar, senggugut yang teruk dan pelbagai lagi masalah rahim yang menjadi punca kepada kesukaran mendapatkan zuriat.

Gabungan ini membantu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Herba Campuran Arab ini biasanya menjadi amalan para remaja Arab yang akan berumahtangga. Menjaga keseimbangan dan normal tubuh serta membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin.

SK Al-Khishbun merupakan makanan tambahan untuk kesuburan yang sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan. SK Al Khishbun berasaskan susu kambing akan tetapi bagi pengguna lelaki yang tidak gemarkan susu maka mereka bolehlah mencuba Cafe Al Khishbun untuk kekuatan dalaman dan kekuatan sperma. Cafe Al Khishbun diformulasikan khusus untuk kaum lelaki sahaja kerana mengandungi campuran herba-herba untuk kekuatan sperma dan tenaga dalaman lelaki. Kaum wanita tidak dibenarkan menggunakan Cafe Al Khishbun sama sekali. Akan tetapi bagi kaum lelaki yang menghadapi masalah kiraan sperma yang rendah maka mereka perlu mengambil SK Al Khishbun dan bukannya Cafe Al Khishbun.


CARA PENGGUNAAN SET AL-KISHBUN
1. Minum SK Al Khishbun 1 skop pagi sebelum sarapan dan 1 skop malam 1 jam sebelum tidur. Bancuh dengan air suam sahaja.

2. Makan ½ sudu kecil Hulba Al Khishbun yang telah dicampurkan dengan madu atau buah kurma sebelum makan tengahari (waktu dhuha) 1 kali setiap hari.

3. Langkah paling penting – mandi sauna herba 1 kali selepas 1 minggu mengamalkan SK Al Khishbun dan Hulba Al Khishbun bagi mengeluarkan segala kekotoran yang telah lama terperangkap di dalam badan.

4. Mandi sauna kali kedua dilakukan selepas 2 minggu dari mandi sauna yang pertama.

5. Buat rawatan urut atau sengkak sekurang-kurangnya sekali.

6. Banyakkan minum air masak bagi menstabilkan suhu badan.

7. Kurangkan makanan dan minuman berasid dan lebihkan makanan beralkali kerana pH alkali paling sesuai untuk mereka yang merancang untuk hamil

8. PESANAN PENTING – Produk ini tidak boleh diambil semasa waktu period atau ketika demam. Sambung semula pengambilan produk ini 3 hari selepas period kering. Jika telah disahkan mengandung hendaklah berhenti dari mengambil produk tersebut.



FAKTA HERBA TANAH ARAB



SERBUK BUNGA KURMA MADINAH


Serbuk bunga kurma 100% mirip dengan cairan sperma kaum lelaki ini diambil dari pucuk bunga kurma pilihan di kebun kurma Madinah. Pokok kurma mesti disenyawakaan oleh tangan manusia sahaja, sebab pokok kurma ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. Tabib Arab mengunakannya sebagai herba penambah hormon serta mengentalkan sperma. Juga dikatakan sesuai sebagai kaedah rawatan bagi memperolehi zuriat. Menjadi amalan pasangan di Tanah Arab di awal perkahwinan kerana serbuk bunga kurma dipercayai mampu mengatasi kemandulan bagi suami isteri.



HABBATUS SAUDA

Habbatussauda adalah biji hitam yang telah digunakan ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara luas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai penyakit. Biji habbatus sauda mengandung crystalline nigellon dan arganine, sebagai penstabil sistem imunisasi badan. Selain itu kandungan karotinnya mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser. Jenia habbatussauda yang paling baik untuk perubatan ialah yang di tanam di Syria dan di Mesir. Ianya Mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang membantu kesihatan dan menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai pemakanan tambahan. Bahan-bahan dalam habbatus sauda saling bekerjasama dalam memberi kesan holistic (holistic effect) dan menyokong antara satu sama lain dalam proses penyembuhan semulajadi. Habbatus Sauda mengandungi Omega 3, 6 dan 9 dan merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak serta sangat berguna untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan akal.



HERBA CAMPURAN


Rasulullah saw bersabda “Sekiranya umatku tahu akan kelebihan hulba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan timbangan emas” (Book of Sufi Healing ms. 58). Herba Campuran ini mampu merangsang rahim, memanaskan organ pembiakan dan mengukuhkan tenaga dalaman. Merupakan antara ramuan ubatan yang tertua di dunia. Campuran herba arab ini mampu melancarkan haid, menghilangkan senggugut, dan sering digunakan di dalam amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Zat paling lengkap untuk menjaga keseimbangan dan normal tubuh manusia. Mampu melambatkan proses penuaan dan membaiki saraf kelamin dan serta memulihkan tenaga batin. Ianya mampu meningkatkan stamina, menambah darah, memelihara ketegangan jasmani dan rohani dan sangat bermanafaat dalam mengaktifkan saraf dan menyembuhkan penyakit “dingin seks”.



PUAN NORZANA BT RAPIE
38 tahun, Pengarah Kumpulan Perintis


”Saya telah menjalani 3 pembedahan akibat keguguran sebanyak 3 kali berturut-turut. Ini telah menimbulkan pelbagai komplikasi dalam badan. Urine mengandungi kuman, darah dan protin urine yang tinggi dan berisiko terkena sakit buah pinggang dan peluang kehamilan semula yang tipis. Hampir 2 tahun berulang alik ke hospital untuk rawatan rahim dan urine. Pada bulan Februari 2010, saya telah dijemput menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah buat pertama kalinya. Suatu hari selepas subuh, saya berkenalan dengan seorang wanita,  beliau banyak menceritakan tentang kehebatan ramuan-ramuan arab yang hanya terdapat di Tanah Arab. Saya tertarik dengan satu ramuan rahsia kaum arab mengenai kesuburan wanita dan lelaki. Keesokkan harinya saya keluar mencari ramuan2 tersebut di sekeliling kota mekah. Bukan satu perkara yang mudah, tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang. Saya dipertemukan dengan sebuah kedai kecil yang hanya menjual rempah ratus dan herba asli Arab. Di situlah saya belajar mengenai kehebatan herba arab ini melalui seorang tabib bernama Tabib Abdillah Bahabeer. Pelbagai resepi diperturunkan kepada saya. Menurutnya campuran herba kesuburan ini kebiasaannya diberikan kepada anak-anak dara dan teruna sebelum mereka melangsungkan perkahwinan. Ini bagi menyuburkan rahim kaum perempuan dan mengentalkan sperma kaum lelaki. Malah mereka juga mengamalkannnya sehingga dewasa untuk menguatkan tenaga batin mereka. Sehingga kini saya masih berurusan dengan tabib tersebut. Sekembalinya saya ke tanahair, saya telah mengamalkan ramuan tersebut yang dicampur dengan Susu Kambing. Saya amalkan setiap pagi dan sebelum tidur. Alhamdulillah, setelah 4 bulan mengamalkannya saya telah disahkan HAMIL lagi dan kini kandungan saya berusia 8 bulan. Segala kuman, protin dan darah yang dikesan di dalam rahim dan urine saya telah berjaya dihapuskan. Kini ramuan tersebut saya jadikan sebuah formula kesuburan dari Tanah Arab untuk saya kongsikan dengan orang ramai dan saya namakan sebagai SK AL-KHISHBUN”.

(Kami tidak mengeluarkan sebarang testimoni kejayaan produk atas nasihat beberapa orang pendakwah bagi mengelakkan sebarang laku yang membawa kepada syirik kecil kerana segala ketentuan adalah datang dari anugerah Allah s.w.t. Sebagai manusia kita hanya perlu berusaha tanpa jemu serta bertawakal….)



Cara aku minum....


Ambil segelas air suam... jangan air panas, takut khasiat hilang.....

Ambil satu sudu SK Khisbun....

Masukkan dalam air suam tadi...

Ia akan jadi macam ni...

Kacau guna sudu plastik...

Macam ni rupa susu tu.. Pastu minum.. sebelum minum... aku baca Bismillah sekali, selawat 7 kali dan berdoa kepada Allah agar aku dikurniakan zuriat....



Hulba pulak, aku ambil satu sudu madu, lepas tu taburkan Hulba.. baca Bismillah terus telan.... kalau rasa susah nak telan, minum air..... (makan ni waktu Dhuha)....

Moga usaha aku kali ni berhasil... Amin.....

6 comments: