Sah! Fara Fauzana dan Neelofa.... - Blog Eyzamiel

29.10.11

Sah! Fara Fauzana dan Neelofa....


KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2011: Sekali lagi, hos bagi program popular TV3, Nona bertukar wajah apabila pengacara dan penyampai HotFM, Fara Fauzana serta pendatang baru, Neelofa dimumkan sebagai pengacara untuk musim baru program tersebut.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dua pengacara tersebut bakal meggalas tugasan sebagai pengacara program Nona pada Januari depan bagi menggantikan Vanidah Imran.
"Setiap tahun, Nona sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk penonton setianya. Saya yakin gandingan mereka berdua bakal memberi tarikan yang baru terhadap Nona.
"Selain memberi kelainan, saya yakin dua orang hos ini bakal memantapkan lagi program kegemaran ramai ini. Lagipun Farah Fauzana layak dipilih menjadi hos program ini kerana dia seorang selebiriti yang punya ramai pengikut.
"Tidak kurang hebatnya, Neelofa. Biarpun masih baru dalam industry tapi dia dilihat sebagai bintang baru yang sedang meningkat naik," katanya dalam sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012, petang semalam.
Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja apabila dipilih sebagai pengacara baru Nona yang dilihat sejajar dengan usia dan pengalamannya dalam bidang pengacaraan.
"Tahun hadapan usia saya pun dah masuk 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat ini.
"Disamping itu juga, saya teruja kerana ia adalah sesuatu pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini lebih banyak mengacarakan program berbentuk hiburan atau santai seperti Melodi," katanya.
Biarpun pendekatannya akan berbeza dengan pengacaraan yang pernah digalas sebelum ini, namun Fara memberitahu dia tetap akan menggunakan gaya tersendiri dalam memberi pembaharuan pada Nona.
"Saya diambil oleh kerana pihak pengurusan percaya kepada kebolehan saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa program itu ke satu peringkat lain untuk memastikan ia terus mendapat perhatian penonton," tambahnya lagi.
Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.

 Kredit: Murai.com

Kred

No comments:

Post a Comment